PLKN 2024: Semakan Senarai Nama Khidmat Negara

Senarai nama semakan PLKN 2024 Program latihan Khidmat Negara

senarai nama semakan khidmat negara plkn 2024

Program Latihan Khidmat Negara 2024 ialah program latihan asas ketenteraan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada Disember 2003. Terdapat modul latihan ketenteraan yang merangkumi modul fizikal, khidmat komuniti, pembinaan karakter dan kenegaraan, sebagai contoh aspek kepimpinan, ketahanan diri, aktiviti kawad kaki, aktiviti berpasukan, abseiling, aktiviti perhutanan, dan pengenalan kepada senjata api dijalankan selama tempoh tiga (3) bulan.

Program ini ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan dan memperkasakan jati diri generasi anak-anak muda di Malaysia terhadap perjuangan cintakan tanah air, Malaysia.

Namun begitu, pada 13 Ogos 2018, Menteri Belia & Sukan telah mengumumkan PLKN dan Biro Tata Negara (BTN) ini dimansuhkan serta merta kerana dana yang dikeluarkan untuk menjayakan program ini menelan kos yang tinggi. Pemansuhan ini adalah bertujuan untuk menstabilkan ekonomi negara.

Akan tetapi, pada tahun 2023, kerajaan telah menyatakan hasrat mereka untuk mewujudkan kembali kepada golongan belia. Hal ini telah diumumkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan pada 9 Oktober 2023.

Cara Buat Semakan Plkn 2024 Online

Perlaksanaan PLKN 3.0 ini masih lagi dalam perbincangan antara pihak-pihak yang terlibat seperti Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kemneterian Pertahanan dan banyak lagi individu-individu lain.

Oleh yang demikian, semakan PLKN ini masih belum dibuka kepada pelajar untuk membuat semakan sama ada mereka terpilih atau tidak menyertai program ini.

Pihak kerajaan akan mengumumkan perlaksanaan dari semasa ke semasa kepada masyarakat.

Segala informasi dan semakan PLKN ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman sesawang https://mod.gov.my/ms/.  

Syarat Kelayakan Khidmat Negara 2024

Perlaksanaan semula ini diumumkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia di dalam Dewan Rakyat pada 9 Oktober 2023 bertujuan untuk menghidupkan semula program asas ketenteraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Latihan ini diwajibkan kepada golongan remaja lepasan SPM atau berumur 17 tahun untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka.

Individu yang memenuhi syarat kelayakan ini tidak akan dikecualikan daripada menyertai PLKN 3.0 ini.

Mengapa Khidmat Negara 2024 Dikenakan Semula

Setelah 5 tahun pemansuhan PLKN ini, kerajaan telah mempertimbangkan kembali program ini untuk diperkenakan semula kepada golongan belia.

Ianya dikenali sebagai khidmat negara 2024. Program ini masih dianggap relevan oleh sesetengah individu untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan belia.

Disebabkan oleh kurangnya sifat dan semangat cintakan tanah air dalam kalangan belia hari ini, kerajaan berpendapat untuk mewujudkan kembali program latihan asas ketenteraan ini.

Kerajaan juga menyifatkan latihan ini merupakan salah satu pelaburan jangka masa panjang dalam melahirkan belia yang mempunyai jati diri kukuh dalam mempertahankan negara, memupuk semangat patriotisme dan membentuk disiplin diri yang teguh dalam diri seseorang rakyat Malaysia.

Oleh yang demikian, ianya wajar diperkenalkan semula.

Cara Tolak Jika Nama Dalam Senarai PLKN 2024

PLKN ini wajib disertai oleh setiap belia yang disenaraikan oleh kerajaan untuk menyertai latihan ketenteraan ini.

Penolakan untuk menyertai latihan ini adalah tidak dibenarkan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Namun begitu, individu yang terpilih untuk menyertai PLKN 3.0 dibenarkan untuk menolak menyertai program ini dengan memohon penangguhan di atas sebab yang dibenarkan sahaja. 

Bagaimana Cara Untuk Mohon Penangguhan PLKN

Belia yang disenaraikan sebagai peserta boleh memilih untuk membuat penangguhan program ini.

Namun begitu, ianya tertakluk kepada alasan yang dibenarkan sahaja. Bagi perlaksanaan PLKN 3.0 (2024) ini, kaedah penangguhan program ini masih lagi tidak diumumkan.

Kebiasaannya, peserta perlu menghantar surat penangguhan bersama surat tunjuk sebab bagi membenarkan penangguhan tersebut.

Akan tetapi, bagi perlaksanaan latihan ini, masyarakat boleh melayari laman sesawang https://mod.gov.my seperti pada Rajah 1.0 untuk maklumat selanjutnya dari semasa ke semasa.

Syarat Untuk Saya Mohon Penangguhan

Bagi semakan PLKN 2024, penangguhan penyertaan dalam PLKN ini boleh ditangguhkan sehingga peserta berumur 35 tahun.

Hal ini kerana penyertaan latihan ini adalah wajib kepada semua peserta yang terpilih.

Antara syarat-syarat yang dibenarkan bagi peserta untuk membuat penangguhan adalah apabila melibatkan isu kesihatan.

Senarai Latihan Dan Aktiviti Sepanjang PLKN 2024

Pertubuhan jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia masih dalam pertimbangan untuk melaksanakan semula dengan perlaksanaan yang baharu bagi mencapai matlamat dan objektif perlaksanaan latihan ini sekaligus memberi impak yang positif kepada masyarakat.

Menurut perbincangan perlaksanaan, kerajaan telah menetapkan PLKN 3.0 ini akan merangkumi dua (2) fasa, fasa 1 dan fasa 2.

Perlaksanaan PLKN 3.0 pada fasa pertama akan membabitkan penyertaan pelajar tingkatan empat (4) menerusi badan beruniform di sekolah-sekolah. Seterusnya, perlaksanaan fasa kedua disasarkan kepada pelajar lepasan SPM.

Latihan dan modul yang akan diterapkan ke atas peserta PLKN 3.0 (2024) adalah menggunakan modul atau latihan berkombinasikan latihan ketenteraan dan kenegaraan.

Latihan ketenteraan ini akan lebih ditekankan ke atas peserta sebanyak 90 peratus berbanding modul kenegaraan sebanyak 10 peratus.

Latihan dan modul ini akan dibahagikan kepada empat (4) bahagian iaitu latihan fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.

Kesemua modul dan latihan ini telah ditetapkan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) agar ianya dijalankan ke atas setiap peserta bagi tempoh 45 hari. 

FAQ Khidmat Negara 2024

1. Berapa lama Tempoh PLKN 2024

Bagi perlaksanaan PLKN untuk tahun 2024, kerajaan telah menetapkan program latihan ini dijalankan selama 45 hari sahaja.

Perlaksanaan ini dijalankan di kem tentera iaitu kem Pusat Latihan Polis (Pulapol), di mana ianya boleh menampung 4,000 individu bagi tempoh setahun.

2. Adakah Ada Duit Elaun PLKN 3.0 Setiap Bulan

Sepertimana perlaksanaan sebelum-sebelum ini, setiap peserta yang menyertai program ini akan menerima elaun sara diri sepanjang khidmat mereka sebagai peserta.

Oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya memberikan duit elaun kepada peserta khidmat negara pada setiap bulan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan minat dan memupuk semangat mereka menyertai program ketenteraan negara Malaysia.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia