Semakan Keputusan UPKK : Cara Check Online dan SMS

Cara Semakan Keputusan UPKK online dan secara SMS

keputusan upkk

Minggu ini anak anak kita mengambil Ujian Penilaian Kelas KAFA.

Apa tujuan mereka ambil Ujian Penilaian Kelas KAFA ini?

Nah untuk pengetahuan anda semua Ujian Penilaian Kelas KAFA ini adalah anjuran dan diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM untuk penilaian kefahaman terhadap kalangan murid tahun lima (5) Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah rendah Agama (SRA) dan juga Sekolah Agama Rakyat (SAR)yang sedang belajar mengikut sukatan olej KAFA JAKIM.

Ada 8 ujian kesemuanya. Antaranya ialah :

  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
  • Pelajaran Jawi
  • Sirah
  • Lughatul Quran (Bahasa Arab)
  • Bidang Al Quran
  • Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Amali Solat
  • Adab (akhlak Islamiah)

Kami doakan agar anda dapat segala ujian yang diberikan dapat dijawab dengan jayanya.

Untuk anda yang mahu melakukan semakan keputusan UPKK kelak boleh ikut prosedur yang kami kongsikan di bawah samada anad mahu check secara online atau check secara sms.

Info Semakan Keputusan UPKK

1) Tarikh semakan keputusan UPKK biasanya pada hujung tahun. Manakala pautan untuk semakna online dan semakan secara sms boleh anda lakukan semak dan check pada butiran di bawah ini :

  • Tarikh keputusan UPKK : Disember 2018
  • Semakan keputusan secara online : http://semakan.islam.gov.my/
  • Semakan result UPKK secara sms : Sila taip UPKKRESULTNombor Kad Pengenalan Anda atau Nombor Sijil Lahir dan hantar ke nombor 15888

2) Pastikan anda masukkan maklumat yang betul bagi memastikan anda result yang anda mahukan diperolehi tanpa sebarang masalah dan isu.

Nota : Anda jangan risau, berdasarkan kadar lulus untuk kebanyakan subjek adalah sangat-sangat tinggi sehingga 90 peratus. Ini menunjukkan kadar celik untuk tilawah al quran, amali solat dan lain-lain lagi. Semoga berjaya untuk anda.