≡ Menu

Semakan Tempat Mengundi 2019 | SPR Sedia Sistem Online dan SMS

Semakan Mengundi 2019. SPR Semakan Tempat Mengundi Pillihan raya secara online dan secara sms

Seronoknya sebenarnya turun mengundi baik di Pilihanraya Umum ataupun Pilihanraya Kecil. Daripada kita bercakap dan mengeluh yang macam-macam nah inilah masa dan tanggungjawab anda untuk turun membuang undi untuk pemimpin dan parti yang anda pilih untuk menjaga kawasan anda.

semakan tempat mengundi

Yang menjadi persoalan sekarang ramai ramai tertanya-tanya apa agaknya tempat mengundi saya, tempat mengundi anda.

Yang bagusnya pihak Suruhanjaya Pilihanraya SPR telah sediakan sistem online untuk anda melakukan semakan tempat mengundi walaupun di mana sahaja samada melalui komputer, laptop ataupun telefon pintar anda.

Bukan itu sahaja anda akan tahu anda adalah saluran berapa. LENGKAP maklumat yang diperlukan.

Ada 4 cara kesemuanya.

1) Cara Semakan Tempat Mengundi Online

Mudah sahaja, hanya masukkan nombor kad pengenalan anda melalui pautan di bawah ini dan tekan butang SEMAK, akan terpapar hasil lokasi anda membuang undi.

semakan mengundi

2) Cara Semak Tempat Mengundi Melalui sms

Hantar pesanan ringkas anda ke nombor yang tersenarai di bawah ini untuk mendapatkan lokasi mengundi terus di telefon bimbit anda. Caranya :

  • Taip SPR SEMAK<jarak>nombor kad pengenalan anda dan hantarkan ke nombor 15888
  • Dan setiap mesej yang anda terima daripada SPR anda hanya dikenakan caj harga serendah 20 sen sahaja

3) Cara Semakan Tempat Mengundi Melalui Aplikasi

Boleh download aplikasi My SPR semak samada melalui aplikasi Google Play Store atau Apple Store masing-masing. Ada di sana.

4) Nombor Telefon SPR

Ataupun anda boleh juga telefon terus ke pejabat SPR dan kakitangan yang bertugas akan melayan pertanyaan anda.

  • Nombor telefon : 03-88927018

Bagaimana Cara Tukar Tempat Mengundi

  1. Jikalau anda mahu tukar tempat mengundi sepertimana yang tercatit pada kad pengenalan anda mudah sahaja.
  2. Anda perlu terus pergi ke mana mana cawangan SPR yang berdekatan dengan anda. Ini kerana ada borang yang perlu anda isi dan lengkapkan. Kakitangan SPR yang bertgas akan membantu anda. Jangan risau.

P/S : Sebenarnya, Mypt3 ingin cadangkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sila gunakan server yang lebih berprestasi tinggi bagi memudahkan jutaan yang telah daftar pengundi di Malaysia untuk check dan lakukan semakan mengundi daripada masa ke semasa terutamanya menjelang musim pilihanraya di Malaysia

PP/S : Jangan lupa bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan pegawai SPR yang bertugas bagi melayakkan anda membuang undi.