UKSBP: Semakan & Check Samada Layak Atau Tidak

Semakan UKSBP : Check Samada Layak Atau Tidak Dengan Soalan Yang Diberikan

uksbp

Bagi menyaring lambakan yang berminat untuk masuk ke sekolah berasrama penuh, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan malaysia telah meletakkan syarat mana-mana daripada anda yang berminat mohon dan masuk ke boarding school ini, perlu ambil ujian ini.

Ia adalah satu ujian yang perlu anda duduki dan ambil bagi menilai samada anda layak mendapat tawaran dan diterima masuk ke sekolah berasrama penuh. Maknanya yang akan terpilih nanti adalah kalangan yang terbaik dikalangan yang terbaik.

Harapan Kementerian pendidikan Malaysia Kpm mahukan pelajar yang terpilih kelak, bukan sahaja cemerlang pada akademik tetapi kokurikulum dan juga sahsiah diri.

Sudah semestinya antara yang ambil ujian dengan yang tidak ambil ujian ini, kerajaan pastinya akan memberikan kelebihan kepada calon yang ambil ujian ini. Jadi sangat penting untuk anda tidak terlepas ambil ujian ini.

Senarai Kandungan Penting:

Semakan UKSBP Online

Soalan yang akan dikemukakan kepada anda adalah agak sukar yang mana ia berasaskan kepada SG, EQ dan IQ. Jangan berhati-hati ketika menjawab soalan yang diberikan.

1) Anda sudah boleh bersedia melakukan semakan antara bulan November hingga Disember ini

2) Semakan online boleh dilakukan berdasakan pautan yang dikongsikan di bawah ini:

3) Apabila permohonan SBP dibuka anda boleh hantar permohoann seperti biasa. Tetapi samada anda layak atau tidak bergantung kepada keputusan kemasukan kelak.

Dalam pada masa yang sama, anda boleh saksikan sendiri bagaimana reaksi yang pelbagai daripada kalangan uyang telah berjaya masuk ke sekolah berasrama penuh seperti video di bawah:

P/S : Kepada yang berjaya dan layak melalui semakan UKSBP, kami ucapkan tahniah semoga anda berjaya di sekolah berasrama penuh kelak. Insyaallah. Amin.

Scroll to Top