Sejarah Subsidi Tabung Haji 2020 : Jumlah Tahun Ini RM 12,920
Berita terkini tabung haji yang dikatakan tular dan viral di Whatapps dan facebook benar-benar menyebabkan kalangan ramai menjadi susah hati.
Dikatakan dalam mesej yang viral itu yang disertakan makluman dari portal tabung haji.
Kononnya sesiapa yang berjaya dalam rayuan tabung haji online mereka tidak akan menikmati subsidi tabung haji termasuk pengiring bermula tahun ini.
Persoalannya benarkah dakwaan?
Senarai Kandungan Penting:
Sejarah Subsidi Tabung Haji 2020
Tahukah anda jumlah subsidi Tabung Haji yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia untuk membayar sebahagian kos haji sahaja.
Tahun | Jumlah Sebenar Kos Haji | Jumlah Subsidi haji | Bayaran Haji |
---|---|---|---|
2020 | Akan dikemaskinikan | Akan dikemaskinikan | Akan dikemaskinikan |
2019 | RM 22,900 | RM 12,920 | RM9,980 |
Harga tiket penerbangan pergi dan balik ke Tanah Suci, penginapan hotel di Madinah dan tempat tinggal hotel di Mekah, hidangan makanan sepanjang anda mengerjakan ibadah haji, caj dan yuran adalah antara yang terpaksa dibayar kerajaan Malaysia kepada kerajaan Arab Saudi.
BACA SINI: Cara booking tiket flight murah air asia semasa promo
Belum campur kos-kos tambahan yang lain lagi
Oleh itu, jikalau diikutkan kos haji untuk setiap rakyat lebih tinggi daripada RM22,900.
Mana tidaknya, kursus haji, kos perubatan (ubat-ubat dan rawatan daripada doktor) sepanjang tempoh haji, buku rujukan, kaunseling, kakitangan bertugas TH, urusan kewangan. Semuanya melibatkan kos.
Yang bagusnya ini semua tidak perlu anda bayar. Malah tidak dimasukkan dalam kos haji yang sebenar.
Penjelasan Isu Subsidi
- Untuk makluman, subsidi haji hanya diberikan kepada Bakal Haji yang Terpilih bagi tahun semasa di mana tahun peruntukan adalah tahun ini 1440H/2019M dan yang menunaikan haji buat kali pertama secara Muassasah.
- Bagi pengiring atau yang merayu dan berjaya, ini bermakna mereka pergi menunaikan haji lebih awal dari tahun peruntukan dan tidak layak mendapat subsidi haji. Terima Kasih – THCC
SUMBER: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/korporat/tanggungjawab-sosial-korporat/sumbangan
P/S : Bagi pendapat Mypt3 sendiri, sepatutnya pengumuman berkenaan TIADA SUBSIDI HAJI bagi Rayuan Mahram, Rayuan lain-lain bagi yang Pertama kali Menunaikan Haji dimaklumkan sebelum Surat Tawaran Haji keluar.
Semoga pihak TH pertimbangkan untuk tahun ini, rayuan masih diberi harga subsidi juga bagi yang PERTAMA kali menunaikan Haji. Insyaallah