≡ BACK

Kisah Serangan di Masjidil Haram Semasa Buat Umrah 1979 PART AKHIR

Kisah Serangan di Masjidil Haram Semasa Buat Umrah 1979 PART AKHIR

Pakcik Ahmad meneruskan cerita bahawa pihak berkuasa Saudi seperti kehilangan punca dan tidak tahu macamana menyelesaikan kemelut di Masjidil Haram itu.

sejarah masjidil haram

Di Gunung Uhud

Nama taktik yang digunapakai oleh kerajaan Arab Saudi adalah human wave.

Taktik ‘human wave’ dimana beratus askar Saudi menyerbu sekali gus telah mengakibatkan ramai kematian.

Setahu saya taktik human wave ini digunapakai oleh tentera Iran semasa pertempuran dengan tentera Iraq semasa peperangan 1980-1988 yang mengakibatkan tak kurang 500,000 kematian di kedua belah pihak.

Tentera pemberontak yang hidup menyerah diri dipancung?

gambar di arab saudi

Arab Badwi pun pakai kain pelikat

Taktik ini juga digunakan pada peperangan dunia pertama dan semasa American Civil War.

Selepas beberapa hari kemelut, pihak Saudi telah memohon bantuan dari satu pasukan elit komando Pakistan dengan diketuai oleh 3 orang askar special forces dari Perancis.

Diberitakan, ketiga-tiga askar Perancis tersebut diminta untuk memeluk agama Islam secara ‘sementara’ untuk membenarkan mereka memasuki Tanah Haram Mekah.

Pada zaman tersebut, Masjidil haram mempunyai level basement. Tentera pemberontak Al Mahdi menyorok dibawah basement yang sangat luas dan agak mustahil untuk mencari mereka kerana ribuan tiang.

Taktik Tentera Perancis Tumbangkan Al Mahdi

Saya difahamkan oleh Pakcik Ahmad bahawa askar Perancis telah mengepam air kedalam basement dari luar dan meletakkan kabel letrik live yang menyebabkan kejutan letrik kepada sesiapa yang didalam.

Dengan cara itu, ramai tentera Al Mahdi terkena ‘electrocuted’ dan mayat mereka menjadi hitam dan hangus. Tentera pemberontak yang hidup menyerah diri dan mereka akhirnya dipancung.

(Datuk saudara saya adalah salah seorang jemaah Malaysia yang terperangkap didalam Masjidil Haram dan yang terakhir dilepaskan oleh tentera Al Mahdi).

foto di arab saudi

Di laut merah, Jeddah

Kisah ini diceritakan oleh Pakcik Ahmad yang menyaksi sendiri peristiwa pertempuran itu. Amat susah untuk mendapat berita sebenar dari orang Arab disana kerana peristiwa ini terlalu menyayat hati mereka.

Kami ditempatkan di hostel King Abdul Aziz Universiti di Mekah dan dibawa untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah sebelum ke Madinah. (Coincidently, kawan A level saya semasa di UK sekarang adalah Dean di Universiti tersebut).

Allahuallam. Berakhir…

#kutuberahak

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Tiket Air Asia Murah : Bagaimana Cara Dapatkan Pada Harga Promo Bagaimana Cara Dapatkan Tiket Air Asia Murah Pada Harga Promo Dahulu untuk terbang ke mana-mana bukannya mudah. Tiket mahal, pilihan dan akses penerb…
Pengalaman Umrah 1979 PART 4 : Tragedi Masjidil Haram Ditawan Pengalaman Umrah 1979 PART 4 : Tragedi Masjidil Haram Ditawan Mutawif (guide) kami berkata bahawa apabila pertama kali melihat Kaabah, maka berdoalah…
Tragedi Masjidil Haram : Ketika Zainudin Omar Buat Umrah 1979 PART 5 Tragedi Masjidil Haram : Ketika Zainudin Omar Buat Umrah 1979 PART 5 Selepas menunaikan solat subuh di masjid, kami bertolak ke Jabal Omar melalui te…
Bercuti di Laos : 15 Keistimewaan Semasa Melancong Buat Backpacker Ini 15 Keistimewaan Buat Backpacker Ini Bercuti di Laos Tips dan Pengalaman Bercuti di Laos. Ini keistimewaan bandar laos. Perjalanan kami pada tempoh ha…