Selangkah ke Uitm: Syarat Kelayakan Kemasukan 2023

Selangkah ke uitm 2023: Senarai Syarat Kelayakan Kemasukan Universiti Teknologi Mara

selangkah ke uitm 2023

Ramai sebenarnya yang mahu masuk ke Universiti Teknologi MARA. Oleh itu adalah lebih baik untuk anda meneliti dan buat semakan syarat kelayakan uitm terlebih dahulu bagi memastikan permohonan yang anda hantar dipermudahkan.

Yang bagusnya, Universiti Teknologi Mara adalah membangunkan dan menyediakan sistem online yang memberikan anda pilihan kursus yang sesuai berdasarkan pencapaian anda sebelum ini baik keputusan spm mahupun keputusan semester semasa diperingkat diploma ataupun sijil.

Ia memudahkan anda membuat pilihan berdasarkan kelayakan semakan uitm yang ditetapkan.

Samada anda mahu masuk ke asasi uitm, program sijil, diploma mahupun ijazah sarjana muda (degree uitm), semuanya anda boleh gunakan melalui sistem semak syarat kemasukan uitm di bawah ini :

Semakan Selangkah ke UITM 2023

Gunakan sistem pada pautan di bawah ini untuk semak kelayakan uitm.

PERKARA BUTIRANNYA
Sistem Selangkah https://selangkah.edu.my

Boeh juga login imascu untuk semak anda layak atau tidak secara online

1) Akses masuk ke sistem online selangkah berdasarkan pautan yang kami kongsikan di jadual atas

2) Pastikan anda masukkan nombor kad pengenalan (No IC), Nama penuh anda, email yang sering kali anda gunakan, nombor telefon dan juga anda di kategori mana, samada lepasan SPM atau lepasan STPM, diploma uitm, sijil atau yang setaraf.

3) Jikalau anda merupakan lepasan spm, anda hanya perlu isi gred yang anda perolehi berdasarkan keputusan spm yang andaa terima baru baru ini

4) Manakala jikalau anda merupakan lepasan stpm, anda perlu isi semula keputusan spm, semakan keputusan stpm anda dan tidak lupa juga keputusan muet anda.

syarat kemasukan uitm

Untuk pengetahuan anda untuk sambung ke peringkat ijazah sarjana muda anda perlu lakukan muet registration terlebih dahulu.

NOTA : Jikalau anda lihat pada gambar di atas, jikalau ada tanda hijau itu bermakna anda melepasi syarat masuk uitm dan layak untuk memilih kursus dan program tersebut.

Syarat Kelayakan Uitm

PERKARA SYARAT MINIMUM
Lepasan SPM Dapat 5 kepujian
Lulus SPM & Bahasa melayu (kepujian)
Lepasan STPM Lulus SPM & Bahasa melayu (kepujian)
Ada Sijil Muet
Pengajian AM (NGMP 2.0)
Dua subjek lain (NGMP 2.0)
Lepasan Matrikulasi Lulus SPM & Bahasa Melayu (Kepujian)
Minimum PNGK 2.0
Ada Sijil Muet
Lepasan Diploma Lulus SPM & 5 Kepujian termasuk BM dapat kepujian
Dapat sijil diploma
Ada Sijil Muet

Semoga sistem online ini memudahkan anda membuat pemilihan program yaang sesuai dengan kelayakan anda.

Yang paling pentingnya anda ada kemampuan dan minat terhadap program tersebut selari dengan tujuan sistem selangkah ke uitm ini disediakan dan ditawarkan kepada anda.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia