Temuduga IPG : Semakan Tips Interview di Institut Pendidikan Guru

Semakan Temuduga IPG Institut Pendidikan Guru. Ini tips dan Teknik untuk anda

Kami menerima banyak email yang bertanya yang mereka akan menghadiri sesi interview tidak lama lagi. Jadi ada yang mahukan kami berkongsi tips dan teknik temuduga IPG yang membantu persiapan mereka kelak.

temuduga ipg

Kami suka berkongsi tips yang kami senaraikan seperti di bawah ini berdasarkan pengalaman kami dahulu.

Alhamdulillah sudah pun bergelar guru.

Anda juga boleh copy dan kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.

Semoga ramai yang dapat manfaatnya kelak.

Yang belum lagi buat semakan boleh berbuat demikian melalui pautan di jadula bawah ini. Biasanya semakan temuduga IPG boleh mula dilakukan selepas sahaja selasainya Ujian kelayakan Calon Guru (UKCG)

Senarai 7 Tips Temuduga IPG

  • Semakan temuduga IPG online : KLIK SINI
  • Untuk tahu samada temuduga anda berjaya atau tidak : KLIK SINI

1) Pastikan anda berpakaian kemas dan sesuai dengan acara temuduga tersebut. Janganlah berpakaian seperti anda mahu shopping di luar sana.

2) Senaraikan semua dokumen yang perlu anda bawa pada sesi temuduga IPG, bagi mengelakkan anda kelam kabut dibuat persiapan. Buat salinan dan pastikan semuanya sudah pun disahkan.

3) Jaga body language anda kerana ini semua akan diperhatikan oleh panel penemuduga. Jangan tunjukkan yang anda sedang ‘nervous’. Biar salah grammer atau kesilapan fakta tetapi yang pentingnya kelihatan yakin dan ‘confident’ sera difahami oleh panel penemuduga pada sesui tersebut.

4) Perbanyakkan bacaan dan sentiasa prihatin dengan sebarang perkembangan dan berita isu semasa di malaysia serta barisan menteri kabinet Malaysia

5) Anda perlu tahu kursus yang anda ambil kelak. Contohnya di sini, jikalau kursus yang dipilih adalah bahasa Inggeris, sudah semestinya sesi temuduga dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Anda perlu yakinkan panel penemuduga yang anda berkemahiran dalam ‘grammar’, ‘vocabulary’, ‘past tense’, apa aktiviti dan idea untuk membantu meningkatkan kefahaman dalam sesi pengajaran anda kelak dan sebagainya jikalau anda benar-benar mahu diterima masuk melalui semakan keputusan ipg kelak.

6) Untuk pengetahuan anda, yang mana sesi temuduga akan dijalankan dalam siri individu dan juga anda akan ditempatkan dalam satu kumpulan bersama 5-8 peserta yang lain untuk tempoh selama 30 minit.

7) Berdasarkan tajuk yang diberikan semasa sesi berkumpulan, anda dinasihat supaya menjawab apabila ditanya, tidak mencelah ketika peserta lain sedang berhujah.

Pastikan rakan anda sudah selesai menjawab, anda angkat tangan untuk menambah pendapat dan hujah daripada anda.

7 Senarai Soalan Temuduga IPG Yang Acapkali Ditanya

semakan temuduga ipg

1) Apa sebab anda memilih mahu bergelar guru? Sila jelaskan

2) Siapa nama Menteri Pendidikan

3) Apa sebenarnya kelebihan menjadi guru di Malaysia?

4) Sila sebutkan Temaga Hari Guru pada tahun yang ditanya kepada anda

5) Sila huraikan apa yang anda faham berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

6) Apa kelebihan yang ada pada diri anda?

7) Adakah anda sanggup jika diberikan penempatan di sekolah luar bandar?

SUDAH BACA

bsh bantuan sara hidup

Lebih 150,000 Berjaya Tuntut Duit BSH Terus di BSN [MUDAH]

20 Isu Popular BSH Bantuan Sara Hidup Fasa 2 + JAWAPAN termasuk isu nama pemohon atas nama isteri tetapi akaun bank suami yang ramai...