Senarai Sektor Yang Dibenarkan beroperasi Semasa PKP 2021 dan PKPB termasuk industri, syarikat dan perniagaan boleh dibuka oleh pihak MITI ikut sop mkn
Dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan PKP berikutan penularan wabak COVID-19, pembukaan semula sektor tambahan dibenarkan beroperasi oleh jemaah menteri dalam mesyuarat baru baru ini.
BACA SINI: Contoh Surat Perjalanan PKP
Ini suatu berita yang amat mengembirakan kalangan usahawan dan ahli perniagaan mahupun majikan setelah lama perniagaan mereka terhenti dan ditutup sepanjang tempoh PKP dan PKPB ini.
Walaubagaimanapun bukan semua kerja yang dibenarkan semasa pkp dan pkpb, hanya beberapa sahaja sektor dan industri penting dilihat perlu dibuka buat masa ini. Antaranya ialah:
Senarai Kandungan Penting:
Senarai Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi Semasa PKP dan PKPB
Di bawah ini kami kongsikan senarai industri dan syarikat perniagaan yang dibenarkan beroperasi semasa pkp dan pkpb yang perlu buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi.
Sila lakukan semakan sama ada syarikat anda berada dalam industri atau sektor yang dibenarkan sebelum buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi.
Beberapa sektor tambahan atau industri yang dibuka dan dibenarkan telah diumumkan melalui permohonan MITI untuk kebenaran beroperasi secara berperingkat semasa tempoh pkb dan pkpb baik di melaka, kuala lumpur KL, Selangor, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang Penang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Perak sehingga 26 Januari 2021 ini
Berikut adalah senarai sektor yang boleh bekerja dan diluluskan miti serta dibenarkan operasi semasa pkp:
BACA SINI: ePerolehan login masuk pembekal tender kerajaan
1.Industri Aeroangkasa yang boleh beroperasi semasa pkp
2.Industri Mesin dan Peralatan
3.Industri Automotif
Namun, ia hanya terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – peralatan dan komponen, CBU dan perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan.
4. Permohonan syarikat untuk meneruskan operasi juga perlu bagi projek-projek pembinaan dan perkhidmatan pembinaan di bawah ini:
- Projek yang telah disahkan kemajuan fizikalnya mencapai 90% ke atas
- Projek yang mana Kontraktor G10G2 sebagai kontraktor utama
- Kerja-kerja penyelenggaraan
- Kerja-kerja terowong
- Kerja-kerja cerun
- Kerja-kerja lain yang sekiranya tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
- Projek bangunan dengan berskor 70 IBS ke atas
- Projek pembinaan dengan fasiliti atau kemudahan tempat tinggal pekerja seperti kem pekerja atau kuarters pekerja berpusat
- Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak, jadi memerlukan penyemburan racun serangga.
- Perkhidmatan professional yang terbabit dalam industri pembinaan termasuk arkitek, juruukur bahan, juruukur tanah, jurutera perancang bandar, pengurus fasiliti, pengurus projek dan lain-lain yang berkaitan adalah senarai syarikat yang boleh beroperasi semasa pkp
5. Perkhidmatan kesihatan sosial
Ini temasuklah perubatan tradisional yang berdaftar (terhad kepada pengamal berdaftar perubatan sahaja iaitu ‘Traditional & Complementary’ TCM
6. Permohonan syarikat bagi meneruskan operasi juga perlu bagi perkhidmatan professional, sains dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Namun begitu, hanya terhad kepada perkhidmatan berkaitan minyak dan gas, perkhidmatan berkaitan guaman, aktiviti R&D yang berkaitan dengan COVID-19, makmal-makmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja.
7. Perkhidmatan dobi (perkhidmatan penuh dan bukan dobi layan diri) antara perniagaan yang boleh beroperasi semasa pkp
8. Senarai perkhidmatan kedai barangan elektrik dan elektronik, kedai ‘hardware’ (perkakasan), kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan antara yang dibenarkan semasa / sepanjang pkp
SUMBER:MITI
Sektor Untuk Lockdown 3.0
Semua senarai pekerjaan di atas adalah untuk sektor yang dibenarkan beroperasi semasa berlangsung PKp 1 dan pkp 2 sebelum ini, tetapi untuk PKP 3.0 ada banyak perubahan.
Di bawah ini dikongsikan sektor ekonomi, syarikat, perniagaan yang dibenarkan dan boleh beroperasi semasa pkp 3.0 tahun 2021
- sektor dan kerja pembinaan adalah antara industri yang dibenarkan bekerja
- syarikat dan perniagaan dan perkhidmatan yang boleh dibuka semasa pkp 3.0 adalah seperti yang tertera di bawah ini
- Lain senarai boleh semak pada gambarajah di bawah ini
Senarai Sektor Yang Tidak Dibenarkan Beroperasi Semasa PKP 3.0
Contoh Sektor Sosial
Apa itu yang membawa maksud sektor sosial, semak senarai sektor sosial pkp di malaysia, contohnya:
- Aktiviti masjid dan surau
- Majlis akad nikah
- Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA)
- Majlis perkahwinan
- Rumah Teruka
- Gotong Royong
- Majlis Keraian
- Kenduri
Adakah sektor pekerjaan anda terlibat sama dengan kebenaran kali ini?