Yuran Pengajian: Universiti & Politeknik Percuma Program Sulung 2.0

Yuran Pengajian Universiti & Politeknik Percuma Program Sulung 2.0

yuran pengajian percuma

Yuran pengajian merupakan bayaran yang dikenakan ke atas pelajar yang ingin menyambung pengajian mereka. Yuran pengajian ini adalah terdiri daripada yuran pendaftaran, yuran kediaman kolej, yuran bahan pengajian, dan yuran-yuran yang berkaitan dengannya.

Bayaran ini akan dikenakan ke atas pelajar pada setiap semesta pengajian. Kadar yuran pengajian yang dikenakan ini adalah berbeza mengikut kursus dan univerisiti yang dipilih oleh pelajar.

BACA SINI >> Syarat Kemasukan Kolej Komuniti 2023: Borang Permohonan Masuk

Oleh itu, pelajar yang ingin menyambung atau melanjutkan pelajaran ke universiti awam atau swasta perlu melunaskan yuran pengajian mereka terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pengajian mereka.

Program Sulung 2.0 Yuran Pengajian Percuma

Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) 2.0 merupakan program yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Inisiatif program siswa sulung 2.0 ini diwujudkan adalah bertujuan untuk membantu pelajar golongan B40 supaya dapat melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi sehingga ke menara gading.

Oleh yang demikian, kerajaan telah memperuntukkan RM30 juta yang boleh memanfaatkan seramai 10,000 mahasiswa untuk membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke universiti awam di Malaysia.

Program SULUNG 2.0 ini adalah merupakan bantuan berbentuk penawaran pengecualian yuran universiti bagi perlanjutan pengajian ke peringkat Ijazah.

Kemudahan ini diberikan khusus kepada individu pertama daripada ahli keluarga berstatus B40 yang dapat melanjutkan pengajian.

Tujuannya adalah untuk membantu meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh pelajar dan keluarga sepanjang tempoh pengajian.

Sebahagian besar yuran pengajian ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan di bawah program ini termasuklah tawaran biasiswa, yuran kediaman, sesi mentoring sehingga berjaya mendapat pekerjaan dan pelan data internet bagi tujuan pengajian.

Secara tidak langsung, pelajar tidak perlu membuat apa-apa pinjaman pengajian untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Oleh itu, program siswa sulung 2.0 ini ditubuhkan untuk menggalakkan pendidikan dalam kalangan masyarakat bagi melahirkan lebih ramai cendikiawan di Malaysia sekaligus dapat mengharumkan nama negara.

SUMBER: MOHE

Permohonan Yuran Percuma Sulung 2.0

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan sepertimana yang digariskan oleh pihak universiti awam boleh membuat permohonan program SULUNG 2.0 (skim yuran universiti percuma) ini.

Permohonan program sulung 2.0 online boleh dilakukan di portal rasmi universiti yang dipilih oleh pelajar siswa samada UKM, USM, IIUM, UM, UTM, UPM, UMP, UNIMAP, UNIMAS, UMS, USM, Utem, UITM, UNIDZA, UPSI.

Syarat Kelayakan Skim Yuran Universiti Percuma

Program SULUNG 2.0 yuran universiti percuma ini hanya terbuka kepada 10,000 pelajar yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia.

Syarat kelayakan skim yuran universiti percuma ini adalah berbeza mengikut university awam yang dipilih oleh pelajar.

Namun begitu, secara amnya, antara syarat kelayakan perlu dipenuhi oleh pelajar untuk memohon program ini adalah seperti berikut;

  1. Pelajar merupakan warganegara Malaysia.
  2. Permohonan terbuka kepada pelajar yang ingin menyambung pelajaran mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  3. Pelajar merupakan anak pertama daripada keluarga berstatus B40 di mana dia merupakan anak pertama yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
  4. Pelajar mestilah memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.
  5. Pelajar tidak menerima-menerima apa sahaja bentuk biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta.

Kelebihan Program Siswa Sulung 2.0

Program SULUNG 2.0 yuran universiti percuma ini hakikatnya memberi banyak kelebihan dan manfaat kepada pelajar.

Matlamat utama program ini diperkenalkan adalah untuk meringankan beban kewangan pelajar bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Justeru itu, ini adalah satu langkah pihak kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia dalam menggalakkan pendidikan dalam kalangan masyarakat.

Hal ini juga menunjukkan betapa pentingnya pendidikan dalam kalangan masyarakat.

Menerusi program ini, pelajar akan diberikan pengecualian dalam membiayai yuran pengajian mereka.

skim program siswa sulung 2.0

Secara tidak langsung, pelajar tidak perlu membuat permohonan bantuan atau pinjaman pendidikan yang lain.

Ini bermaksud pelajar akan bebas daripada beban hutang pendidikan setelah tamatnya tempoh pengajian mereka. 

Sepertimana yang dirangka oleh kerajaan Malaysia, program ini akan menjadi satu motivasi kepada pelajar yang mempunyai kekangan kewangan dan peluang untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Menerusi program siswa sulung 2.0 ini, mereka yang layak tetapi tidak mampu untuk menyambung pengajian mereka, kini boleh mencapai impian dan cita-cita mereka.

Tuntasnya, Malaysia juga boleh melahirkan lebih ramai graduan yang cerdik pandai yang boleh mengharumkan nama negara, Malaysia dalam apa jua bidang pendidikan yang mereka ceburi.

Semakan Status Permohonan Yuran IPTA Percuma

Setelah permohonan program SULUNG 2.0 ini berjaya dipohon dan dihantar, pelajar boleh membuat semakan status permohonan ini untuk mengetahui sama ada mereka layak atau tidak.

Semakan status permohonan yuran ipta percuma ini boleh dilakukan menerusi laman sesawang portal rasmi universiti pelajar masing-masing.

Pelajar juga boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk mengetahui status permohonan program SULUNG 2.0 mereka.

Jadual Anggaran Yuran Pengajian Universiti, Politeknik

Setiap universiti awam yang terdapat di Malaysia mempunyai polisi pembiayaan yuran pengajian pelajar yang tersendiri. Ianya adalah berbeza mengikut institusi pengajian awam itu sendiri.

Berikut merupakan anggaran yuran pengajian di Malaysia termausk yuran Politeknik dan juga yuran KPTM;

PUSAT PENGAJIANANGGARAN YURAN PENGAJIAN (RM)
Yuran IPT Universiti Teknologi Mara (UiTM)200-650
Yuran Universiti Malaya (UM)860-1,640
Yuran Universiti Sains Malaysia (USM)510-900
Yuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM)660
Yuran Politeknik200
Kolej Poly-Tech MARA (Yuran KPTM)260-310
Yuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)563-1,950
Yuran Universiti Malaysia Sabah (UMS)960-1,240
Yuran IPT Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)550-1,200
Yuran Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)3,000-11,100
Yuran Universiti Putra Malaysia (UPM)1,600-2,200
Yuran IPT Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)1,524-2,220
Yuran IPT Universiti Malaysia Pahang (UMP)2,110-8,450
Yuran Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)2,035-2,690
Yuran Universiti Islam Antarabangsa (UIA)550-900
Yuran IPT Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)2,570-5,900
Yuran IPT Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)3,355-11,160

Kesan Tidak Bayar Yuran Pengajian

Yuran pengajian merupakan bayaran yang wajib dibayar dan dilunaskan sebelum berakhirnya sesi pengajian setiap pelajar. Ianya merupakan kos pengajian yang perlu ditanggung oleh pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka.

Namun, hakikatnya yuran pengajian yang perlu ditanggung oleh pelajar sepanjang tempoh pengajian adalah mahal.

Oleh sebab itu, terdapat beberapa badan korporat dan institusi kewangan menawarkan biasiswa dan pinjaman pendidikan untuk membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran mereka. 

Namun begitu, masih ada segelintir pelajar yang gagal untuk membuat bayaran yuran pengajian mereka sepanjang tempoh pengajian mereka.

Kegagalan melunaskan yuran pengajian ini boleh menyebabkan pelajar gagal untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai contoh, pelajar merupakan pelajar peringkat Diploma gagal melunaskan yuran pengajian mereka boleh disekat daripada melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Ijazah.

Selain itu, pelajar yang gagal melunaskan yuran pengajian mereka di atas sebab-sebab yang munasabah boleh digantung daripada bergraduasi atau tamat pengajian mereka.

yuran universiti politeknik kptm percuma

Nama pelajar yang gagal melangsaikan yuran pengajian tidak akan tersenarai dalam majlis konvokesyen.

Oleh itu, yuran pengajian ini merupakan bayaran yang penting yang perlu dititikberatkan oleh semua pelajar sebelum mereka melanjutkan pelajaran mereka kerana ianya boleh menjejaskan sesi pengajian mereka.

Tuntasnya, program SULUNG 2.0 yuran universiti percuma ini diperkenalkan kepada masyarakat sebagai salah satu inisiatif kerajaan ke atas membangunkan sektor pendidikan di Malaysia.

FAQ

1. Adakah Kos Sara Hidup pelajar Universiti Ditanggung di Bawah Skim Sulung 2.0

Matlamat program SULUNG 2.0 ini adalah tertumpu kepada pemberian pengecualian yuran pengajian sahaja secara menyeluruh kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka di peringkat Ijazah.

Namun begitu, ianya tidak tertakluk kepada kos sara hidup pelajar.

Ini bermaksud pelajar perlu menanggung kos sara hidup mereka sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti. 

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia