Shopee Express Tracking Number & Contact Number untuk Customer Service
Shopee Xpress adalah perkhidmatan logistik Shopee yang disediakan khas untuk vendor Penjual Shopee.
Dek kerana permintaan yang tinggi dan pembelian yang melonjak untuk online shopping di Malaysia, Shopee merasakan sudah tiba masanya mereka menguruskan sebahagian daripada proses penghantaran dengan memperkenalkan sistem kurier milik mereka sendiri.
BACA SINI: Poslaju tracking number: track & trace no bila sampai sarang?
Memandangkan ia adalah terdiri daripada rakan kongsi logistik yang telah dimulakan oleh armada logistik Shopee sendiri, ia menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran secara eksklusif dan boleh dipercayai untuk vendor Penjual Shopee.
Senarai Kandungan Penting:
Berapa Harga Package Shopee Express Malaysia
Jika anda menjual di Shopee, anda patut mencuba penghantaran melalui Shopee Xpress, kerana ia tiada bayaran pendahuluan!
Kos penghantaran ke lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia adalah bermula dari RM4.03.
Walaubagaimanapun, perkhidmatan Shopee Xpress tidak tersedia untuk Sabah dan Sarawak buat masa ini, dan hanya tersedia untuk para Penjual Shopee yang terpilih sahaja mengikut kriteria tertentu.
Untuk berat pakej sehingga 3kg, penghantaran adalah percuma dengan menggunakan Baucer Penghantaran Percuma Shopee.
Untuk berat yang lebih dari 3kg, atau jika caj penghantaran sebenar yang dinilai oleh Shopee Xpress adalah lebih tinggi daripada bayaran penghantaran yang dijangkakan (yang dikira berdasarkan berat), Shopee akan menolak lebihan kos penghantaran tersebut daripada jumlah bayaran pembeli, sebelum mengembalikan bakinya kepada penjual.
Cara Check Shopee Express Tracking Number
BACA SINI: Harga pos laju 2022 & kadar rate dan kos
Anda boleh memantau pesanan anda melalui aplikasi Shopee Xpress, serta laman web, atau laman penjejak Shopee Xpress di https://shopeexpress.com.my .
Jaminan Shopee juga sahlaku untuk pesanan Shopee Xpress.
Cara Pos Barang Dengan ShopeeExpress
Langkah 1: Penjual Shopee menerima pesanan di kedai mereka yang akan dihantar melalui Shopee Xpress.
Langkah 2: Penjual Shopee menyediakan produk mengikut pesanan Pembeli, serta memastikan produk dibungkus dengan betul (dengan balutan “bubblewrap” atau dibungkus dengan plastic untuk produk bercecair) untuk mengelakkannya dari sebarang kerosakan semasa penghantaran.
Langkah 3: Bungkusan pesanan tersebut dilampirkan denganLabel Penghantaran (ukuran A6) yang dicetak dari Shopee Seller Centre.
Langkah 4: Bungkusan pesanan tersebut dihantar ke yang Cawangan Hab Shopee Xpress terdekat, atau diambil melalui *pilihan Pengambilan atau “pick-up”, tanpa bayaran pendahuluan.
Langkah 5: Shopee Xpress meneruskan penghantaran kepada Pembeli.
*NOTA PENTING:
- Pilihan Pengambilan Xpress Shopee (“pick-up”) tersedia hanya untuk Penjual yang memenuhi purata kiraan pesanan sebanyak 10 atau lebih pesanan berbayar sehari dalam tempoh 30 hari.
- Pilihan Pengambilan Shopee Xpress juga tertakluk kepada liputan dan ketersediaan kawasan dalam Lembah Klang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor (kawasan terpilih).
- Pengambilan untuk hari yang sama boleh diminta jika penghantaran diatur sebelum jam 11 pagi. Untuk penghantaran yang diatur selepas jam 11 pagi, tarikh pengambilan paling awal yang tersedia adalah pada hari bekerja berikutnya, dari Isnin hingga Ahad antara jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.
Kelebihan Pos Dengan Shopee Xpress
(i) Penghantaran Shopee Xpress yang cepat dan mudah
Masa penghantaran adalah antara 1-3 hari bekerja, manakala beroperasi 7 hari seminggu dari 9 pagi hingga 6 petang (tidak termasuk cuti terpilih).
(ii) Penghantaran pesanan tanpa bayaran pendahuluan
Anda boleh menghantar bungkusan pesanan melalui Shopee Xpress tanpa membayar wang pendahuluan.
(iii) Label Penghantaran Automatik (“Air Waybill”)
Label Penghantaran atauboleh terus dicetak dari Shopee Seller Center dan bukannya menggunakan Label Penghantaran bertulisan tangan.
Semua pesanan yang telah dihantar menggunakan Label Penghantaran dari Shopee Seller Center akan dikemas kini secara automatik dalam Aplikasi Shopee.
Selain itu, status penghantaran semua pesanan akan dapat dilihat terus dari Aplikasi Shopee.
(iv) Pengiraan automatik yuran penghantaran
Yuran penghantaran akan dikira dan dilaraskan secara automatik berdasarkan jumlah berat produk apabila dipesan dari kalangan yang beli dari kedai online shopping Shopee milik anda
(v) Promotion Pos Free & Percuma Untuk Senarai Pembeli Anda
Berdasarkan promotion ini, anda boleh pos barang yang dibeli oleh pembeli anda secara free dan percuma untuk berat maksimum sehingga 3kg di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk dari Perlis Kelantan Terengganu Pahang Sabah Sarawak Pulau Pinang Penang Melaka Johor Negeri Sembilan Putrajaya Selangor Perak Kedah, apabila Pembeli menggunakan Baucar Penghantaran Percuma semasa pembayaran.
Berat dan Ukuran Untuk Pos
Berat maksimum yang dibenarkan ialah 30kg, manakala dimensi yang dibenarkan adalah mengikut pengiraan berikut:
- Pengiraan berat isipadu (kg) = Tinggi (cm) x Lebar (cm) x Panjang (cm) / 5000
Panjang ditakrifkan sebagai sisi terpanjang bungkusan, manakala Tinggi adalah sisi terpendek bungkusan (dimensi tidak boleh melebihi 100cm).
Senarai Lokasi Cawangan Hub?
Anda boleh menghantar bungkusan anda di mana-mana Cawangan Hub Shopee Xpress location. Cawangan Hab Shopee Xpress terdekat boleh dicari di, https://shopeexpress.com.my
Apabila anda tiba di Cawangan Shopee Xpress, kakitangan di situ akan mengimbas label atau memasukkan nombor penjejakan secara manual untuk mengesahkan data yang dikemukakan oleh Shopee bagi memastikan ia adalah penghantaran Shopee Xpress yang sah.
Dengan ini, bungkusan tidak akan diterima, jika tiada label bercetak ditemui, jika terdapat lebih daripada 1 set label, atau jika label rosak.
Untuk memperbanyakkan lagi cawangan, Shopee telah bekerjasama dengan pusat perkhidmatan logistik ParcelHub dan Mail Boxes Etc (MBE).
Inisiatif ini telah menambahkan lagi Cawangan kepada lebih 300 lokasi di seluruh negara termasuk di sabah Sarawak Pulau Pinang Penang Melaka Putrajaya Negeri Sembilan Kuala Lumpur Kl Selangor Perlis kedah Perak Terengganu Kelantan Johor dan Pahang.
Cara Contact Shopee Express Customer Service
Sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan Shopee Xpress contact number di +603-2777-9222 atau help@support.shopee.com.my.