Senarai permohonan Scholarship Malaysia 2023: Best For postgraduate Degree Master PHD
Scholarship atau dengan nama lain, biasiswa merupakan tajaan pendidikan yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang di peringkat pengajian mereka.
Pelajar akan menerima tajaan kewangan bagi pengajian mereka tanpa perlu membuat membuat bayaran balik. Ia bukannya sebuah pinjaman kewangan.
Scholarship ini ditawarkan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat rendah dan peringkat tinggi.
Scholarship bukan hanya merangkumi tajaan yuran pengajian, namun ianya juga termasuklah dengan elaun sara diri, elaun tiket penerbangan, elaun makan dan banyak lagi elaun-elaun yang berkaitan.
Senarai Scholarship Malaysia 2023 For Degree Master & PHD
Terdapat banyak biasiswa dan scholarship for degree master postgraduate scholarship malaysia 2023 dan phd yang ditawarkan di Malaysia bertujuan menggalakan bidang pendidikan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
- BACA SINI >> Biasiswa 2023 ijazah sarjana muda degree
- BACA SINI >> Senarai biasiswa lepasan spm 2023
- BACA SINI >> Biasiswa mara scholarship
1. Stipendium Hungaricum Scholarship
Biasiswa Stipendium Hungaricum merupakan tajaan pengajian ke universiti di Hungaria. Ia merupakan biasiswa bagi pengajian luar negara.
Ianya diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Hungaria. Tajaan ini meliputi bayaran yuran pengajian, elaun sara diri secara bulanan, elaun kediaman dan insurans kesihatan.
- Individu yang layak untuk membuat permohonan biasiswa ini, mereka boleh membuat permohonan di portal https://stipendiumhungaricum.hu scholarship seperti pada Rajah di bawah ini

Biasiswa Sunway merupakan tajaan pengajian bagi pelajar Sunway untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi lepasan SPM dan STPM.
Antara program yang ditawarkan di bawah biasiswa ini ialah Sunway-ICAEW Global Accountant Scholarship Scheme, Sunway-ACCA Global Leader Scholarship, Sunway University Postgraduate by Research Scholarship dan Sunway University Taught Masters Scholarship.
Bukan itu sahaja, terdapat banyak juga khusus yang ditaja di bawah program-program ini.
- Pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di Universiti Sunway boleh cuba membuat permohonan biasiswa ini di portal https://my.sunway.edu.my scholarships seperti pada Rajah di bawah ini
2. Sunway Scholarship

3. Google Scholarship Malaysia 2023
Biasiswa Google merupakan satu inisiatif yang ditawarkan oleh syarikat Google kepada pelajar-pelajar seluruh dunia di peringkat global.
Matlamatnya adalah bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi.
Google bukan hanya menyediakan bantuan biasiswa berbentuk kewangan semata-mata, namun ianya merangkumi pembelajaran amali dan praktikal.
Terdapat tujuh (7) jenis biasiswa yang ditawarkan oleh syarikat Google untuk pelajar-pelajar seluruh dunia termasuklah biasiswa Udacity-Google Developer, Women Techmakers Scholars Program, Google Venkat Panchapakesan Memorial Scholarship, Google Conference and Travel Scholarships, Doodle 4 Google India Contest, Google India Code to Learn Contest dan Generation Google Scholarship.
- Permohonan biasiswa Google ini boleh dibuat menerusi portal https://buildyourfuture.withgoogle.com scholarships seperti pada Rajah di bawah ini

4. Asean Scholarship 2023 Malaysia
Biasiswa ASEAN merupakan biasiswa yang dikhususkan kepada pelajar Malaysia yang ingin menyertai sekolah peringkat menengah rendah, sekolah peringkat menengah tinggi atau pra-universiti di sekolah menengah atau univerisiti terpilih di Singapura.
Pelajar yang mempunyai kelayakan seperti fasih dalam bahasa Inggeris, mempunyai percapaian terbaik di sekolah dan mempunyai rekod penglibatan kokurikulum yang aktif akan terpilih dalam menerima biasiswa ini.
Banyak kelebihan yang ditawarkan kepada pelajar di bawah biasiswa ini termasuklah elaun rumah, elaun perjalanan, elaun seklah, elaun peperiksaan bagi A-Level dan banyak lagi.
Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan permohonan biasiswa ini boleh dipohon di portal https://www.moe.gov.sg scholarship secara atas talian dengan mengisi borang pendaftaran seperti pada Rajah di bawah ini

5. Biasiswa Petronas Scholarship 2023 Malaysia
Biasiswa Petronas merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh syarikat minyak dan galian, PETRONAS.
Biasiswa petronas scholarship ini dibuka kepada pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kimia, kejuruteraan, sains computer, minyak dan galian dan banyak lagi.
Pelajar yang memenuhi kriteria yang dinyatakan wajib menduduki dua (2) fasa temuduga iaitu fasa ujian atas talian dan temuduga secara atas talian bagi melayakkan pelajar untuk menerima biasiswa ini.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://educationsponsorship.petronas.com.my scholarship seperti pada Rajah di bawah ini

6. Yayasan Khazanah Scholarship Malaysia 2023
Biasiswa Yayasan Khazanah merupakan biasiswa peringkat global yang menawarkan peluang pelajaran yang cerah kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level dan Sarjana di universiti-universiti terpilih di seluruh dunia.
Menerusi biasiswa ini juga, pelajar akan dibekalkan dengan kursus dan latihan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan bidang pelajaran dan pekerjaan yang mereka pilih.
Biasiswa yang ditawarkan ini adalah biasiswa yang merangkumi pembelajaran sepenuh masa.
Rekod pencapaian pembelajaran pelajar mestilah seiring dengan rekod pencapaian kokurikulum pelajar bagi melayakkan mereka menerima biasiswa ini.
- Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.yayasankhazanah.com.my scholarship.
7. Shell Malaysia Scholarship 2023
Tawaran biasiswa Shell adalah dikhususkan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level dan Sarjana di university tempatan atau luar negara.
Walaubagaimanapun, ianya tertakluk pada percapaian persekolahan pelajar dari semasa ke semasa.
Biasiswa ini dibiayai bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan, sains dan komersial.
Proses permohonan yang merangkumi empat (4) tahap seperti permohonan atas talian, penilaian atas talian, temuduga menerusi video atas talian dan temuduga akhir akan melayakkan pelajar untuk menerima biasiswa ini.
- Namun, pelajar yang berminat untuk membuat permohonan biasiswa ini, permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.shell.com.my scholarship seperti pada Rajah di bawah ini

8. Permodalan Nasional Berhad Scholarship PNB
Biasiswa Pemodalan Nasional Berhad scholarship (PNB) disediakan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan luar negara.
Pelajar mestilah mengikuti pengajian di kolej persediaan yang telah ditetapkan oleh PNB sebelum boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Banyak syarat kelayakan dan syarat tawaran yang perlu dipatuhi oleh penerima biasiswa permodalan nasional berhad scholarship jika berjaya menerima biasiswa ini.
- Permohonan biasiswa PNB ini boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.pnb.com.my scholarship seperti pada Rajah di bawah ini jika pelajar memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan oleh PNB.

9. Karangkraf Scholarship
Biasiswa Karangkraf merupakan bantuan pembelajaran yang diwujudkan untuk membantu pelajar lepasan SPM, STPM dan Diploma untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Program biasiswa ini dibuka pada orang awam dengan pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke SEGI, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), UNITAR, UNISEL, KUIS, UNITEN dan banyak lagi sepertimana yang diiktiraf oleh Karangkraf.
Matlamatnya adalah untuk membantu pelajar yang kurang cemerlang tetapi mempunyai hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Penerima biasiswa Karangkraf layak untuk bekerja di bawah syarikat Karangkraf setelah tamat tempoh pembelajaran.
Walaubagaimanapun, ianya tertakluk pada tawaran pekerjaan mengikut prestasi dan percapaian pelajar sepanjang dibiayai oleh Karangkraf.
Permohonan biasiswa Karangkraf ini boleh dipohon dengan menghantar emel ke danapendidikan@karangkraf.com.
10. Ocbc Scholarship
Biasiswa OCBC bank ditawarkan kepada pelajar tahun pertama yang mempunyai keputusan yang cemerlang di peringkat STPM dan Matrikulasi.
Bidang pelajaran yang layak dipohon bagi mendapatkan biasiswa ini ialah bidang pelajaran yang berkaitan dengan perbankan di Malaysia.
Pembiayaan biasiswa sebanyak RM12,000 setahun bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di universiti awam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan RM23000 setahun bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di universiti swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Permohonan biasiswa ini boleh dilakukan di laman sesawang https://www.ocbc.com.my scholarship seperti pada Rajah di bawah ini

11. YDP Yang Dipertuang Agong Scholarship
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong ini merupakan bantuan kewangan yang dibiayai kepada rakyat Malaysia yang layak untuk mengikuti pengajian ke peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (PhD).
Bidang pengajian yang layak menerima biasiswa ini ialah bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Kewangan Islam dan Udang-undang.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan dengan mendapat keputusan yang cemerlang dengan minimum CGPA 3.75 di peringkat Ijazah Sarjana Muda layak untuk menerima biasiswa ini.
- Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my scholarship seperti pada Rajah di bawah ini

12. Heriot Watt Scholarship
Biasiswa Heriot Watt menawarkan tajaan pembiayaan pelajaran bagi program sarjana dan pascasiswazah dalam bidang kursus sains aktuari, perniagaan dan kewangan, alam sekitar, psikologi, kejuruteraan dan ukur bahan.
Setiap pelajar atau pemohon biasiswa ini wajib mengekalkan 70 peratus kadar julat Gred A bagi setiap tahun pengajian.
- Permohonan bagi biasiswa ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi portal https://www.hw.ac.uk scholarship seperti pada Rajah di bawah ini

13. Sarawak Energy Scholarship
Biasiswa Sarawak Energy merupakan biasiswa yang disediakan khusus bagi rakyat Sarawak.
Program biasiswa ini bertujuan membantu menggalakkan perkembangan dan pembangunan masa depan tenaga di negara kita.
Pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan, informasi dan komunikasi teknologi, undang-undang, perakaunan dan kewangan layak untuk memohon biasiswa ini.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.sarawakenergy.com scholarship seperti pada Rajah di bawah ini.

14. Insurance Etiqa Scholarship
Program biasiswa Etiqa ini merupakan tajaan pendidikan dengan kerjasama Yayasan UMP.
Tawaran biasiswa ini dikhaskan kepada pemohon para pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Permohonan biasiswa ini adalah terhad kepada golongan pemohon yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan RM3000 ke bawah sebulan.
15. Insuran Great Eastern Scholarship
Great Eastern merupakan syarikat insurans milik Singapura. Bukan itu sahaja, syarikat ini juga ada menyediakan biasiswa kepada para pelajar.
Biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar dikenali sebagai Great Eastern Supremacy Scholarship.
Terdapat 17 universiti yang tersenarai di bawah pembiayaan biasiswa ini termasuklah Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan banyak lagi.
Pelajar yang menerima biasiswa ini akan ditaja dengan kadar pembiayaan biasiswa sebanyak RM15000 setahun bagi setiap tahun akademik.
- Individu yang layak dan tersenarai dalam kursus yang layak menerima biasiswa ini boleh membuat permohonan dengan menghantar emel ke scholarship@greateasternlife.com.
16. Al Bukhary Scholarship
Pelajar yang cemerlang dalm bidang akademik dan kokurikulum layak untuk membuat permohonan dan menerima biasiswa Albukhary.
Penerima biasiswa ni layak menyambungkan pelajaran mereka ke Albukhary International University (AIU).
- Permohonan secara atas talian menerusi laman sesawang https://aiu.edu.my scholarship seperti pada Rajah di bawah ini mestilah dibuat bagi menerima biasiswa ini.

17. Panasonic Scholarship 2023 Malaysia
Biasiswa Panasonic merupakan tajaan bantuan pendidikan yang dikhususkan kepada pelajar bahagian kejuruteraan sahaja.
Pemohon biasiswa ini mestilah merupakan pelajar yang mendapat CGPA 3.0 dan ke atas di dalam bidang kejuruteraan.
- Permohonan biasiswa Panasonic ini boleh dilakukan secara atas talian dengan menghantar emel ke mongyih.chong@my.panasonic.com
18. Menteri Besar Selangor Scholarship
Biasiswa Menteri Besar Selangor merupakan tajaan pembiayaan kepada pelajar anak kelahiran negeri Selangor.
Ia merupakan biasiswa penuh bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah dan Doktor Falsafah (PhD).
Hanya individu yang bermastautin dan berstatus anak kelahiran negeri Selangor layak memohon biasiswa ini.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://danapendidikan.selangor.gov.my secara atas talian bagi melayakkan seseorang pelajar untuk menerima biasiswa ini.
19. PIDM Scholarship
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PDIM) menawarkan program biasiswa kepada pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan pengajian mereka.
20 institusi awam dan 17 institusi swasta yang ditaja di bawah biasiswa ini dengan bidang pengajian seperti perakaunan, perbankan, pentadbiran, teknologi maklumat, ekonomi, undang-undang, insurans, komunikasi dan banyak lagi.
Nilai biasiswa sehingga RM10,000 setahun bagi setiap tahun pengajian penerima biasiswa.
Bukan itu sahaja, penerima biasiswa bakal menerima elaun sehingga RM2,000 bagi urusan pembelajaran seperti alat tulis dan buku.
- Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.pidm.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini

20. Biasiswa Tunku Abdul Rahman BTAR Scholarship
Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) merupakan tajaan pengajian oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman bagi siswa yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Permohonan biasiswa ini dibuka kepada pelajar yang telah menamatkan pelajaran mereka di peringkat pra-universiti dan peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mempunyai sekurang-kurangnya baki dua (2) tahun tempoh pengajian.
Biasiswa yang bakal memanfaatkan penerima adalah termasuklah penajaan penuh bayaran yuran pengajian, elaun bulanan sepanjang tempoh pengajian dan elaun menghadiri program kepimpinan.
- Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.yayasantar.org.my seperti pada Rajah di bawah

21. Kerajaan Jepun Japan Scholarship
Kedutaan Jepun di Malaysia mengumumkan biasiswa Kerajaan Jepun kepada individu yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di Jepun.
Elaun bulanan sehingga 242,000 yen bersamaan RM8,000 disediakan kepada penerima biasiswa ini.
Segala yuran pengajian dan juga tiket penerbangan akan ditanggung di bawah biasiswa ini.
- Permohonan biasiswa kerajaan Jepun ini boleh dimohon menerusi laman sesawang https://www.my.emb-japan.go.jp seperti pada Rajah di bawah ini

22. Top Glove Scholarship
Tajaan biasiswa sehingga RM13,000 setahun oleh Syarikat Top Glove.
Biasiswa Top Glove ini diperkenalkan dengan objektif untuk menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar sepenuh masa dalam bidang kursus Ijazah Sarjana Muda.
Dua (2) kursus utama yang ditaja di bawah biasiswa ini iaitu bidang kejuruteraan dan bidang pengurusan perniagaan.
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang https://www.topglove.com seperti pada Rajah di bawah ini

23. Yeoh Tiong Lay YTL Scholarship
Biasiswa Yeoh Tiong Lay (YTL) merupakan tajaan biasiswa kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.
Pelajar yang melepasi peringkat pengajian pada peringkat SPM, Matrikulasi, A-Level dan program asasi layak untuk membuat permohonan biasiswa ini.
Di bawah biasiswa ini, pelajar yang berminat untuk memohon boleh memohon tanpa mengira jenis bidang kursus yang dipilih.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://ytlfoundation.org seperti pada Rajah di bawah ini

24. Yayasan Pahang Scholarship
Biasiswa Yayasan Pahang merupakan tajaan pembiayaan kepada pelajar anak kelahiran negeri Pahang.
Ia merupakan biasiswa penuh bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah dan Doktor Falsafah (PhD).
Kadar elaun yang bakal memanfaatkan penerima adalah RM3,000 setahun.
Hanya individu yang bermastautin dan berstatus anak kelahiran negeri Pahang layak memohon biasiswa ini.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://sispen.yp.org.my seperti pada Rajah di bawah ini bagi melayakkan seseorang pelajar untuk menerima biasiswa ini.

25. Kerajaan Sabah Scholarship
Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah merupakan tajaan pembiayaan kepada pelajar anak kelahiran negeri Sabah.
Ia merupakan biasiswa penuh bagi pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah dan Doktor Falsafah (PhD). Hanya individu yang bermastautin dan berstatus anak kelahiran negeri Sabah layak memohon biasiswa ini.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://biasiswa.sabah.gov.my bagi melayakkan seseorang pelajar untuk menerima biasiswa ini.
26. IOI Scholarship
IOI Group menawarkan biasiswa kepada bakat muda untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Biasiswa ini didatangkan dengan bantuan kewangan, latihan kemahiran dan pengalaman pekerjaan sebelum penerima biasiswa tersebut mendapat tawaran bekerja di Syarikat IOI.
Bidang kursus yang ditawarkan di bawah tajaan ini adalah termasuklah Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan, kimia, sains computer, pertanian, alam sekitar, perakaunan dan kewangan.
- Permohonan bagi biasiswa daripada IOI Group ini boleh dipohon di https://yayasan.ioigroup.com seperti pada Rajah di bawah ini

27. Biasiswa Yayasan Terengganu Scholarship
Biasiswa Yayasan Terengganu scholarship ini merupakan tajaan pembiayaan kepada pelajar anak kelahiran negeri Terengganu.
Ia merupakan biasiswa penuh bagi pengajian di peringkat Program Perakaunan Professional ACCA Kohort 2, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
Biasiswa ini diberi keutamaan kepada golongan penerima B40. Hanya individu yang bermastautin dan berstatus anak kelahiran negeri Terengganu layak memohon biasiswa dan scholarship ini.
- Permohonan biasiswa yayasan terengganu scholarship boleh dibuat di portal https://yt.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini bagi melayakkan seseorang pelajar untuk menerima biasiswa ini.

28. British Council Great Scholarship
Biasiswa GREAT ini ditawarkan kepada pelajar daripada 14 negara termasuklah Malaysia.
Pembiayaan tajaan biasiswa sehingga $10000 selama setahun diberikan kepada pelajar bagi menampung kos pembelajaran mereka.
Biasiswa ini merupakan tajaan penuh oleh Kerajaan UK dan British Council dan pemohon dari 14 negara yang tersenarai layak untuk membuat permohonan.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://study-uk.britishcouncil.org seperti pada Rajah di bawah ini

29. Yayasan Peneraju Scholarship
Biasiswa Yayasan Peneraju merupakan tajaan pembiayaan akademik bagi pelajar sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi.
Ianya merupakan satu inisiatif untuk membina keupayaan masyarakat Bumiputera dalam melahirkan masyarakat yang berkualiti dan mempunyai bakat dalam pelbagai bidang.
Antara program-program yang ditawarkan adalah program peneraju tunas, peneraju skil, peneraju profesional, peneraju teknologi dan peneraju spesialis.
- Permohonan bagi program-program biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Peneraju boleh dipohon di https://yayasanpeneraju.com.my seperti pada Rajah di bawah ini

30. Maybank Scholarship
Maybank Group mewujudkan satu program biasiswa di bawah institusi perbankan Maybank.
Biasiswa ini meliputi semua kos pengajian termasuklah pembayaran yuran pengajian, buku-buku, tempat tinggal dan elaun sara diri.
Bidang kursus utama yang ditaja ialah bidang perbankan dan kewangan.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.maybankfoundation.com seperti pada Rajah di bawah ini

31. Biasiswa Bank Negara Scholarship
Biasiswa Bank Negara scholarship yang dikenali dengan Biasiswa Kijang (The Kijang Scholarship) diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Penerima biasiswa bank negara bnm scholarship ini secara tidak langsung perlu berkhidmat di bawah pengurusan Bank Negara tersebut setelah berjaya menamatkan program pengajian.
- Individu yang memenuhi syarat kelayakan Bank Negara bagi program ini, mereka boleh membuat permohonan di https://www.bnm.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini

32. Sime Darby Scholarship
Biasiswa Yayasan Sime Darby menawarkan tajaan pembiayaan akademik kepada pelajar Malaysia yang layak dari segi akademik dan juga sosial.
Antara program-program yang ditawarkan adalah program biasiswa YSD Excellence dan program YSD Bursary.
- Permohonan bagi program-program biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Sime Darby boleh dipohon di http://www.yayasansimedarby.com seperti pada Rajah di bawah ini

33. Biasiswa Yayasan UEM Scholarship
Biasiswa Yayasan UEM memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan atau universiti luar negara.
Tiga bidang pengajian yang ditaja di bawah program biasiswa ini iaitu perniagaan, kejuruteraan dan teknologi.
- Permohonan bagi program biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan UEM boleh dipohon di https://www.uem.com.my seperti pada Rajah di bawah ini

34. Biasiswa Yayasan GAMUDA Scholarship
Yayasan GAMUDA membuka permohonan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi.
Antara tiga (3) kelebihan menerima tajaan biasiswa menerusi Yayasan Gamuda ialah penerima bakal menerima bantuan kewangan, peluang penempatan kerja dan latihan amali serta dapat melibatkan diri dalam program melibatkan barisan kepimpinan GAMUDA.
- Permohonan bagi program biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan GAMUDA boleh dipohon menerusi laman sesawang https://gamuda.com.my
35. Biasiswa The Star Scholarship
Biasiswa The Star Education Fund memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat melanjutkan pelajaran di Malaysia.
Ia merupakan usaha sama di bawah kerjasama antara Star Media Group dan beberapa institusi pendidikan yang lain yang terdapat di Malaysia.
Peluang ini dibuka khusus pada pelajar lepasan SPM bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
- Permohonan bagi program biasiswa yang ditawarkan oleh The Star boleh dipohon menerusi laman sesawang https://www.thestar.com.my.
36. Biasiswa TNB Scholarship
Biasiswa TNB Prime di bawah Yayasan Tenaga Nasional (YTN) diperkenalkan bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara dan UNITEN di peringkat asasi sehingga Ijazah Sarjana Muda.
Program yang ditawarkan di bawah biasiswa ini ialah Program Universiti Terkemuka Luar Negara dan Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan peringkat asasi sehingga Ijazah Sarjana Muda.
- Permohonan bagi biasiswa TNB Prime ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman sesawang https://ytn.tnb.com.my seperti pada Rajah di bawah ini

37. Biasiswa Universiti Teknologi MARA UITM Scholarship
Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyediakan satu bantuan penajaan akademik kepada pelajar yang menyambung pengajian mereka di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pelajar cemerlang di peringkat sarjana muda dan pasca siswazah ini layak untuk memohon biasiswa ini. Biasiswa ini dikenali dengan UiTM Endowment Scholarship (Ensure).
Jumlah biasiswa yang bakal diterima oleh penerima biasiswa ini adalah bergantung pada peringkat pengajian mereka yang bermula dengan kadar RM10,000 setahun sehingga RM42000 setahun.
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang https://ipsis.uitm.edu.my
38. Biasiswa Maxis Scholarship
Program biasiswa syarikat telekomunikasi Maxis yang diperkenalkan bagi membantu para belia Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Ianya dikhususkan pada individu yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang teknologi.
Bantuan kewangan sehingga RM40,000 setahun dijamin di bawah program biasiswa Maxis ini. Bukan itu sahaja, peluang latihan praktikal dan jaminan pekerjaan di syarikat Maxis disediakan kepada penerima biasiswa ini.
- Oleh itu, permohonan biasiswa ini dibuka kepada pelajar Malaysia yang berminat menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda secara atas talian di https://www.maxis.com.my seperti pada Rajah di bawah ini

39. Sin Chew Scholarship
Biasiswa Sin Chew atau dikenali sebagai Sin Chew Daily Education Fund merupakan bantuan kewangan kepada pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Menerusi biasiswa ini, pelajar berpeluang untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat Diploma atu Ijazah Sarjana Muda secara percuma.
Yuran pengajian akan ditanggung sepenuhnya di bawah biasiswa Sin Chew ini.
- Permohonan bagi biasiswa Sin Chew ini boleh dipohon secara atas talian menerusi laman sesawang https://scedufund.sinchew.com.my
40. YTP Scholarship 2023 Malaysia
Penajaan pelajaran oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dikenali dengan Young Talent Development Programme atau Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) diperkenalkan kepada pelajar bermula di peringkat Persediaan sehingga Ijazah Pertama.
Hanya institusi terpilih sahaja yang layak dipohon untuk penajaan.
- Permohonan bagi biasiswa YTP ini boleh dipohon secara atas talian menerusi https://myeduloan.mara.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini

41. Mybrain Scholarship
Biasiswa MyBrain merupakan biasiswa yang diwujudkan bertujuan melahirkan lebih ramai graduan yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
Ia merupakan hasrat Kerajaan untuk melahirkan 60 ribu pemegang sijil Sarjana dan PhD di Malaysia.
- Permohonan biasiswa ini dibuka kepada mana-mana pelajar Malaysia yang berminat dan permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://biasiswa.mohe.gov.my
42. Hong Leong Bank Scholarship
Institusi perbankan Hong Leong Bank mewujudkan satu program biasiswa. Ianya bertujuan memajukan pendidikan dalam kalangan pelajar Malaysia bagi melahirkan lebih ramai modal insan.
Kadar biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Hong leong adalah berdasarkan tahap pengajian yang dipohon oleh pelajar serendah RM8,500 sehingga RM32,000.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://hongleongcsr.org seperti pada Rajah di bawah ini

43. MRC Malaysia Scholarship 2023
Biasiswa Malaysian Rubber Council (MRC) diperkenalkan kepada rakyat Malaysia bagi tujuan tajaan pendidikan yang dikhususkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana atau bidang Professional Teknologi Getah.
Pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) boleh membuat permohonan untuk mendapatkan biasiswa ini.
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang https://www.myrubbercouncil.com seperti pada Rajah di bawah ini

44. Biasiswa Singapore Scholarship
Singapore Government Scholarship (SINGA) merupakan biasiswa penuh yang disediakan kepada pelajar antarabangsa termasuklah Malaysia bagi membolehkan pelajar bukan warganegara Singapura untuk melanjutkan pelajaran di universiti Singapura.
Dua (2) peringkat pengajian yang ditaja di bawah biasiswa ini iaitu peringkat Sarjana dan Peringkat Doktor Falsafah.
Bidang khusus yang ditaja di bawah biasiswa ini ialah Sains Biomedikal, Sains Komputer dan Maklumat, Kejuruteraan dan Teknologi dan Sains Fizik.
- Permohonan bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke negara jiran iaitu Singapura boleh dipohon menerusi laman sesawang https://www.a-star.edu.sg
45. Kuok Foundation Scholarship Malaysia 2023
KUOK Foundation Berhad menawarkan pelajar yang sedang atau bakal melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma untuk memohon biasiswa ini.
Tajaan pendidikan ini akan diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di mana-mana politeknik awam Malaysia.
- Permohonan boleh dibuat menerusi atas talian di laman sesawang https://kuokfoundation.com seperti pada Rajah di bawah ini atau dengan menghantar borang permohonan secara pos.

46. Biasiswa CIMB Scholarship Malaysia 2023
Institusi perbankan CIMB Bank mewujudkan satu program biasiswa. Ianya bertujuan membantu pelajar merealisasikan impian mereka dalam bidang perbankan dan kewangan.
Pelajar akan ditapis menerusi lima (5) peringkat bagi melayakkan mereka mendapatkan biasiswa ini.
Pelajar akan menerima tajaan penuh termasuklah yuran pengajian, elaun sara diri, elaun kediaman dan elaun-elaun yang berkaitan.
Bukan itu sahaja, pelajar juga akan didedahkan dengan peluang jaringan global dengan negara-negara luar sebagai pendedahan awal bagi alam pekerjaan.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://careers.cimb.com seperti pada Rajah di bawah ini

47. Biasiswa Yayasan Sarawak Scholarship
Biasiswa Yayasan Sarawak merupakan tajaan pembiayaan kepada pelajar anak kelahiran negeri Sarawak.
Ia merupakan biasiswa penuh bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah dan Doktor Falsafah (PhD).
Hanya individu yang bermastautin dan berstatus anak kelahiran negeri Sarawak layak memohon biasiswa ini.
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://yayasansarawak.org.my seperti pada Rajah di bawah ini bagi melayakkan seseorang pelajar untuk menerima biasiswa ini.

48. Biasiswa UTAR Scholarship
Biasiswa UTAR ini hanya ditawarkan kepada pelajar UTAR sahaja.
Pelajar UTAR yang mendapat keputusan yang cemerlang digalakkan untuk membuat permohonan biasiswa ini kerana pihak UTAR akan menanggung sesi pengajian pelajar secara penuh.
Tiada bayaran balik perlu dibuat bagi biasiswa ini. Walaubagaimanapun, jika pelajar tidak memenuhi kriteria pencapaian yang telah ditetapkan oleh UTAR, pelajar wajib membuat bayaran balik biasiswa yang telah diterima tersebut.
Pembayaran balik adalah dibuat berdasarkan keputusan semesta pelajar.
- Pelajar UTAR yang berminat untuk memohon biasiswa UTAR ini boleh memohon di laman sesawang https://study.utar.edu.my
49. Biasiswa Chevening Scholarship Malaysia 2023
Biasiswa Chevening merupakan biasiswa antarabangsa yang diberikan kepada pelajar seluruh dunia yang cemerlang akademik dan kokurikulum bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti di Amerika Syarikat.
Syarat kelayakan untuk mendapatkan biasiswa ini amatlah ketat kerana hanya individu yang benar-benar memenuhi syarat yang ditetapkan layak untuk menerima biasiswa ini.
Biasiswa ini ditawarkan bertujuan untuk melahirkan lebih ramai individu yang celik intelektual dan interpersonal yang berkualiti yang terdiri daripada pelabagai latar belakang dan warganegara.
Antara universiti yang tersenarai di bawah tajaan biasiswa ini ialah London School of Economics & Political Science, University College London, University of Bath, University of Oxford dan King’s College London.
- Permohonan biasiswa ini boleh dipohon secara atas talian menerusi laman sesawang https://www.chevening.org seperti pada Rajah di bawah ini

50. Biasiswa Sunway Scholarship Malaysia 2023
Jeffrey Cheah Foundation merupakan Sunway Education Group. Yayasan ini menawarkan biasiswa pendidikan bagi pelajar melanjutkan pelajaran di Sunway University dan Sunway College.
Bantuan biasiswa ini diberikan kepada pelajar cemerlang yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah tetapi berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
- Oleh itu, yayasan ini mewujudkan inisiatif ini. Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://my.sunway.edu.my
Scholarship in Malaysia For International Student Terbaik 2023
Terlalu banyak bantuan pendidikan atau biasiswa yang terdapat di Malaysia diperkenalkan di Malaysia untuk menggalakkan rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa dibatasi dengan bebanan kewangan.
Biasiswa ini juga tidak terhad untuk lanjutan pengajian di institusi pendidikan di dalam negara sahaja, bahkan ianya merangkumi pengajian ke universiti luar negara.
Antara dua (2) biasiswa yang terbaik terdapat di Malaysia bagi pelajar antarabangsa ialah;
- Biasiswa Bank Negara Malaysia.
- Biasiswa British Council GREAT.
Scholarship For Degree Overseas Yang Terbaik Malaysia 2023
Setiap badan/ institusi yang menawarkan tajaan biasiswa dan scholarship for degree ini adalah bergantung kepada jenis peringkat pengajian.
Antara dua (2) biasiswa dan scholarship for degree yang terbaik bagi pemohon yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara ialah;
- Biasiswa Khazanah Global.
- Biasiswa Bank Negara.
Tips Untuk Berjaya Lulus Dapat Malaysia Scholarship 2023
Secara umumnya, biasiswa yang ditawarkan oleh institusi-institusi tertentu hanya diberikan kepada pelajar yang benar-benar layak mengikut syarat kelayakan yang telah dinyatakan.
Prestasi dan penglibatan sosial pelajar akan diambil kira bagi meluluskan pelajar untuk menerima biasiswa ini. Bukan mudah untuk seseorang pelajar menerima biasiswa pendidikan ini.
Berikut merupakan beberapa tips persiapan untuk memastikan pelajar lulus untuk menerima tajaan biasiswa yang dipohon;
- Individu yang layak akan menerima panggilan temuduga. Oleh itu, setiap individu wajib bersedia dan memenuhi syarat temu duga yang telah ditetapkan dengan baik.
- Menghadiri temu duga mengikut waktu yang telah dijadualkan.
- Patuhi etika pemakaian yang betul.
- Yakin dan bersedia apabila ditemuduga.
- Terlibat secara aktif dalam sesi temuduga secara berkumpulan untuk menunjukkan tahap kerjasama dalam kumpulan seseorang.
- Bertutur dengan lancar dan baik.
- Mempunyai pengetahuan yang meluas terutamanya berkenaan dengan isu semasa.
Kelebihan Dapat Scholarship Malaysia 2023
Pelajar yang berjaya mendapatkan tajaan pendidikan merupakan pelajar yang layak mengikut kelayakan yang ditetapkan. Banyak kelebihan yang bakal diterima oleh pelajar yang berjaya menerima biasiswa, antaranya;
- Pengajian pelajar akan ditaja secara penuh tanpa perlu mengeluarkan apa-apa kos untuk pengajian mereka. Secara tidak langsung dapat meringankan beban kewangan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
- Pelajar akan didedahkan dengan peluang latihan praktikal dan mendapat tawaran pekerjaan di bawah institusi yang memberi biasiswa tersebut.
- Pelajar juga akan dibekalkan dengan pelbagai elaun seperti elaun sara diri.
- Tiada bayaran balik perlu dibuat jika menerima biasiswa.
- Pelajar akan didedahkan dengan kursus, seminar dan program yang menarik daripada syarikat atau Badan yang menaja pendidikan pelajar.