Semakan UKKM 2021: Tarikh Ujian, Status Permohonan dan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4
Semakan Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM MRSM) kini menjadi syarat kelayakan pelajar untuk masuk ke MRSM kerana pembatalan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Secara umumnya UKKM membabitkan beberapa subjek iaitu Sains, Matematik, Bahasa Inggeris serta ujian keperibadian. Ujian hafazan wajib diduduki calon sebagai syarat tambahan bagi permohonan ke MRSM Program Ulul Albab.
RUJUK SINi: Senarai Ranking SBP MRSM Untuk SPM PT3 Terbaik
Kriteria utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM bagi sesi 2021 adalah wajib lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) dan pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES).
Senarai Kandungan Penting:
Semakan UKKM 2021
Tangguhan ke tarikh yang akan dimaklum kelak bagi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di kawasan terlibat susulan daripada peningkatan kes dan zon merah di seluruh negara akibat COVID-19.
Oleh yang demikian, pemohon perlu sentiasa alert sekiranya menerima SMS mengenai perkara ini.
Pemohon juga boleh melakukan semakan online untuk melihat kembali tempat ujian yang ditetapkan.
Berikut di bawah kami kongsikan info terkini mengenai Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM dan Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Tahun 2021:

Sila rujuk ke pautan berikut untuk membuat semakan status:
Cara Buat Semakan UKKM Tingkatan 1
- Laman web rasmi UKKM MRSM boleh dilayari di http://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/
- Nombor kad pengenalan diisi dan boleh log masuk
- Kemudian akan dipaparkan status pendaftaran, permohonan dan butiran mengenai ujian
Cara Buat Semakan UKKM Tingkatan 4
Berikut di bawah adalah cara buat semakan UKKM Tingkatan 4:
- Laman web rasmi UKKM boleh dilayari di https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/
- Nombor kad pengenalan diisi dan boleh log masuk
- Kemudian akan dipaparkan status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan pemohon
Jadual Pendaftaran & Persekolahan Pelajar MRSM 2021
MARA telah menetapkan jadual pendaftaran dan persekolahan pelajar MRSM 2021 untuk sesi home based school (PDPR) dan sesi persekolahan bersemuka.
Untuk rujukan bersama, kami kongsikan jadual penuh di bawah:
SENARAI | TARIKH PENDAFTARAN MRSM | TARIKH MULA PERSEKOLAHAN MRSM | TARIKH MULA HOME BASED SCHOOL MRSM (PDPR) |
---|---|---|---|
Pelajar MRSM Tingkatan 5 sesi 2020 | 9 JANUARI 2021 | Peperiksaan SPMRSM bermula pada 11 Januari 2021 | |
Pelajar MRSM Tingkatan 4 sesi 2021 | 24 JANUARI 2021 | 25 JANUARI 2021 | |
Pelajar MRSM Tingkatan 5 sesi 2021 | 24 JANUARI 2021 | 25 JANUARI 2021 | |
Pelajar MRSM Tingkatan 2 sesi 2021 | 3 APRIL 2021 * & 4 APRIL 2021 | 4 APRIL 2021 * & 5 APRIL 2021 | 25 JANUARI 2021 |
Pelajar MRSM Tingkatan 3 sesi 2021 | 3 APRIL 2021 * & 4 APRIL 2021 | 4 APRIL 2021 * & 5 APRIL 2021 |
Serba Sedikit Tentang MRSM
Penubuhan MRSM ini adalah selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, intelektual yang tinggi dan mempunyai kebolehan akademik untuk mengembangkan potensi diri mereka dalam bidang sains dan tekonologi.
Visi MRSM
Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan yang bertaraf dunia dan inovatif.
Misi MRSM
Menyediakan pelajar-pelajar buimputera yang mempunyai potensi tinggi dalam bidang sains dan teknologi serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
Terdapat tujuh program yang dilaksanakan di MRSM yang berteraskan Science, Engineering, Religion, Technology dan Arts and Mathematics (STREAM).
Info Lanjut UKKM MRSM
Anda boleh menghubungi nombor di talian 03-2613 2000 atau rujuk laman web www.mara.gov.my untuk maklumat lanjut berkenaan UKKM MRSM.