Home » sambung belajar » Semakan UITM Online 2019 : Keputusan Samada Lulus atau Gagal

Semakan UITM Online 2019 : Keputusan Samada Lulus atau Gagal

Semakan UITM online : Samada Anda Lulus Berjaya atau Gagal termasuk permohonan penerapan bagi kemasukan tahun 2019

uitm online

Jikalau anda flashback, pada ketika permohonan untuk lepasan SPM dilakukan anda perlu melakukan pemilihan sejumlah 8 pilihan kursus dan jurusan.

Manakala kalangan yang lepasan STPM, kalangan mereka perlu lakukan pilihan 12 kursus dan jurusan.

Ada beberapa perkara yang perlu anda terima semasa dan selepas anda lakukan semakan uitm secara atas talian melalui sistem pengkalan yang disediakan itu. Iaitu, antara permohonan universiti teknologi mara anda lulus atau tidak.

Samada permohonan anda lulus dengan jurusan yang ditawarkan kepada anda. Mungkin jurusan tersebut, anda sama sekali tidak berminat.

Jikalau anda tidak bersetuju dengan tawaran jurusan tersebut, makan permohonan anda dianggap sebagai gagal.

Berdasarkan semakan uitm, samada gagal atau lulus anda boleh ikuti dan perhatikan tips dan panduan seperti di bawah ini.

Permohonan Uitm Online 2019

PERKARAPAUTANNYA
Permohonan secara onlineKLIK SINi

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Cuba Mohon

  1. Tahukah anda Universiti Teknologi MARA mengenakan yuran antara yang termurah di Malaysia. Ini kerana ia menerima subsidi yang lebih berbanding universiti awam lain di Malaysia
  2. Tersenarai juga dalam ranking universiti Malaysia terbaik.
  3. Tahukah anda, berdasarkan statistik majikan lebih mengutamakan calon yang merupakan lulusan dari universiti awam imni untuk diambil bekerja berbanding universiti lain.
  4. Kualiti pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris melibatkan lulusan universiti ini antara terbaik dikalangan universiti awam yang lain
  5. Untuk anda yang menginginkan persekitaran yang mana kesemua pelajar dan penuntut di universiti awam terdiri daripada kalangan bumiputera Universiti Teknologi MARA adalah pilihan yang terbaik
  6. Bagi mendapatkan anugerah dekan, Universiti Teknologi Mara meletakkan syarat yang rendah berbanding universiti lain. Jadi untuk anda merangkul anugerah dekan lebih mudah dengan usaha yang konsisten dan berterusan daripada anda
  7. Satu-satunya universiti awam di Malaysia yang mampu menyediakan kesemuanya kursus dan jurusan yang dicari dan diingin oleh pelajar. Yang tiada cuma jurusan pengajian Islam sahaja
  8. Begitu banyak pengiktirafan seperti ACCA, EC dan banyak lagi untuk program dan jurusan yang ditawarkan di universiti awam ini
  9. Syarat kemasukan yang telah ditetapkan Universiti Teknologi Mara pun cukup minima, boleh semak di student portal rasmi mereka. Sangat ramai pelajar bumiputera yang telah diberikan peluang untuk diterima masuk sambung belajar

Kemasukan Penerapan UITM Online

semakan uitm

Rupa-rupa ramai yang terlepas pandangan adanya program penerapan Universiti Teknologi MARA. Bagi kalangan pelajar diploma lepada Universiti Teknologi MARA mereka ini ada dua pilihan untuk sambung belajar ke peringkat degree (Ijazah Sarjana Muda).

Samada melalui sistem permohonan upu online ataupun melalui permohonan penerapan uitm.

Jikalau permohonan penerapan ia boleh dilakukan melalui student portal yang disediakan.

Jikalau ada tertanya-tanya lagi apa itu penerapan uitm?

Senang cerita, program penerapan adalah memberikan peluang pelajar pra diploma nak sambung Diploma , yang diploma nak sambung pula degree. Dan yang bagus ia lebih mudah untuk diterima masuk.

Iyalah dengan zaman yang cukup mencabar sekarang ini. Ada diploma sahaja tidak cukup. Sebab yang ada degree pun kadang kadang susah dapat kerja. Kalau dapat kerja selipun gaji kecil sahaja. Barang semua mahal.

PERKARAPAUTANNYA
Permohonan penerapanMohon Sini
  1. Anda boleh mula hantar borang permohonan. Tarikh buka permohonan penerapan anda samada bulan Mac atau bulan April setiap tahun
  2. Tidak kira anda pelajar para diploma atau diploma jikalau mahu sambung belajar juga di universiti teknologi mara , mesti hantar borang permohonan pada semester terakhir anda
  3. Nak mohon, mestilah kena beli pin BSN terlebih dahulu sekitar RM10.06. Murah sahaja.
  4. Kemudian terus akses ke student portal online dan pergi ke bahagian “Application For Continuation of Studies”. Pilih 4 kursus pilihan anda berbanding 8 kursus melalui permohonan upu online. Kemudian isi selengkapnya.
  5. Satu lagi sebelum terlupa nak beritahu, anda wajib ambil muet untuk sambung degree sekarang ini.

Semakan Syarat Kemasukan UITM

Jikalau anda mahukan semak sebarang maklumat syarat kemasukan Universiti Teknologi MARA boleh dibuat semakan kelayakan melalui pautan di bawah ini:

PERKARAPAUTANNYA
Semak syaratCheck Sini

Semakan UITM

1. Untuk check secara online, anda boleh klik pada pautan seperti pada jadual di bawah ini termasuk kepada yang mahu buat semakan terhadap permohonan penerapan mereka sebelum ini :

PerkaraPautannya
Pautan Semakan secara onlineKLIK SINI

2. Jikalau permohonan anda gagal atau tidak berjaya mendapat jurusan yang anda inginkan, anda boleh hantar permohonan rayuan UITM.

PERKARAPAUTANNYA
Cara Lakukan Permohonan rayuan secara onlineAkan dikemaskinikan

3. Anda perlu realistik, jangan sesekali pilih jurusan dan program yang tidak sesuai dengan keputusan peperiksaan anda. Usah pilih kursus yang gempak sedangkan result anda hanya biasa-biasa sahaja.

4. Walaupun anda anda hantar rayuan dengan kursus yang anda inginkan, ia masih lagi bergantung kepada tempat yang masih kosong. Tetap cara sistem meritokrasi digunapakai.

Nasihat Mypt3, jangan hanya berharap kepada penerapan semata. Isikan juga melalui permohonan online melalui pautan yang kami kongsikan di bawah ini.

Kita tidak tahu rezeki kita di mana. Sekarang makin yang nak sambung belajar tetapi tempat tidak cukup. Jadi anda kena pandai pandai rebut peluang yang ada.

Semoga Berjaya

PP/S : Jikalau tidak berjaya selepas semakan keputusan uitm, boleh lagi buat rayuan. Apply selagi boleh.

Scroll to Top