Shopee Food: Cara Daftar Shopeefood Rider & Shoppe Voucher


Cara Daftar Shopee Food Rider: Register Shopeefood Rider Delivery & Shoppe Voucher Code 2022

daftar shopee food delivery rider

Ia adalah satu perkhidmatan atau servis penghantaran makanan yang ditawarkan melalui aplikasi Shopee secara atas talian yang dihantar melalui perkhidmatan rider.

Pengguna platform Shopee kini boleh membuat pesanan makanan secara atas talian dan dihantar terus ke rumah seperti aplikasi GrabFood dan FoodPanda. Pesanan melalui Shopeefood Rider ini hanya tertakluk kepada pengguna yang tinggal di Lembah Klang, Johor Bahru, Penang dan Sabah.

BACA SINI: Cara join shopee seller center

Bagi pengguna yang berada diluar lokasi tersebut, mereka tidak dapat mengakses fungsi tempahan makanan daripada mereka. Hal in kerana, persaingan di antara Grab dan Food Panda terlalu sengit sehingga menyebabkan ShopeeFood Malaysia masih mempertimbangkan usaha mereka dalam memperkenalkan shopeefood ini kepada masyarakat.

Cara Daftar Shopee Food Rider

Shopeefood Malaysia banyak membuka peluang pekerjaan kepada anak muda pada hari ini. Bagi individu yang berminat untuk buat ShopeeFood registration, berikut merupakan cara-cara yang perlu diikuti iaitu;

BACA SINI >> Cara aktifkan shopeepay top up

shoppe food rider
  • Kemudian, pemohon akan dipaparkan dengan halaman khas serta syarat-syarat kelayakan untuk memohon menjadi shopee food delivery rider.
  • Seterusnya, tekan butang “Daftar”.
  • Pemohon akan dipaparkan dengan Borang Pendaftaran Rakan-Penghantar ShopeeFood Malaysia (Klang Valley) yang juga boleh didapati melalui laman sesawang https://docs.google.com  seperti pada Rajah di bawah ini.
cara register shopeefood rider / driver
  • Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul.
  • Setelah semua maklmat diisi, tekan pada butang “Submit” untuk menghantar permohonan anda.
  • Permohonan yang berjaya akan diemel dan pemohon boleh mula bekerja sebagai Shopeefood driver.

Syarat Kelayakan Shoppe Food

Bagi memastikan permohonan sebagai driver berjaya dan diluluskan oleh pihak Shopee, pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat kelayakan yang wajib dipenuhi ialah;

  1. Pemohon mestilah merupakan rakyat yang memegang kewarganegaraan Malaysia.
  2. Pemohon hendaklah sekurang-kurangnya berumur 18 tahun dan keatas.
  3. Pemohon perlulah tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang dan Sabah sahaja kerana Shopeefood ini hanya terdapat di kawasan-kawasan ini sahaja.
  4. Pemohon mestilah mempunyai motosikal persendirian.
  5. Pemohon juga perlu mempunyai lesen motosikal yang sah menurut Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).
  6. Pemohon mesti mempunyai telefon bimbit.
  7. Pemohon hendaklah tidak mempunyai rekod jenayah PDRM dan tidak disenaraihitamkan di platform Shopee.

Bagi individu atau pemohon yang gagal memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan mereka berkemungkinan akan ditolak.

Dokumen Penting Untuk Join ShopeeFood Rider

Permohonan Shopeefood Rider mestilah lengkap dengan maklumat yang tepat dan betul serta ada beberapa dokumen penting yang perlu dilampirkan oleh seseorang pemohon.

Antara dokumen penting yang diperlukan untuk meluluskan permohonan anda sebagai ShopeeFood Rider adalah;

  1. Gambar swafoto sebagai Rider.
  2. Gambar Salinan kad pengenalan pemohon.
  3. Salinan lesen motosikal yang digunakan untuk membuat perkhidmatan sebagai rider.
  4. Dokumen berkaitan maklumat akaun bank pemohon yang sah.
  5. Dokumen berkaitan maklumat motosikal, cukai jalan dan geran motosikal.

Cara Semakan Status ShopeeFood Register Lulus atau Tidak

Bagi menyemak semak status pemohonan Shopee Food Rider anda lulus atau tidak, pihak Shopee akan menghubungi pemohon untuk memaklumkan status permohonan anda.

Permohonan yang berjaya biasanya akan diberitahu atau dimaklumkan melalui sistem penghantaran mesej (SMS) kepada nombor telefon bimbit berdaftar pemohon. 

Sekiranya permohonan anda berjaya, pihak Shopee akan memberi peluang kepada Shopeefood Rider yang baru menjalani sesi latihan secara atas talian.

Sesi latihan ini penting untuk memberi pendedahan kepada rider baru bagi menawarkan servis terbaik kepada pengguna / pelanggan shopee.

Berapa Potensi Income Shopee Food Delivery Rider

Pendapatan bulanan bagi Shopee Food Rider adalah minimum RM2,000 setiap bulan dan berkemungkinan bertambah mengikut komisen yang diperolehi oleh seseorang rider jika mereka mengambil pesanan yang banyak.

Pendapatan mereka adalah fleksibel pada setiap bulan mengikut kepada kerajinan dan usaha mereka menerima dan menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.

Rajah dibawah menunjukkan kadar bayaran pihak Shopee kepada rider yang menerima dan menghantar pesanan makanan.

shopee food delivery rider

Daftar Shopee Food Merchant Untuk Kedai Makan & Restoran

Pemilik restoran, gerai, kafe, trak makanan dan gerai penjaja boleh memilih untuk berdaftar dengan Shopeefood untuk menjadi merchant (peniaga).

Bagi yang berdaftar di platform ini, makanan dan minuman jualan mereka akan dipaparkan di aplikasi Shopee untuk para pelanggan memesan secara atas talian.

Berikut adalah cara untuk mendaftar sebagai merchant bagi kedai makan dan restoran iaitu;

  • Pemilik kedai makan atau restoran boleh membuat permohonan melalui laman sessawang https://shopee.com.my seperti pada Rajah di bawah
shopee food merchant
  • Klik pada butang “Sign Up Now” untuk mengisi borang permohonan dan dokumen-dokumen seperti kad pengenalan pemilik, maklumat penyata bank akaun premis, gambar premis atau kedai hendaklah dilampirkan beserta dokumen terma dan syarat yang dimuat naik kemudian ditandatangi oleh pemohon / pemilik.
  • Selepas itu, pemohon boleh menghantar borang permohonan serta dokumen-dokumen yang diperlukan untuk diproses dan disemak oleh pihak Shopee.
  • Bagi permohonan yang berjaya, pihak Shopee akan membuka akaun untuk pemohon sebagai pemilik premis atau kedai di sistem.
  • Satu set kelayakan masuk akan dihantar melalui emel kepada pemohon.
  • Setelah akaun telah tersedia, pemohon bolehlah mula memuatnaik menu makanan yang ingin dijual di platform ini melalui pautan yang telah dihantar menerusi emel pemohon.
  • Akhir sekali, pihak Shopee akan menyemak setiap menu yang telah dimuatnaik dan menghubungi anda untuk membuat pengesahan maklumat berkenan menu yang dipaparkan jika perlu. 
  • Setelah menu pemohon melepasi garis panduan yang ditetapkan, menu pemohon akan dipaparkan di platform sedia ada untuk urusan pemesanan.

Shopee Food Voucher Code 2022

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia