Sara Hidup Rakyat 2019 : Bantuan B40 Untuk Gelombang Cabaran Sekarang

Sara Hidup Rakyat 2019 : Bantuan Untuk Gelombang Cabaran Pada Tahun Ini

Pejam celik pejam celik tahun 2018 telah pun rakyat Malaysia. Macam macam cerita, macam-macam cabaran, suka duka yang ditempuh oleh rakyat Malaysia. Penuh dengan warna.

sara hidup

Dan dikatakan ramai tahun 2019 kali ini dikatakan lebih mencabar.

Apa yang ramai rakyat risaukan adalah gelombang kos sara hidup 2019. Adakah mereka mampu menempuhi ataupun ‘terkorban awal’?

Apa langkah kerajaan untuk meringan beban sara hidup rakyat di Malaysia untuk kali ini di bawah pimpinan kerajaan baru Malaysia?

Pakar ekonomi menjangkakan tahun ini tidak banyak beza dengan apa yang anda alami pada tahun 2019. Malah golongan b40 akan yang paling teruk terkesan jikalau tidak dibantu dengan mekanisme yang betul dan segera. Ini diakui sendiri oleh seorang pakar ekonomi DR. MOHD. YUSOF SAARI dari UPM

6 Faktor Kos Sara Hidup Rakyat di Malaysia

1) Harga barang keperluan melambung tinggi saban tahun dan terlalu pantas kenaikannya

2) Majoriti paras gaji kalangan rakyat Malaysia tidak banyak berubah untuk 5 tahun terakhir ini. Kadar kenaikan gaji yang ada pun kadar peratusan masih lagi kecil.

sara hidup rakyat

3) Ekonomi dunia tidak menentu pada ketika ini turut beri impak dan kesan kepada negara umumnya dan rakyat Malaysia amnya.

4) Impak yang cukup besar yang diberikan semasa pelaksanan GST cukup besar terhadap kenaikan kos sara hidup di Malaysia. Kos perkhidmatan dan barangan di Malaysia terus melonjak tinggi dan berterusan sehingga sekarang

5) Fenomena ketidaktentuan nilai ringgit Malaysia, menjadikan kos barang yang kita import untuk dibawa masuk ke Malaysia turut meningkat termasuk kos import makanan.

6) Monopoli di Malaysia masih lagi belum menunjukkan tanda tanda dikurangkan sekaligus membuka pasaran yang lebih kompetitif dalam pelbagai bidang dan industri

Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Isu Sara Hidup di Malaysia

1) Bidang bidang keusahawanan seperti sektor perladangan dan juga IKD akan diberikan tumpuan penuah oleh pihak kerajaan. Ini seklaigus jumlah usahawan dalam bidang ini pada masa hadapan

2) Menyalurkan bsh bantuan sara hidup kepada mereka yang layak.

3) Satu demi satu industri akan dipecahkan monopoli oleh pihak kerajaan supaya memberikan saingan sekaligus dalam beberikan harga yang kompetitif kepada pelanggan dan pengguna

4) Kerajaan dalam usaha memperbanyakan kedai bajet di sekitar kediaman komuniti yang menjual barang kepelruan pada harga patut