Semakan Kolej Vokasional 2019 : Cara Semak Keputusan Sekolah Teknik

Cara Semakan Kolej Vokasional 2019 KV dan Keputusan Sekolah Teknik SMT. Hantar Rayuan?

Bagi calon Tingkatan 3 yang telah membuat permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik ambilan sesi kali ini , anda sudah boleh membuat semakan Kolej Vokasional dan semakan Teknik menerusi online.

semakan kolej vokasional

Kenyataan dan pengumuman ini telah dimaklumkan sendiri di Portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa anda sudah boleh menyemak keputusan anda pada tarikh di jadual bawah ini:

Semakan Kolej Vokasional dan Tawaran Sekolah Menengah Teknik

  • Keputusan Kolej Vokasional dan Keputusan Sekolah Teknik : Tarikh semakan kolej vokasional dan keputusan sekolah teknik ini boleh digunapakai untuk Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik
  • Tarikh buka semakan : Januari 2019
  • Tarikh semakan ditutup : Januari 2019
  • Untuk semakan keputusan bagi tawaran Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik : Klik DISINI
  • Tarikh Pendaftaran Masuk : Tarikh pendaftaran masuk untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik dijangka pada minggu keempat Januari 2019
  • Hubungi : Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia; Aras 5&6; Blok E14; Parcel E; Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan; 62604 Putrajaya
    – Tel : 03 – 8884 5154
    – Faks : 03 – 8884 5033
    – Emel : [email protected]

Permohonan Rayuan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik

Jika anda telah menyemak keputusan tawaran anda, dan keputusan yang diperoleh adalah tidak berjaya, usah bersedih dengan keputusan.

Sebaliknya anda masih mempunyai peluang untuk membuat permohonan rayuan masuk. Ini kerana anda hanya perlu berkunjung atau walk in sahaja untuk membuat rayuan anda berdasarkan kekosongan tempat yang ada, dan pemilihan rayuan juga diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Calon di institusi pengajian yang terbabit.

  • Tarikh buka rayuan : Anda hanya perlu walk in sahaja sepanjang tarikh rayuan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik dibuka
  • Tarikh semakan dibuka : akan dikemaskinikan
  • Tarikh semakan ditutup : akan dikemaskinikan

Lagi Info Rayuan

  1. Lokasi untuk memohon rayuan walk in adalah di mana-mana Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik yang ada di seluruh Malaysia.
  2. Calon rayuan adalah dinasihatkan untuk membawa dokumen dan butiran penting mengenai diri dan akademik anda termasuklah salinan IC anda; salinan keputusan peperiksaan; sijil-sijil berkaitan yang diperoleh serta surat rasmi yang ditulis yang meliputi pilihan kursus serta institusi untuk rayuan yang dibuat.
  3. Calon amat digalakkan untuk membawa segala dokumen yang dinyatakan bagi menunjukkan anda betul-betul berminat untuk masuk ke institusi tersebut

P/S : Keputusan Rayuan,Institusi yang terbabit akan menghubungi rayuan yang berjaya dan akan ditawarkan untuk masuk ke Kolej Vokasional / Sekolah Teknik

SUDAH BACA

bsh bantuan sara hidup

Lebih 150,000 Berjaya Tuntut Duit BSH Terus di BSN [MUDAH]

20 Isu Popular BSH Bantuan Sara Hidup Fasa 2 + JAWAPAN termasuk isu nama pemohon atas nama isteri tetapi akaun bank suami yang ramai...