BSHR 2019 : Cara Semakan Status Online Penerima BSH

BSHR 2019 : Cara Semakan Status Online Penerima BSH lulus atau tidak

bshr

Dengan berita baru dan pengumuman pelancaran BSHR oleh kerajaan baru Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ia semestinya melegakan penerima bantuan di zaman kepimpinan sebelum ini yang ternanti-nanti bantuan seterusnya dari kerajaan Malaysia.

Fasa pertama telah pun selesai. Fasa kedua dan ketiga juga telah pun selesai. Kini tinggal yang mohon rayuan sahaja untuk menerima bahagian mereka.

Untuk setakat ini, portal rasmi untuk tujuan semakan BSHR telah ditukar.

Bagaimana Cara Semakan BSHR Lulus atau Tidak

1) Anda perlu akses terlebih dahulu portal rasmi seperti di bawah ini terlebih dahulu

PERKARAPAUTANNYA
Pautan MYBSHRKLIK SINI

 

semakan bshr

2) Kemudian apa yang perlu anda lakukan andalah tekan pada butang navigasi yang tertera pautan perkataan MYBSHR. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor MYKAD anda dan klik pada butang Log Masuk

3) Selepas itu akan tertera 2 soalan keselamatan untuk sistem memastikan anda merupakan individu yang tepat untuk mengakses maklumat tersebut kelak.

Segala soalan keselamatan anda berdasarkan info dan maklumat yang anda isi semasa proses permohonan dan proses kemaskini (UPDATE) dahulu. Jangan sama sekali tersilap pada bahagian ini semakan bantuan sara hidup rakyat

4) Jika berjaya tibalah bahagian yang terakhir untuk anda melakukan semakan status di mana segala info mengenai status permohonan akan dikongsikan pada di skrin

5) Semak juga info dan maklumat berkaitan dengan bagaimana cara pembayaran dilakukan dengan harapan ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

6) Kepada yang tidak berjaya, anda diberikan peluang kedua untuk membolehkan anda mohon sekali lagi. Kerajaan melalui agensi LHDN akan mempertimbangkannya

NOTA : Kami nasihatkan supaya kalangan yang hantar permohonan supaya mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Hubungi

Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah agensi kerajaan Malaysia yang tepat untuk anda hubungi jikalau menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan semakan yang anda lakukan secara online. Butiran untuk anda hubungi adalah seperti di bawah ini :

  • Perkara Pautannya
  • Hotline MOF 03-88824565
  • 03-88824566
  • Hotline LHDN 1800-88-2716