Semak Status Bankrap Online: Semakan Muflis Jabatan Insolvensi

Semak Status Bankrap Online dan Semakan Bayaran Muflis di Malaysia dengan Jabatan Insolvensi (MDI)

semak status bankrap online

Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) merupakan sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menguruskan dan mengendalikan urusan yang melibatkan kemuflisan individu dan syarikat korporat.

Ia merupakan jabatan yang mentadbir kes kebankrapan individu, kes pergulungan syarikat, pembatalan pendaftaran pertubuhan dan pembatalan kesatuan kerja yang tertakluk di bawah Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969. 

Secara amnya, ia merangkumi segala aspek dan hal ehwal yang melibatkan si berhutang dan si bankrap. Penguatkuasaan undang-undang akan dikuatkuasakan mengikut akta-akta yang berkaitan dengan kemuflisan individu dan pergulungan syarikat. Akta-akta tersebut termasuklah Akta Kebankrapan 1967, Akta Syarikat 1965, Akta Pertubuhan 1984, dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Oleh itu, pengurusan kewangan yang baik dan efektif mestilah dipraktikkan oleh seseorang individu dan pertubuhan syarikat untuk mengelakkan berlakunya kemuflisan serta mengurangkan kes kebankrapan di Malaysia.

Cara Semak Status Bankrap Online Dengan Jabatan Insolvensi

Portal e-Insolvensi bukan sahaja portal yang membolehkan penghutang membuat bayaran hutang mereka.

Akan tetapi, anda juga boleh membuat semakan status bankrap secara online menerusi portal jabatan insolvesi malaysia ini.

Berikut merupakan cara untuk membuat semak status bankrap online bagi individu dan syarikat korporat secara atas talian;

  1. Pengguna boleh melayari laman sesawang untuk semak status bankrap online, https://e-insolvensi.mdi.gov.my
  2. Log masuk ke akaun pengguna dengan memasukkan ID pengguna dan kata laluan yang sah.
  3. Kemudian, klik pada “Carian semak status bankrap Individu” bagi individu atau “Carian Status Pergulungan Syarikat” bagi syarikat yang dibuat secara online.
  4. Pembayaran sebanyak RM10 perlu dilakukan untuk membuat carian tersebut.
  5. Akhir sekali, status semak bangkrap online akan dipaparkan.

Bila Rakyat Malaysia Diisytiharkan Bankrap di Malaysia

Pengurusan kewangan yang sistematik dan baik boleh mencegah seseorang individu atau syarikat daripada terjerumus dalam kemuflisan.

Pemfailan tindakan kebankrapan ini akan terjadi apabila seseorang penghutang berhutang dengan si pemiutang dengan kadar jumlah minimum sebanyak RM100,000.

Tidak kira anda muflis dan bankrap di Sabah Sarawak Perlis Kuala Lumpur KL Putrajaya Melaka Selangor Perak Johor Pulau Pinang Penang Terengganu Pahang Kelantan atau di Kedah, anda tertakluk dengan akta insolvensi pindaan 2023 yang terkini.

Si penghutang akan menerima Perintah Mahkamah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan seseorang individu atau syarikat korporat tersebut bankrap atau muflis.

Perintah ini akan diberikan kepada penghutang menerusi dua (2) kaedah iaitu; melalui petisyen pemiutang atau menerusi petisyen penghutang secara sukarela.

Justeru itu, agensi insolvensi memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan isu yang melibatkan si penghutang dan si pemiutang.

Cara Bayaran Online Insolvensi di Portal MDI

Apabila seseorang penghutang diisytiharkan sebagai “bankrap/ muflis”, mereka perlu membuat bayaran hutang mereka secara penuh atau ansurans untuk membolehkan mereka bebas daripada status bankrap.

Hal ini kerana pengisytiharan kebankrapan ini akan memberi impak terhadap penghutang termasuklah penghutang akan berada di bawah pengawasan ketua pengarah insolvensi, larangan daripada ke luar negara, aset penghutang akan disita atu dirampas, dan individu muflis akan mempunyai sekatan pekerjaan.

portal mdi online

Oleh sebab itu, individu yang diisytiharkan sebagai muflis perlu membayar hutang mereka untuk membebaskan nama mereka daripada terus disenaraihitamkan oleh kerajaan Malaysia.

Justeru itu, pembayaran ansuran hutang penghutang boleh dilakukan secara atas talian atau menerusi kaunter di Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia samada Sabah Sarawak Perak Kedah Johor Pulau Pinang Penang Melaka Selangor Terengganu Pahang Perlis Kuala Lumpur KL Putrajaya atau di Kelantan ang terdekat dengan anda untuk buat bayaran.

Namun begitu, penghutang digalakkan untuk membuat bayaran ansuran hutang bankrap dan muflis ini ini secara online dengan potal mdi di bawah jabatan insolvensi malaysia..

Berikut merupakan cara untuk membuat bayaran hutang insolvensi;

  1. Penghutang perlu melayari laman portal mdi online, https://e-insolvensi.mdi.gov.my
  2. Akaun pengguna sebagai penghutang mestilah didaftarkan terlebih dahulu.
  3. Setelah pendaftaran akaun mdi online berjaya dilakukan, pengguna boleh log masuk ke akaun mereka dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan yang sah.
  4. Kemudian, klik pada bahagian “bayaran ansuran bulanan” pada halaman utama.
  5. Masukkan nombor insolvensi mdi dan klik pada butang “Semak”.
  6. Semak maklumat yang dipaparkan dan klik pada butang “Teruskan”.
  7. Seterusnya, semak maklumat pembayaran dan pilih kaedah pembayaran dan jenis bank.
  8. Klik pada butang “Bayar”.
  9. Akhir sekali, pengguna akan menerima notifikasi pembayaran berjaya dilakukan.

Apa Maksud Pelepasan Automatik Muflis

Menurut Seksyen 33C Akta Insolvensi 1967, pelepasan automatik muflis ini merupakan pelepasan yang diberikan oleh kerajaan kepada penghutang secara tidak langsung setelah penghutang melepasi tempoh tiga (3) tahun daripada tarikh diisytiharkan muflis.

Berdasarkan Seksyen 16, Akta 360, seseorang individua tau syarikat korporat yang bankrap akan diisytiharkan muflis atau bankrap apabila mereka menfailkan atau mengemukakan Penyataan Hal Ehwal (PHE) yang lengkap kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

Ini bermaksud setelah melepasi tempoh tiga (3) tahun dalam kemuflisannya, penghutang boleh mendapat pelepasan automatik jika mereka memenuhi syarat kelayakan pelepasan tersebut. 

Cara Isi Borang Pelepasan Bankrap

Individu-individu yang diisytiharkan bankrap boleh membuat permohonan pelepasan bankrap jika mereka memenuhi syarat-syarat pelepasan yang telah digariskan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Mereka perlu mengisi borang permohonan pelepasan bankrap dan menghantar borang tersebut kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI).

  • Borang permohonan ini boleh dimuat turun secara atas talian menerusi https://drive.google.com seperti pada gambar di atas ini.
  • Penghutang perlu mengisi borang tersebut dengan lengkap dan betul sebelum membuat penghantaran permohonan tersebut.
semakan jabatan insolvensi malaysia online

Cara Mohon Pelepasan Muflis di Malaysia

Individu yang telah dibankrapkan boleh membuat permohonan pelepasan bankrap/muflis untuk membersihkan nama mereka daripada disenaraihitamkan.

Permohonan perlepasan ini boleh dilakukan menerusi Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi.

Namun begitu, hanya individu-individu yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sahaja boleh membuat permohonan ini.

Berikut merupakan individu-individu yang layak membuat permohonan tersebut;

  1. Tempoh kebankrapan penghutang sudah melebihi lima (5) tahun daripada tarikh pengisytiharan muflis.
  2. Jumlah kebankrapan penghutang tidak melebihi RM50,000.
  3. Penghutang bebas daripada prosiding penyiasatan Mahkamah yang boleh menyekat Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi dikeluarkan kepada penghutang.

Setelah penghutang memenuhi syarat kelayakan untuk membuat permohonan pelepasan muflis, penghutang boleh mula mengisi borang pelepasan tersebut.

Borang permohonan tersebut kemudiannya perlu dihantar kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.

Penghutang juga boleh berhubung dengan agensi insolvensi menerusi surat atau emel.

Apa Itu Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 Yang Terkini

Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 merupakan akta insolvensi yang dipinda di bawah undang-undang Malaysia sebagai salah satu langkah untuk menzahirkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang dibelenggu kebankrapan.

Penguatkuasaan Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 [A1695] adalah bermula pada 6 Oktober 2023.

portal jabatan insolvensi malaysia

Akta A1695 dikuatkuasakan dan digubal melalui pindaan ini bertujuan untuk meminda beberapa peruntukkan yang telah dinyatakan di dalam Akta Insolvensi 1967.

Dasar peluang kedua diterapkan untuk membolehkan individu yang dibankrapkan bebas daripadanya menerusi pindaan pada Seksyen 33C dan Subseksyen 33B(2A) Akta 360.

Tuntasnya, banyak penambahbaikan telah dilakukan melalui pindaan ini agar setiap individu yang bankrap mendapat kehidupan yang lebih baik.

Kemuflian dalam kalangan rakyat Malaysia adalah tinggi disebabkan oleh pelbagai faktor.

Pengurusan kewangan yang bijak dapat mengelakkan seseorang individu daripada terjebak dengan kebankrapan atau kemuflisan.

Berdasarkan statistik hasil kajian Bank Dunia, 60% individu yang diisytiharkan muflis adalah individu yang berumur 25 sehingga 45 tahun.

Hal ini disebabkan oleh kegagalan untuk menguruskan pembiayaan pinjaman dan pengurusan kewangan yang baik.

Punca utama kebankrapan atau kemuflisan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membuat pembiayaan pinjaman bank seperti pinjaman rumah, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi dan pinjaman kad kredit.

Kegagalan untuk membuat bayaran pinjaman pada setiap bulan menyebabkan kadar faedah semakin meningkat. Beban hutang yang melebihi RM50,000 menyebabkan seseorang individu muflis.

Gaya hidup yang mewah menjadi pendorong untuk seseorang individu membuat pinjaman-pinjaman tersebut.

Oleh itu, setiap rakyat Malaysia perlu lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangan dan mengawal perbelanjaan dengan berhemah bagi mengelakkan risiko muflis ini. 

Pengisytiharan muflis ini juga adalah disebabkan oleh seseorang individu yang menjadi penjamin kepada individu lain.

Kegagalan penghutang untuk membayar hutang menyebakan institusi kewangan merujuk kepada pihak penjamin untuk menyelesaikan hutang tersebut bagi pihak peminjam.

Secara tidak langsung, pihak penjamin turut terkena tempias disebkan oleh perjanjian yang telah ditandatangani oleh penjamin dalam surat jamin menyatakan bahawasanya peminjm bersetuju untuk menanggung liabiliti pinjaman tersebut bersama.

Oleh itu, individu yang bertindak sebagai penjamin mestilah lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk menjaankan tanggungjawab sebagai penjamin.

Akhir sekali, golongan anak muda merupakan golongan yang paling ramai yang dicatatkan sebagai individu yang muflis.

Puncanya adalah disebabkan oleh penggunaan kad kredit tanpa kawalan dan disiplin yang tinggi. Kesannya, mereka menanggung hutang kad kredit yang tinggi.

Tidak dinafikan bahawa penggunaan kad kredit melibatkan transaksi jual beli memberi bnyak manfaat kepada pengguna.

Akan tetapi, ianya boleh memberi impak yang negatif kepada pengguna jika ianya tidak diuruskan dengan baik.

Justeru itu, anak-anak muda perlu diberikan pendedahan terhadap penggunaan kad kredit dalam kehidupan seharian agar tidak terjerumus dalam risiko muflis.

Tindakan Kepada Penjawat Awam Jika Muflis dan Bankrap

Jika seseorang individu yang merupakan penjawat awam didapati muflis, individu tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib disebabkan oleh kegagalan dalam menguruskan kewangan menyebabkan mereka dibelenggu bekerhutangan yang melampau. 

Bukan itu sahaja, tindakan tatatertib ini akan memberi kesan kepada prestasi kerja mereka sebagai penjawat awam.

Mereka yang merupakan individu bankrap akan dikecualikan daripada dinaikkan pangkat dan dicalonkan di dalam Anugerah Pekerja Cemerlang (APC).

Individu bankrap ini juga akan memberi kesan terhadap posisi dan jawatan mereka di dalam perkhidmatan awam.

Bagi penjawat awam yang diisytiharkan muflis yang bertugas dalam gred professional seperti doktor, peguam, akauntan dan seumpama dengannya, lesen professional mereka akan digantung.

Secara tidak langsung, mereka perlu berhenti kerja kerana posisi professional mereka tidak lagi terpakai.

Manakala, bagi individu bankrap yang bertugas di bahagian kewangan akan dipindahkan ke bahagian pentadbiran supaya tidak terlibat dalam bahagian kewangan.

Ini bermakna mereka akan dipindahkan ke jabatan lain atau diturunkan pangkat kepada pangkat yang lebih rendah.

Tuntasnya, setiap penjawat awam perlu menguruskan kewangan mereka dengan baik walaupun mereka diberi keutamaan dalam membuat permohonan pinjaman kewangan. 

Kesan Muflis di Malaysia

Apabila seseorang itu diisytiharkan muflis, banyak impak negatif yang akan mempengaruhi kehidupan mereka.

Pelbagai cabaran dan halangan yang bakal dihadapi oleh mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

Ianya boleh melibatkan diri sendiri dan juga negara, sepertimana berikut;

(i) Kesan Kepada Rakyat

Seseorang rakyat Malaysia yang muflis akan berdepan dengan pelbagai sekatan termasuklah sekatan kewangan yang melibatkan institusi perbankkan, sekatan perjalanan ke luar negara, sekatan pekerjaan dan aset peribadi disita.

Sekatan-sekatan ini akan mengganggu kehidupan harian penghutang.

Secara tidak langsung, nama penghutang akan disenaraihitamkan oleh pihak Jabatan Insolvensi Malaysia. Mereka ini akan berada di bawah pemantauan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI).

Bukan itu sahaja, mereka perlu membuat bayaran hutang mereka secara ansurans bagi membolehkan nama mereka bebas daripada belenggu muflis.

Oleh itu, amalan berbelanja sepertimana kata pepatah “mengukur baju di badan sendiri” amatlah penting diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia.

(ii) Kesan Kepada Negara

Kemuflisan ini juga bukan sahaja memberi kesan terhadap individu, akan tetapi ianya juga akan memberi impak kepada ekonomi negara.

Apabila kadar kemuflisan rakyat Malayia tinggi, kadar inflasi negara juga akan meningkat.

Mata wang negara akan merudum. Kuasa pembeli akan berkurang kerana berlakunya kenaikan harga barang secara mendadak.

Peluang pekerjaan di Malaysia akan banyak kerana individu muflis mempunyai sekatan terhadap pekerjaan.

Pelbagai sektor perdagangan akan terkesan termasuklah perdagangan import dan eksport.

Secara tidak langsung, ekonomi negara akan terjejas dengan teruk yang boleh menyebabkan berlakunya krisis ekonomi yang sangat serius.

Jelaslah, pengurusan kewangan negara yang sistematik amat signifikan untuk menjana pendapatan bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan bagi jangka masa yang panjang.

Kelebihan Isytihar Muflis di Malaysia Apabila Tak mampu Bayar Hutang

Muflis atau bankrap ini terjadi apabila seseorang individu atau syarikat berhutang dan gagal untuk membayar hutang tersebut disebabkan oleh nilainya yang tinggi mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Pengisytiharan bankrap ini boleh terjadi disebabkan oleh petisyen pemiutang atau petisyen penghutang.

Kebiasaannya, apabila seseorang individu gagal untuk membayar hutang, mereka boleh secara sukarela mengisytiharkan diri mereka muflis.

pelepasan muflis bankrap di malaysia

Kaedah ini digunakan oleh penghutang bertujuan untuk melindungi diri mereka daripada tuntutan hutang daripada pemiutang yang tidak mampu dijelaskan mengikut jumlah hutang dengan tempoh yang ditetapkan.

Oleh sebab itu, petisyen penghutang dikemukakan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.

Perintah kebankrupan ini dikenali dengan kebankrapan ke atas diri sendiri.

Pengisytiharaan ini diperuntukkan di bawah seksyen 7 Akta Insovensi 1967 dan Kaedah 102(1) Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017. Dalam hal ini, tiada nilai minimum hutang yang ditetapkan.

Ianya menjadi pilihan terakhir bagi penghutang untuk menyelamatkan diri mereka daripada membayar hutang. Ianya merupakan salah satu jalan penyelesaian bagi masalah hutang ini. 

Walaubagaimanapun, segala aset milik penghutang akan disita dan diambil bagi tujuan pembayaran balik hutang kepada pemiutang.

Namun begitu, penghutang boleh memohon kepada Jabatan Insolvensi Malaysia melalui budi bicara pegawai insolvensi untuk tidak merampas rumah yang didiami atas nama individu bankrap atau kereta yang digunakan milik penghutang.

Oleh itu, kebankrupan diri sendiri menjadi salah satu solusi kepada penghutang yang tidak mempunyai kemampuan untuk membayar hutang.

FAQ

1. Kenapa Jabatan Insolvensi Call

Setelah seseorang individu menerima Perintah Bankrap daripada Mahkamah Tinggi, mereka perlu hadir ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia yang berdekatan.

Mereka perlu hadir untuk melengkapkan borang insolvensi dan memberi kerjasama dalam mengisytiharkan aset, liabilti dan informasi-informasi yang berkaitan.

Jabatan Insolvensi Malaysia hanya akan membuat penggilan telefon kepada individu yang diisytiharkan bankrap untuk menyelesaikan dan mempercepatkan prosiding bankrap ini.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia