Siapa Bunuh Jamal Khashoggi : Semak Biodata Wartawan Washington Post

Siapa Bunuh Jamal Khashoggi? Semak Biodata Wartawan Washington Post

Beliau merupakan salah seorang wartawan paling terkenal di Arab Saudi, secara tiba-tiba hilang daripada pandangan dunia sejak beliau masuk ke bangunan kedutaan Arab Saudi di Istanbul Turki sejak tarikh 2 Oktober 2018 yang lalu.

jamal khashoggi

Berita terkini Jamal Khashoggi bukan sahaja mengemparkan rantau Arab malah dunia menerima kesannya. Akibatnya hubungan Amerika Syarikat dan Arab Saudi menjadi tegang.

Yang memburukkan lagi keadaan apabila pegawai Turki telah mengatakan Jamal Khashoggi mati dibunuh di dalam bangunan kedutaan Arab Saudi di Istanbul.

Walaubagaimanapun kerajaan Arab Saudi yang dipimpin oleh Muhamammad Salman menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pembunuhan Jamal Khashoggi ini.

1. Siapa Jamal Khashoggi? Kenapa Jamal Khashoggi Begitu Terkenal?

Semak biodata Jamal Khashoggi yang ringkas ini

  1. Umur Jamal Khashoggi adalah 59 tahun
  2. Sejak setahun yang lalu, beliau acapkali kritik kerajaan Arab Saudi melalui kolum pendapat di akhbar berpengaruh dunia Washington Post yang mana diterjemahkan dalam bahasa Arab Saudi dengan harapan tulisan dan pendapatan didengari di rantau Arab
  3. Pada asalnya, beliau adalah pengarang berita Arab Arab News dan mengikuti rapat perkembangan ketua al-Qaeda Osama bin Laden pada tahun 1980-an
  4. Menjadi timbalan ketua pengarang berita Arab Arab News pada masa serangan 11 September 2001 ke atas Amerika Syarikat. Laporan berita Jamal Khashoggi menjadi sumber berharga bagi wartawan asing yang berusaha memahami apa yang mendorong sekelompok umat Islam melakukan tindakan sebegitu rupa

2. Punca Beliau Terkenal di Luar Arab Saudi?

  1. Beliau pernah menjadi penasihat, Putera Turki Al-Faisal yang merupakan bekas ketua perisikan Arab Saudi
  2. Pada 2005, beliau menjadi pembantu media kepada Putera Turki Al-Faisal apabila dilantik sebagai Duta Saudi ke Amerika Syarikat
  3. Terkini, beliau merupakan kolumnis dan wartawan Washington Post setelah hidup dalam buangan di USA pada bulan Jun 2017 di man beliau tinggal di Virginia

3. Mengapa Pula Beliau Hidup Dalam Buangan?

Beliau memberitahu rakan-rakan dan kalangan wartawan bahawa ruang untuk kebebasan bersuara di bawah Putera Mahkota Mohammed bin Salman telah tiada dan beliau sendiri takut terhadap keselamatannya.

Dalam penampilan beliau di “Upfront” Al Jazeera TV yang disiarkan pada bulan Mac 2018, beliau berkata tindakan meninggalkan kerajaan “kerana saya tidak mahu ditangkap.”

4. Apa Yang Beliau Tulis?

Beliau tidak melihat dirinya sebagai pembangkang tetapi sebagai pengkritik yang bimbang tentang arah negaranya yang sedang berada di bawah kawalan putera mahkota berusia 33 tahun itu.

Dalam kolum Washington Post yang pertama pada 18 September 2017, beliau menulis tentang keputusannya untuk meninggalkan Arab Saudi: “Saya telah meninggalkan rumah saya, keluarga saya dan tugas saya, dan saya menaikkan suara saya.

  1. Saya menulis bagi pihak ramai yang merana dalam penjara
    Arab saudi sepatutnya lebih baik daripada apa yang berlaku sekarang ni
  2. Beliau berharap agar perang Yaman yang dimulakan pimpinan Putera Mahkota Mohammed bin Salman sejak tiga setengah tahun yang lalu dihentikan segera
  3. Semakin lama perang yang sungguh kejam itu berlangsung di Yaman, semakin banyak kerosakan akan terjadi. Rakyat Yaman akan sibuk memerangi kemiskinan, kolera dan kekurangan air dan membina semula negara mereka.
  4. Putera mahkota mesti menamatkan keganasan dan memulihkan martabat tempat kelahiran Islam.

5. Kenapa Beliau Masuk ke Konsulat Saudi di Istanbul Turki?

biodata jamal khashoggi

  • Untuk menyelesaikan beberapa dokumen untuk siri perkahwinan Jamal Khashoggi dengan Hatice Cengiz, seorang pelajar doktor falsafah Turki berusia 36 tahun.
  • Baru-baru ini, beliau telah beli apartmen di Istanbul Turki dengan harapan dapat membahagikan masa beliau antara di Turki dan Amerika Syarikat.

6. Respon Arab Saudi Terhadapan Kehilangan Jamal Khashoggi?

  • Putera Mohammed berkata dalam wawancara Bloomberg di Riyadh minggu lepas bahawa Jamal Khashoggi adalah “warga Saudi dan kami sangat ingin tahu apa yang berlaku kepadanya.”
  • Saudaranya, Putera Khalid bin Salman, yang merupakan duta Saudi ke Washington, memanggil Khashoggi sebagai “rakan” dan memuji dia kerana mendedikasikan” sebahagian besar hidupnya untuk berkhidmat kepada negaranya. “

7. Siapa bunuh Jamal Khashoggi?

  • Pegawai perisikan Amerika mengatakan bahawa mereka yakin Putera Mahkota Mohammed bin Salman terlibat dalam kehilangan dan pembunuhan Jamal Khashoggi.
  • Siapa bunuh Jamal Khashoggi disimpulkan oleh pegawai Turki pada hari Rabu lalu yang mana mengatakan Putera Mahkota Mohammed ada peranan penting disebalik pembunuhan Jamal Khashoggi di mana satu pasukan 15 agen Arab sedang menunggu Jamal Khashoggi di dalam Konsulat Saudi saat ia tiba, kira-kira pukul 1:15 pagi pada 2 Oktober 2018.

SUDAH BACA

bsh bantuan sara hidup

Lebih 150,000 Berjaya Tuntut Duit BSH Terus di BSN [MUDAH]

20 Isu Popular BSH Bantuan Sara Hidup Fasa 2 + JAWAPAN termasuk isu nama pemohon atas nama isteri tetapi akaun bank suami yang ramai...