Akaun Shopeepay: Cara Guna, Topup, withdraw dan transfer duit ke bank di Malaysia
Shopeeepay adalah salah satu ewallet yang sedang meningkat dan mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia untuk menggunakannya dan membayar secara digital.
Terima kasih dengan tahap kepopularan platform online shopping Shopee yang berada di kedudukan teratas dikalangan pembeli belah atas talian di Malaysia.
- BACA SINI: https://mypt3.com/grabpay-e-wallet
- BACA SINI: https://mypt3.com/touch-n-go-tng-ewallet
Ewallet Shopeepay ini membantu rakyat Malaysia amnya membayar barangan tanpa memerlukan kad bank atau bawa wang tunai ke merata tempat.
Pembeli juga boleh menggunakan ewallet ini untuk membeli barangan di kedai fizikal yang terpilih. Sangat mudah berbelanja hari ini.
Cara Daftar & Aktifkan Shopeepay
Cara daftar dan aktifkan akaun Shopeepay anda mudah sahaja. Boleh ikut 4 langkah seperti di bawah ini
BACA SINI >> Cara daftar shopee food register
- Semestinya anda sudah download aplikasi Shopee dan telah register akaun
- Untuk menggunakan kemudahan ewallet yang disediakan termasuk untuk tambah nilai (topup), transfer, withdraw, anda mesti activate akaun anda terlebih dahulu
- Tekan butang ‘ACTIVATE’ dan isikan maklumat peribadi anda termasuk Nombor kad pengenalan anda
- Untuk mendapatkan lebih banyak ciri premium, anda hendaklah ‘submit IC’ anda
BACA SINI >> Menu secret recipe: senarai harga kek 2022
Cara Guna Shopeepay
Sebagai anda sudah membeli belah dan memilih barangan yang mahu dibeli di online shopping Shopee, pasti anda tertanya-tanya bagaimana cara guna Shopee payment dan bayar kesemua barang yang anda telah beli?
- Di bahagian PAYMENT METHOD, pilih pilihan pembayaran menerusi ‘SHOPEE ONLINE PAYMENT’
- Klik Butang Confirm
- Dan klik butang ‘PLACE ORDER’
- Masukkan PIN CODE yang merupakan kata kunci yang telah anda tetapkan sebelum ini
- Pembayaran telah berjaya. SELESAi!!
SUMBER: https://help.shopee.com.my/
Cara Topup Shopeepay
Anda boleh topop samada menggunakan kad kredit / Credit Card, Maybank2u, di 7 eleven, ataupun secara online banking. Apa yang perlu anda lakukan untuk tambah nilai adalah:
- Buka aplikasi Shopee, Pergi ke Ikon Me
- Pilih ‘TOPUP’
- Pilih samada anda mahu topup menggunakan kad debit / kad kredit / maybank2u / pilihan online banking yang ada
- Selesai
Cara Transfer Shopeepay ke Bank
Anda boleh withdraw dan keluarkan duit dalam akaun Shopeepay ke akaun bank anda tidak kira samada Maybank, CIMB, Public Bank, BSN, Bank Islam, RHB, Hong Leong, Affin semuanya boleh.
Cara withdraw dan transfer ke bank dari akaun ewallet Shopee mudah sahaja. Ikut 6 langkah dan cara keluarkan duit dari shopee pay seperti di bawah ini:
- Pergi klik di ikon ‘Withdrawal’
- Masukkan jumlah yang anda mahu withdrawa dan transfer ke akaun bank
- Pergi ke butang ‘NEXT’
- Pilih butang ‘CONFIRM’
- Masukan PIN CODE yang telah anda tetapkan sebelum ini untuk tujuan keselamatan
- Akhir sekali, anda akan lihat paparan transaksi anda telah BERJAYA transfer dari shopee pay
Kedai Yang Boleh Guna Shopeepay
Banyak kedai yang boleh guna shopee ewallet, antaranya ialah di 7 eleven, Caltex, Watson, Lotus Stores (asalnya Tesco Malaysia), Secret Recipe, Speedmart, Tealive, KFC dan banyak lagi merhant. Sebanyak lebih 50,000 merhant list yang sudah berdaftar.

Soalan Lazim & FAQ
1) Kenapa tidak berjaya aktifkan akaun apabila cuba memasukan no Ic saya
Ada kemungkinan anda telah gunakan no IC tersebut di akaun Shopee yang lain. Jadi apastikan anda padam akaun yang lama terlebih dahulu.
2) Saya ada masalah, boleh dapatkan nombor hotline Shopee
Boleh call di nombor hotline ini untuk pertanyaan lanjut, 03-27779222
3) Berapa limit transaksi setiap hari?
RM4999 untuk akaun Premium, manakala RM2999 untuk akaun Biasa
Diharapkan lebih banyak lagi offline atau fizikal kedai yang boleh guna shopeepay pada masa akan datang termasuk di pasar kedai runcit yang kurang popular tetapi kerap digunakan rakyat marhaen.