Semakan Tarikh Luput LKM: Tukar Nama No Enjin E Batal JPJ

Semakan Tarikh Luput LKM lesen kenderaan kereta motor: Cara Tukar Nama, tukar Number Plate, semak No Enjin kenderaan, dan juga proses untuk online E Batal JPJ tahun 2023

semakan tarikh luput lkm jpj

BACA SINI >> Keputusan JpjeBid Result: Cara Bid No Plate Online

Banyak yang boleh dilakukan di aplikasi myjpj app atau di portal jpj mysikap, termasuk semakan tarikh luput lkm (lesen kenderaan motor), Semak e Batal Jpj Online Selepas Habis Bayar Kereta, semak no enjin kenderaan dan tukar nama dan juga e batal jpj

BACA SINI >> Harga Renew Roadtax Kereta 2023: JPJ Insuran Untuk Motosikal & Motor

Semuanya boleh dilakukan secara online sekarang. Menjadi urusan menjadi lebih mudah tanpa perlu berseesak-sesak lagi untuk pergi ke kaunter JPJ yang berhampiran dengan anda

Semakan Tarikh Luput Cukai Jalan

Semakan tarikh luput cukai jalan pemilik kenderaan boleh dilakukan secara atas talian.

Ianya boleh dilakukan menerusi aplikasi MyJPJ.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan tersebut;

  1. Muat turun aplikasi MyJPJ di dalam telefon bimbit pengguna.
  2. Pendaftaran akaun mestilah dilakukan.
  3. Setelah pendaftaran berjaya, log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ tersebut.
  4. Klik pada ikon “Profil”.
  5. Kemudian, klik pada bahagian “Lesen Kenderaan Motor”.
  6. Akhir sekali, senarai tarikh luput cukai jalan pemilik kenderaan akan dipaparkan bagi tujuan semakan.

Semak e Batal Jpj Online Selepas Habis Bayar Kereta

E-Batal merupakan satu aplikasi melibatkan urusan menyelesaikan hak milik bank atau pemberi pinjam kepada hak milik pemilik kenderaan.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat E-Batal setelah pembayaran kereta telah selesai;

  1. Setelah menjelaskan segala hutang pinjaman dengan pihak bank, pemilik kenderaan mestilah mendapatkan geran kereta asal.
  2. Surat perlepasan akan dikeluarkan oleh pihak bank.
  3. Pemilik perlu hadir ke cawangan JPJ untuk menyerahkan surat perlepasan tersebut.
  4. Proses e-Batal telah selesai.
  5. Seterusnya, pemilik kenderaan perlu melayari laman sesawang https://public.jpj.gov.my
  6. Log masuk ke akaun pengguna.
  7. Klik pada bahagian “Kenderaan” pada paparan menu utama.
  8. Pilih pelan tindakan “Maklumat tuntutan hak milik” dan klik butang “OK”.
  9. Seterusnya, pilih jenis transaksi “Maklumat tuntutan hak milik”.
  10. Akhir sekali, maklumat berkenaan hak milik pemilik akan dipaparkan.

JPJ Tukar Nama Online

Pertukaran nama pada kenderaan akan melibatkan dua (2) pihak iaitu pemilik kenderaan lama dan pemilik kenderaan baharu. Transaksi ini akan melibatkan dua pihak yang berbeza. 

Sebagai pemilik kenderaan yang lama, anda perlu mengikuti langkah-langkah seperti berikut;

  1. Layari laman sesawang https://public.jpj.gov.my/public/login.zul .
  2. Log masuk ke akaun pengguna.
  3. Klik pada bahagian “Kenderaan” pada paparan menu utama.
  4. Pilih transaksi “Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan” dan masukkan nombor plat kenderaan.
  5. Kemudian, klik pada butang “Teruskan”.
  6. Masukkan maklumat nombor kad pengenalan dan alamat emel pemilik baru.
  7. Akhir sekali, sahkan permohonan tersebut.

Seterusnya, pemilik kenderaan baharu perlu melengkapkan proses pertukaran nama tersebut secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut;

  1. Layari laman sesawang https://public.jpj.gov.my/public/login.zul .
  2. Log masuk ke akaun pengguna.
  3. Klik pada bahagian “Kenderaan” pada paparan menu utama.
  4. Pilih transaksi “Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan” dan masukkan nombor plat kenderaan.
  5. Kemudian, klik pada butang “Teruskan”.
  6. Lengkapkan maklumat pengisytiharaan kenderaan pengguna sebagai pemilik baharu.
  7. Klik pada butang “Setuju”.
  8. Bayaran mestilah dilakukan secara atas talian.
  9. Akhir sekali, cetak resit pembayaran sebagi bukti pertukaran nama untuk dibawa ke cawangan JPJ.

Semak No Enjin Kenderaan Online

Semakan nombor enjin kenderaan pemilik kenderaan boleh dilakukan secara atas talian.

Ianya boleh dilakukan menerusi aplikasi MyJPJ.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan kepada nombor enjin kenderaan;

  1. Muat turun aplikasi MyJPJ di dalam telefon bimbit pengguna.
  2. Pendaftaran akaun mestilah dilakukan.
  3. Setelah pendaftaran berjaya, log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ tersebut.
  4. Klik pada ikon “Profil”.
  5. Kemudian, klik pada bahagian “Lesen Kenderaan Motor”.
  6. Akhir sekali, nombor enjin kenderaan pemilik akan dipaparkan bagi tujuan semakan.

Cara Tukar Number Plate

Setiap nombor plat yang didaftarkan dan diletakkan pada kenderaan pemandu adalah berbeza antara satu sama lain. Ianya membawa maksud yang unik.

Proses pertukaran nombor plat adalah dibenarkan oleh pihak JPJ. Pemeriksaan PUSPAKOM perlu dilakukan sebelum pertukaran nombor plat boleh dilakukan.

Pertukaran ini hanya boleh dilakukan di cawangan JPJ dan ianya tidak boleh dilakukan secara atas talian.

Berikut merupakan cara-cara untuk tukar number plate / nombor plat;

  1. Pemandu perlu membuat permohonan nombor plat dan membeli nombor plat tersebut.
  2. Setelah memiliki nombor plat, pemeriksaan PUSPAKOM mestilah dilakukan bagi mendapatkan laporan pemeriksaan PUSPAKOM. 
  3. Kemudian, pemandu perlu hadir ke cawangan JPJ yang berdekatan dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tujuan pertukaran nombor plat tersebut.
  4. Akhir sekali, setelah permohonan pertukaran nombor plat telah berjaya, pemohon bolah membuat nombor plat yang meletakkan nombor plat yang baharu pada kenderaan pemandu.
xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia