Cek semakan JPJ Malaysia: Semak di laman web jpj portal public.jpj.gov.my
Jabatan Pengangkutan Jalan merupakan sebuah jabatan yang menguruskan pergerakan lalulintas yang melibatkan semua jenis pengangkutan jalan di Malaysia. Ianya ditubuhkan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia pada tahun 1937.
Tambahan pula, jabatan ini ditadbir di bawah undang-undang jalan raya yang dinamakan dengan Ordinan Lalulintas Jalan 1953.
Jabatan ini ditubuhkan bertujuan untuk menyelaraskan semua aspek pengangkutan yang terdapat di Malaysia.
Hal ini penting agar sistem pengangkutan di Malaysia dapat dijalankan dengan cekap mengikut satu sistem yang seragam sepertimana yang tertakluk dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semakan JPJ Malaysia
Semakan untuk mana-mana samann yang telah tertunggak boleh dilakukan secara atas talian.
- BACA SINI >> harga tinted kereta cermin depan
- BACA SINI >> elkm digital
- BACA SINI >> jpj running number
- BACA SINI >> Semakan Tarikh Luput LKM: Tukar Nama No Enjin E Batal JPJ
Semakan untuk mana-mana samann yang telah tertunggak boleh dilakukan secara atas talian. Aplikasi MySikapp telah diwujudkan untuk pengguna jalanraya untuk membuat semakan dan pembayaran samann secara atas talian.
Kaedah alternatif ini diperkenalkan untuk memastikan setiap pengguna jalan raya membayar kompaun yang dikenakan ke atas penalti dan kesalahan lalulintas.
Aplikasi MySikapp merupakan satu alternatif untuk menggalakkan penggunaan ekosistem digital dalam kalangan masyarakat.
Hal ini dapat memudahkan urusan semua pihak. Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan samann yang telah tertunggak menerusi laman MySikapp;

- Layari laman sesawang www.jpj.gov.my semakan lesen seperti pada Rajah di atas
- Log masuk ke akaun pengguna dengan memasukkan ID pengguna dan kata laluan serta kod sekuriti yang betul.
- Pada bahagian laman utama, klik pada bahagian “Kesalahan & Penalti”.
- Pada bahagian “Pembayaran Samann”, pilih dan klik pada “Nombor kad pengenalan”.
- Masukkan nombor kad pengenalan pengguna untuk membuat semakan samann yang dikenakan atas nama pengguna.
- Akhir sekali, butiran maklumat samann akan dipaparkan kepada pengguna.
Semak JPJ Payment
Pembayaran samann yang dikenakan ke atas individu yang melanggar peraturan lalu lintas jalan raya juga boleh dilakukan secara atas talian menerusi aplikasi MySikapp.
Berikut merupakan cara-cara untuk membayar samann secara atas talian;
- Layari laman sesawang https://public.jpj.gov.my
- Masukkan ID Pengguna dan kata laluan dan klik pada butang “Log Masuk”.
- Pada bahagian laman utama, klik pada bahagian “Kesalahan & Penalti”.
- Seterusnya, pada bahagian “Pembayaran Samann”, pilih dan klik pada “Nombor Kad Pengenalan”.
- Masukkan nombor kad pengenalan pengguna dan klik pada butang “Cari”.
- Senarai samann akan dipaparkan untuk tujuan pembayaran.
- Kemudian, klik pada butang “Bayar Samann”.
- Pilih kaedah pembayaran dan klik pada butang “Bayar”.
- Akhir sekali, pembayaran samann berjaya diselesaikan
Boleh Buat Semakan Bayaran JPJ Malaysia di public.jpj.gov.my
Ya, boleh urusan pembayaran dilakukan dengan cek di laman web jpj portal public jpj gov my
Penambaikan
Diharapkan anda pijak jabatan pengangkutan jalan dapat menggunakan server yang lebih baik untuk menampung permintaan dan jumlah trafik tinggi yang datang ke portal mereka ini