Politeknik: Info Semakan Keputusan Permohonan Online (2020)

Semakan permohonan politeknik 2020 Secara Online Sesi Disember dan September

semakan politeknik 2020

Selepas tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia, memasuki Politeknik adalah salah satu pilihan pelajar dalam menyambung pengajian tinggi ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Pengajian boleh dilanjutkan ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Politeknik oleh pelajar lepasan Kolej Komuniti, Matrikulasi, Sijil IKM dan banyak lagi.

Sekarang ini nak mohon semuanya setempat. Baik yang nak mohon universiti awam mahupun poli semuanya di platform portal upu online.

Walaubagaimanapun untuk semakan kemasukan politeknik 2020 tetap perlu dilakukan melalui portal rasmi mereka sendiri melalui Portal Pengambilan Pelajar.

Bagi memudahkan anda melakukan semakan samada anda merupakan lepasan spm ataupun lepasan stpm yang mahu check status permonan anda melibatkan diploma separa masa, diploma sepenuh masa mahupun untuk program ijazah sarajan muda (degree).

Semakan Politeknik Online

Pautan penting boleh semak pada jadual di bawah ini:

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONANPAUTANNYA
Diploma Sepenuh Masahttp://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp
Diploma Separa Masa 
  
Pra Diploma Poli 
Sijil Kemahiran Poli 
Sarjana Muda 

6 Sebab Poli Jadi Pilihan Ramai

borang permohonan politeknik sesi 2020

  1. Kos yuran pengajian hanya serendah RM200 semester sahaja. Sangat-sangat berpatutan
  2. Apabila belajar di poli, mudah  untuk mendapat pinjaman pendidikan PTPTN bagi memudahkan anda menyara kos pengangkutan, perbelanjaan makan dan minum serta tempat tinggal
  3. Anda berpeluang untuk masuk antara poli terbaik di Malaysia termasuklah Poli Sultan Azlan Shah, Poli Ungku Omar, Poli Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  4. Segala kursus yang ditawarkan di sini, adalah diiktiraf dan mendapatkan akreditasi daripada MQA
  5. Inilah peluang anda untuk masuk ke universiti awam apabila anda berjaya mendapat semakan keputusan yang cemerlang di poli
  6. Berdasarkan dapatan yang diperolehi kalangan lepasan pelajar poli sangat mudah diterima di pasaran pekerjaan dek kerana modul pembelajaran yang lebih berunsur praktikal bersama-sama dengan akademik di sepanjang pengajian

Di bawah ini kami senaraikan semua politeknik yang terdapat di Malaysia beserta butiran penting seperti alamat, no telefon dan laman webnya. Kami turut kongsikan senarai program yang ditawarkan di sini. Menerusi pautan link berwarna merah di bawah.

Buat makluman anda semua, di Malaysia, terdapat 3 jenis Politeknik boleh didapati. Ianya adalah Konvensional, Premier dan METrO. Jadi, apakah perbezaan antara Politeknik Premier Konvensional vs METrO?

Di seluruh Malaysia, terdapat 27 buah poli tidak termasuk 4 buah Poli METrO. Untuk pelajar lepasan SPM dan setaraf, Program Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda ditawarkan.

Selain Universiti awam, IPTS dan Kolej Kemahiran (ILKA), memasuki Politeknik juga adalah salah satu pilihan buat pelajar dalam menyambung pengajian tinggi.

Beza Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO

Melahirkan para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang perdagangan, kejuteraan dan perkhidmatan merupakan funsgi dan tujuan bagi ketiga-tiga jenis Politeknik di Malaysia. Sekaligus ianya menyediakan laluan alternatif lepasan politeknik ke pendidikan tinggi. Berdasarkan faktor-faktor berikut, ramai pelajar ingin memasuki Politeknik :

  1. Program pengajian yang diiktiraf MQA
  2. Institusi milik penuh Kerajaan
  3. Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi
  4. Peluang pekerjaan yang cerah

Untuk panduan dan rujukan pelajar semua, berikut kami kongsikan perbezaan di antara Politeknik Premier dengan Politeknik Konvensional/METrO

A. Politeknik Premier

Politeknik Premier merupakan politeknik yang setanding dengan universiti awam. Permohonan kemasukan adalah melalui Permohonan UPU secara online. Untuk kemasukan ke UA dan Politeknik Premier, pelajar perlu bersaing. Pelajar yang menjurus kepada yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM adalah kriteria pengambilan.

Program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda ditawarkan oleh Politeknik Premier. Kini, terdapat tiga iaitu :

Senarai Lokasi Politeknik Premier

  1. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
  2. Ungku Omar, Perak (PUO)
  3. Ibrahim Sultan, Johor (PIS)

B. Politeknik Konvensional

Ini adalah politeknik biasa yang diwujudkan sebelum ini. Untuk lepasan SPM, pengambilan adalah melalui Portal Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik atau melalui UPU Online. Program pengajian pada peringkat Sijil dan Diploma ditawarkan antara lain Poli Premier. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau separuh masa.

Senarai Lokasi Politeknik Konvensional

  1. Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah
  2. Kuching, Sarawak
  3. Kota Kinabalu, Sabah
  4. Kota, Melaka
  5. Sultan Abdul Mizan, Terengganu
  6. Sultan Bahiyah, Kedah
  7. Sultan Idris Shah, Selangor
  8. Shah, Pahang
  9. Balik Pulau, Pulau Pinang
  10. Nilai, Negeri Sembilan
  11. Mersing, Johor
  12. Sandakan, Sabah
  13. Sultan Ahmad Shah, Pahang
  14. Kota Bharu, Kelantan
  15. Port Dickson, Negeri Sembilan
  16. Seberang Perai, Pulau Pinang
  17. Kota Kuala Terengganu, Terengganu
  18. Merlimau, Melaka
  19. Sultan Azlan Shah, Perak
  20. Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
  21. Mukah, Sarawak
  22. Jeli, Kelantan
  23. Banting, Selangor
  24. Hulu Terengganu, Terengganu
  25. Tun Sed Nasir Syed Ismail, Muar, Johor

C. Politeknik METrO – Perbezaan Politeknik Premier Konvensional

Ia merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah (local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutama sekali bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang kian meningkat naik, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) ataupun syarikat multi-nasional.

Daya saing ditingkatkan melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menghasilkan modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik merupakan tujuan penubuhan Politeknik METrO yang juga seiring dengan agenda transformasi negara. Lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan re-skilling dan upskill merupakan sasaran pelajarnya. Kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) diutamakan dalam pembelajaran di Politeknik METrO dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran.

Tanpa melalui pengambilan pelajar secara berpusat, permohonan kemasukan adalah fleksibel iaitu diurus secara autonomi.

Senarai Lokasi Politeknik METrO

  1. Kuantan (PMKU)
  2. Kuala Lumpur (PMKL)
  3. Tasek Gelugor (PMTG)
  4. Betong (PMB)
  5. Johor Bahru (PMJB)

Senarai Politeknik di Malaysia: Nama Dan Alamat

1. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

Semambu, 25350 Kuantan
Pahang
Web: http://www.polisas.edu.my/portal/
Tel: 09-5655300 ext 343/342/341

2. Politeknik Kota Bharu (PKB)

Km 24, Pangkal Kalong, Kok Lanas, 16450 Ketereh
Kelantan
Web: http://www.pkb.edu.my/
Tel: 09-7889126/344/641

3. Politeknik Port Dickson (PPD)

Km 14, Jalan Pantai, 71050 Si Rusa
Negeri Sembilan
Web: http://polipd.edu.my/v5/
Tel: 06-6622000/2111

4. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

Persiaran Usahawan, Seksyen U1, 40150 Shah Alam
Selangor
Web: http://www.psa.edu.my
Tel: 03-51634063/4069

5. Politeknik Seberang Perai (PSP)

Jalan Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang
Web: http://www.psp.edu.my
Tel: 04-5383322 sambungan 5110

6. Politeknik Kuala Terengganu (PKT)

Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu
Terengganu
Web: http://www.pkt.edu.my/index.php
Tel: 09-6204100/09-6322000

7. Politeknik Merlimau (PMM)

KB 1031, Pejabat Pos Merlimau, 77300 Merlimau
Melaka
Web: http://www.pmm.edu.my/
Tel: 06-2636687 sambungan 1180

8. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)

Kulim Hi-Tech Park, 09000 Kulim
Kedah
Web: http://www.ptsb.edu.my
Tel: 04-4033333 sambungan 2166/2023

9. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)

Pauh Putra, 02600 Arau
Perlis
Web: 04-9886200 ext 6202
Tel: 04-9886200 ext 6202

10. Politeknik Mukah Sarawak (PMU)

Km 7.5, Jalan Oya, 96400 Mukah
Sarawak
Web: http://www.pmu.edu.my
Tel: 084-874001 sambungan 8015 / 8008

11. Politeknik Jeli (PJK)

Jalan Raya Timur – Barat, 17600 Jeli
Kelantan
Web: http://www.pjk.edu.my
Tel: 09-9443600

12. Politeknik Banting (PBS)

Persiaran Ilmu, Jln Sultan Abdul Samad, 42700 Banting
Selangor
Web: http://www.polibanting.edu.my
Tel: 03-31201625 ext 122

13. Politeknik Hulu Terengganu (PHT)

21700 Kuala Berang
Hulu Terengganu
Terengganu
Web: http://www.pht.edu.my/v4/index.php/ms/
Tel:09-6825555

14. Poliklinik Metro Kuala Lumpur (PMKL)

No. 2-14, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur
Web: http://www.pmkl.edu.my
Tel:03-42514631/03-42518000

15. Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)

No. 64, Jalan Sura 19, Taman Putera, 81100 Johor Bahru
Johor
Web: http://www.pmjb.edu.my
Tel:07-3358851/52

16. Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG)

No. 25, Jalan Komersial 2, Pusat Komersial Tasek Gelugor,
13300 Tasek Gelugor
Pulau Pinang
Web: http://www.pmtg.edu.my
Tel:04-5732789

17. Politeknik Besut (PBT)

Lot No. 7222, 7223, 7228 dan 7229, Mas Sekupang, Mukim Kampung Raja, 22200 Besut
Terengganu
Web: http://www.pkt.edu.my/index.php
Tel:09-6204100/09-6322000

18. Politeknik Metro Tawau (PMTS)

D/A Politeknik Sandakan Education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang, 90000 Sandakan
Sabah
Web: http://www.pss.edu.my
Tel:089-228351

19. Politeknik Ungku Omar (PUO)

Jalan Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh
Perak
Web: http://www.puo.edu.my/
Tel:05-5457656/7622

20. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)

Bandar Darulaman, 06000 Jitra
Kedah
Web: http://www.polimas.edu.my/
Tel:04-914610/ 04-9146140/ Faks: 04-9146130

21. Politeknik Kuching Sarawak (PKS)

Km 22 Jalan Matang, 93050 Kuching
Sarawak
Web: http://www.poliku.edu.my
Tel: 082-845596/7/8

22. Politeknik Kota Kinabalu (PKK)

No.4, Jalan Politeknik, Menggatal, 88450 Kota Kinabalu
Sabah
Web: http://www.polikk.edu.my
Tel:088-401816/088-401800

23. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

KM 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang
Johor
Web: http://www.pis.edu.my
Tel:07-2612060/1070/1032

24. Politeknik Melaka (PMK)

No.2, Jalan Ppm 10, Plaza Pandan Malim, 75250
Melaka
Web: http://www.polimelaka.edu.my
Tel: 06-3376000/6054/6118

25. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PMSZA)

KM 8, Jalan Paka, 23000 Dungun
Terengganu
Web: http://www.pmsza.edu.my
Tel: 09-8400899

26. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

Behrang Stesen, 35950 Behrang
Perak
Web: http://www.psas.edu.my
Tel: 05-4544431

27. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Sungai Lang

45100 Sungai Air Tawar
Selangor Darul Ehsan
Web: http://www.psis.edu.my
Tel: 03-32806255/6256/6257

28. Politeknik Muadzam Shah (PMS)

Lebuhraya Tun Abdul Razak, 26700 Muadzam Shah
Pahang
Web: http://www.pms.edu.my
Tel: 09-4502007

29. Politeknik Balik Pulau (PBU)

Pinang Nirai Mukim E, 11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
Web: http://www.pbu.edu.my
Tel:04-868900

30. Politeknik Nilai (PNS)

Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, 71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan
Web: https://pns.mypolycc.edu.my/
Tel:06-7980400

31. Politeknik Mersing (PMJ)

Jalan Nitar, 86800 Mersing
Johor
Web: http://www.pmj.edu.my
Tel:07-7980001

32. Politeknik Sandakan (PSS)

Education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang,
90000 Sandakan Sabah
Web: http://www.pss.edu.my
Tel:089-228351

33. Politeknik Metro Kuantan (PMKU)

A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan 11, 25000 Kuantan
Pahang
Web: http://www.pmku.edu.my
Tel:09-5659000 ext 9023

34. Politeknik Metro Betong (PMBS)

1-2 Fasa 2, Bandar Baru Betong, 95700 Betong
Sarawak
Web: http://www.pmbs.edu.my
Tel:083-472676

35. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN)

D/A Kampus B, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu, 25350 Kuantan
Pahang
Web: http://www.ptsn.edu.my
Tel:09-5606673/09-5604655/09-5655467

36. Politeknik Bagan Datuk (PBD)

No.1, Pt 8121, Lorong Lagenda 1, Medan Niaga Lagenda,
36400 Hutan Melintang, Bagan Datuk
Perak
Tel:05-5457656/7622

Diharapkan dengan perkongsian di atas berkenaan perbezaan Politeknik Premier Konvensional dan Senarai Politeknik Dan Kursus Yang Ditawarkan dapat anda jadikan panduan dalam membuat pilihan pengajian tinggi yang bersesuaian dengan diri para pelajar. Semoga anda berjaya memperolehi tawaran kemasukan dalam bidang pengajian yang diminati. Amin.

P/S : Mypt3 doakan semoga anda mendapat tempat di poli berdasar semakan keputusan politeknik yang diumum. Dan gunakan peluang yang diberikan dengan sebaiknya

Scroll to Top