Semakan PKSK 2021 untuk Tarikh Baharu Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus bagi kemasukan Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021
Adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus telah dijadualkan semula yang sebelum ini tertangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang melibatkan seluruh negara ini.
Sila ambil perhatian dengan serius berkenaan dengan tarikh-tarikh baharu pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang dijadualkan bagi para ibu bapa dan calon di luar sana yang telah membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2021.
RUJUK SINi: Contoh Soalan PKSK
Anda boleh mengikuti perkongsian di bawah ini untuk info lanjut berkenaan tarikh pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2021.
Senarai Kandungan Penting:
Semakan PKSK 2021 Untuk Info Terkini
Berikut di bawah yang perlu diambil perhatian bagi jadual tarikh baru pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 dan 4:
Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 & 4
Oleh yang demikian, permohonan untuk membuat semakan semula pusat PKSK bermula 8 Januari 2021 boleh dilakukan pada pautan berikut bagi semua calon PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang BELUM menduduki pentaksiran ini:
- Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
- Semakan Pusat PKSK Tingkatan 2: https://spskt4.moe.gov.my
Cetakan slip menduduki PKSK hendaklah dilakukan calon serta mematuhi ketetapan tarikh masa, tempat dan sesi pentaksiran yang ditetapkan.
TARIKH PKSK 2021 Baru
Berikut kami kongsikan kepada anda garis masa (timeline) dan tarikh-tarikh penting kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke sekolah khusus tahun 2021.
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
PKSK Tingkatan 1 | 20 Januari sehingga 29 Januari 2021 |
PKSK Tingkatan 1 | 15 Februari sehingga 25 Februari 2021 |
Semakan Keputusan Penawaran | 17 Mac 2021 |
Pendaftaran Tingkatan 1 2021 | 6 April 2021 |
Keputusan Penawaran Tingkatan 4 2021 | 15 April 2021 |
Pendaftaran Tingkatan 4 2021 | 22 April 2021 |
Format PKSK
Beberapa bahagian berikut diliputi dalam Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK):
- Kecerdasan Insaniah (20 peratus) : Bahagian A
- Kecerdasan Intelek (70 peratus) : Bahagian B
- Artikulasi Penulisan (10 peratus) : Bahagian C
Anda boleh mengubungi nombor-nombor berkaitan untuk info lanjut sekiranya mengalami sebarang masalah berkaitan dengan tarikh baharu pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK):
- Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh – 03-8321 7400
- Maktab Tentera Diraja – 03-8946 5562
- Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional – 03 8884 5154
- Bahagian Pendidikan Islam – 03 8321 7200