Sarapan Percuma 2020 Murid Sekolah Rendah

Sarapan Percuma atau breakfast free Bermula 2020 Untuk Murid dan pelajar Sekolah Rendah

sarapan percuma

Berdasarkan kajian hampir 46 peratus kalangan pelajar sekolah baik pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah tidak ambil sarapan pagi. Ini satu berita yang kurang menyenangkan untuk sistem pendidikan di Malaysia

Ramai yang mengambil remeh perkara ini. Ada yang juga yang kurang berkemampuan untuk menyediakan sarapan yang secukupnya untuk anak masing-masing.

Dengan kekurangan zat yang secukupnya tanpa mengambil sarapan pagi, membuatkan ada pelajar berasa letih dan kurang bertenaga untuk belajar di sepanjang hati. Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) mengambil berat isu ini.

Oleh sebab itu, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan satu program yang cukup baik bagi kami, apa yang dipanggil sebagai Program Sarapan Percuma 2020 (PSP).

Program Sarapan Percuma 2020

Melalui skim sarapan percuma 2020 ini, kami dimaklumkan yang mana ia akan mula diperkenalkan dan dilaksanakan seawal musim persekolahan Januari 2020.

1) Akan melibatkan 2.7 juta pelajar sekolah rendah dan pelajar bantuan kerajaan di Malaysia

2) Murid akan diberikan breakfast percuma dan free yang merangkumi khasiat dan kalori yang cukup bagi membolehkan pelajar memulakan sesi persekolahan dengan bertenaga

3) Tidak kira anda datang dari keluarga golongan b40, anak orang kaya, anak orang Cina, Melayu, India, Dusun dan Kadazan, semuanya layak menerima sarapan ini

4) Tetapi, anda akan diLARANG untuk mengambil breakfast percuma ini JIKALAU anda datang lewat ke sekolah

5) Progranm yang cukup baik ini akan bermula setiap hari persekolahan bermula pada pukul 7 pagi hingga 8.30 pagi untuk sesi pagi, manakal untuk sesi petang makanan percuma ini akan bemrula dari jam 12 tengahari hingga 4 petang

6) Program ini tidak melibatkan pelajar sekolah menengah dan pelajar prasekolah

Cadangan Penambaikan

Terdapat beberapa kebimbangan dengan program breakfast free ini, antaranya ialah :

  1. Ibu bapa harapnya tidaklah makanan tidak berkualiti dan tidak berkhasiat dihidangkan kepada anak-anak mereka atas nama program makanan percuma
  2. KPM perlu selalu turun padang untuk tujuan pemantauan penyediaan makanan melibatkan kontraktor yang telah pun dipilih untuk penyediaan makanan
  3. Jangan sesekali menggunakan satu dua syarikat sahaja untuk menjadi pembekal kepada program ini.

Scroll to Top