Keputusan Peperiksaan Sekolah 2018 : Semakan Secara Online

Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Secara Online bagi awal tahun ujian pertengahan tahun dan ujian akhir tahun sekolah rendah dan sekolah menengah

Semakan Keputusan Peperiksaan sekolah online. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan portal Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah untuk memantau setiap markah peperiksaan yang diperolehi anak mereka selain daripada maklumat yang berkaitan dengan jadual dan aktiviti di sekolah.

keputusan peperiksaan sekolah

Ini penting bagi Ibu Bapa untuk memantau kemajuan atau pertumbuhan pelajaran anak-anak di sekolah secara online. Lebih mudah bukan? Slip keputusan dan markah ujian atau peperiksaan pelajar boleh didapati pada melalui sistem online yang disediakan ini.

Tiada istilah ibu bapa kena tipu keputusan peperiksaan sekolah oleh anak masing-masing.

Semakan keputusan peperiksaan sekolah hanya boleh dibuat bagi pelajar sekolah rendah (Tahun 1 hingga 6) dan juga sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga 5.

” Maklumat dan informasi berkenaan dengan gred markah ujian, peperiksaan awal tahun, ujian pertengahan tahun, ujian akhir tahun serta kalendar peperiksaan dalaman sekolah merangkumi tarikh data peperiksaan dimasukkan dan juga panduan pengguna portal juga turut disediakan oleh Sistem Semakan saps online Ibu Bapa (Sistem Analisis peperiksaan Sekolah) ini yang mana boleh anda muat turun.

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah

Berikut adalah cara-cara mudah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah yang perlu dilakukan oleh Ibu Bapa.

  1. Ibu bapa perlu melayari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah : KLIK SINI
  2. Beberapa menu akan didapati seperti FAQ dan Semakan Ibu Bapa
  3. Kemudian : klik pada Semakan Ibu Bapa
  4. Selepas Semakan Ibu Bapa diklik, Nombor Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pelajar (Tanpa “SPACE”) haruslah dimasukkan.
  5. Ibu bapa hendaklah memilih Jenis Semakan : SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH
  6. Kemudian, pilih tahun dikehendaki
  7. Akhir sekali, klik pada SEMAK LAPORAN.

Hasilnya akan keluar keputusan peperiksaan sekolah seperti contoh gambar di bawah ini

keputusan peperiksaan

Boleh bandingkan result yang diperolehi dengan gred markah pt3 yang ada di bawah ini samada anda sekolah rendah atau kategori sekolah menengah

Kami di MyPT3 berharap dengan platform atau kemudahan yang Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah sediakan ini iaitu Semakan Keputusan Peperiksaan sekolah dapat membantu Ibu Bapa dalam penambahbaikan tahap pelajaran anak mereka demi masa depan yang lebih cerah. Insyallah. Moga dipermudahkan.

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah: