UITM Student Portal Login iStudent & Timetable Generator

UITM Student Portal login : Cara Login Masuk Sistem Online Pelajar Universiti teknologi MARA termasuk check jadual, bayar bil yuran uitm, semak result dan istudent dan uitm timetable generator

uitm student portal login

Tahniah kepada adik adik pelajar yang telah diterima masuk ke universiti yang terbesar di Malaysia yang mempunyai jumlah penuntut yang teramai. Malah uitm telah diangkat antara universiti terbaik di Malaysia. Universiti teknologi mara uitm berada sebaris dan duduk sama tinggi dengan universiti awam yang tersohor dan terulang di Malaysia

Tidak kira anda pelajar cawangan kedah, Negeri Sembilan, Melaka, sabah, Sarawak, Perlis, Pulau pinang, Kedah, Perak, Shah Alam Selangor, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan semuanya guna sistem portal yang disediakan universiti ini.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan universiti yang cukup terkenal di Malaysia yang melahirkan berjuta graduan yang berjaya. Dari segi teknologinya juga, UiTM tidak ketinggalan daripada universiti-universiti lain.

UiTM telah menwujudkan web akses pelajar yang dikenali dengan “iStudent Portal” yang berperanan dalam menguruskan maklumat dan aktiviti pelajar di dalam satu platform sistem uitm student portal online.

Uitm Student Portal Login

Setiap pelajar UiTM wajib mempunyai portal pelajar ini bagi memudahkan urusan setiap pelajar. Ia merupakan pusat utama bagi setiap pelajar UiTM untuk mendapatkan maklumat dan informasi berkenaan dengan UiTM.

  • BACA SINI >> Ufuture Uitm: Cara Register dan Login U Future
  • BACA SINI >> Cara log masuk padu gov my

Pelajar baru mestilah membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk menggunakan portal pelajar ini. Berikut merupakan cara cara untuk daftar portal pelajar UiTM ini dengan mudah dan cepat :

1) Anda boleh akses sekarang istudent portal malaysia & login simsweb melalui pautan Portal Rasmi Universiti Teknologi Mara ini, simsweb.uitm.edu.my

cara daftar student istudent portal uitm login

2) Klik pada bahagian “First-Time Login”.

3) Masukkan nombor kad pelajar anda untuk “Student ID” dan password anda

4) Jikalau anda first time student portal uitm login ataupun terlupa kata laluan atau password klik pautan ini (RECOVER PASSWORD). Anda akan menerima email notifikasi seperti di sini

5) Seterusnya, klik pada butang “Send my password to my email now”.

portal uitm

6) Akhir sekali, pelajar hendaklah memeriksa emel yang dihantar dan arahan berkaitan mengaktifan akaun portal pelajar akan dinyatakan di dalam emel tersebut.

Antaranya yang perkhidmatan laman web yang seringkali diakses oleh kalangan pelajar di sepanjang tempoh pengajian ialah :

  • login masuk akaun i-Learn
  • konvokesyen
  • yuran
  • eqps
  • ined
  • icress
  • uitm timetable generator shah alam
  • digital campus
  • daftar subjek
  • bursary info bayaran
  • dan lain-lain lagi selain akses

BACA SINI: Kepada pelajar uitm ini cara kemaskini mysejahtera : Update Status Kesihatan

Cara Aktifkan Student Portal Uitm

Pelajar UiTM yang berjaya membuat pendaftaran ke portal pelajar, mereka perlu mengaktifkan portal pelajar tersebut terlebih dahulu sebelum dapat mengaksesnya pada bila-bila masa.

Berikut merupakan cara-cara untuk mengaktifkan akaun portal pelajar UiTM;

  1. Pelajar perlu membuka emel dan klik pada butang “Pengesahan portal pelajar UiTM”.
  2. Laman log masuk akan dipaparkan kepada pelajar.
  3. Pelajar perlu log masuk dengan menggunakan ID pelajar dan kata laluan sementara dahulu bagi mengaktifkan portal pelajar tersebut.

Lupa Password Email Uitm

Isu berkaitan lupa kata laluan portal pelajar ini sering berlaku dalam kalangan pelajar UiTM.

Oleh itu, setiap kata laluan yang telah didaftarkan mestilah dicatit pada mana-mana nota untuk mengelakkan berlakunya perkara seperti begini.

Walaubagaimanapun, pelajar masih boleh mendapatkan semula kata laluan yang baharu bagi portal pelajar mereka. 

Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan kembali kata laluan yang telah dilupakan;

  1. Layari laman sesawang simsweb uitm
  2. Klik pada bahagian “Forgot your password?”
  3. Masukkan ID pelajar dan alamat emel pelajar yang betul.
  4. Masukkan nombor Captcha seperti yang dinyatakan.
  5. Kemudian, klik pada butang “Send my password to my email now”.
  6. Kata laluan yang baharu akan dihantar kepada pelajar menerusi emel.
  7. Log masuk akaun portal pelajar dengan menggunakan kata laluan yang diberikan melalui emel pelajar.
  8. Klik pada bahagian “Change Password”.
  9. Pelajar mestilah memasukkan ID pelajar, nombor MyKad pelajar dan alamat emel pelajar, seterusnya klik pada butang “Cari” seperti pada Rajah di bawah ini
  10. Pengesahan pertukaran kata laluan mestilah dibuat di alamat emel pelajar dengan klik pada butang “Continue”.
  11. Masukkan kod yang dihantar menerusi alamat emel pelajar dan masukkan kod tersebut pada ruangan yang disediakan.
  12. Klik pada butang “Check Code”.
  13. Seterusnya, masukkan kata laluan yang baharu bagi menggantikan kata laluan yang telah dilupakan.
  14. Klik pada butang “Change Password”.
  15. Akhir sekali, notifikasi berkenaan perubahan kata laluan berjaya diubah dipaparkan menunjukkan kata laluan baharu boleh mula digunakan.
simsweb lupa password email uitm

Cara Daftar Subjek UITM

Setiap kali bermulanya semesta baharu, pendaftaran subjek atau kursus mestilah dibuat bagi mencukupkan jam kredit pelajar bagi semesta tersebut.

Pendaftaran ini hendaklah dibuat di portal rasmi pelajar iaitu iStudent uitm portal.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar subjek atau kursus yang terdapat di UiTM mengikut fakulti pelajar masing-masing;

cara daftar subjek uitm
  1. Layari laman sesawang https://simsweb.uitm.edu.my
  2. Masukkan ID pelajar dan kata laluan yang sah serta klik pada butang “Log Masuk”.
  3. Paparan menu utama laman portal pelajar seperti pada Rajah di atas ini akan dipaparkan.
  4. Klik pada bahagian “e-Academic System”.
  5. Seterusnya, klik pada butang “Course Registration”.
  6. Untuk mendaftar subjek pelajaran, klik pada butang “Register New Courses”.
  7. Pelajar perlu pilih subjek apa yang ingin diambil bagi semesta tersebut sehingga memenuhi jam kredit yang telah ditetapkan.
  8. Setelah senarai subjek yang diambil pada semesta tersebut berjaya ditambah, klik pada butang “Confirm and generate my first bill”.
  9. Akhir sekali, pelajar perlu cetak senarai subjek yang dipilih dan didaftarkan sebagai rujukan.

Jadual Kelas Uitm

Jadual kelas bagi setiap pelajar UiTM sangat penting. Ini kerana pengurusan masa antara belajar dan bersosial mestilah seimbang.

Oleh itu, setiap pelajar mestilah peka terhadap jadual kelas yang ditetapkan oleh pihak UiTM.

Hal ini juga penting untuk mengelakkan berlakunya pertindihan dua (2) kelas dalam satu masa.

Berikut merupakan cara-cara untuk menyemak jadual kelas bagi pelajar UiTM;

jadual uitm generator
  1. Layari laman sesawang https://icress.uitm.edu.my  seperti pada Rajah di atas ini
  2. Masukkan kampus dan fakulti pelajar.
  3. Kemudian, klik pada butang “Display Course Timetable”.
  4. Senarai jadual kelas bagi setiap kursus di bawah fakulti pelajar akan dipaparkan.
  5. Daripada paparan tersebut, pelajar boleh mula menyusun jadual kelas mereka.

Cara Guna Uitm Timetable Generator Online 2023

Penggunaan teknologi digital semakin pesat digunakan dalam kalangan anak muda terutamanya pelajar.

Oleh itu, pihak UiTM mewujudkan satu laman sesawang https://uitmtimetable.skrin.xyz  yang dikenali sebagai UiTM Timetable Generator.

Ianya berfungsi memudahkan para pelajar menyusun jadual kelas mereka dengan lebih efektif.

Berikut merupakan cara-cara untuk menggunakan Timetable Generator bagi pelajar UiTM;

uitm timetable generator online 2023
  1. Layari laman sesawang https://uitmtimetable.skrin.xyz/ seperti pada Rajah di atas ini
  2. Masukkan kampus atau fakulti pelajar.
  3. Pilih subjek dan kumpulan yang didaftarkan oleh pelajar pada semesta tersebut.
  4. Jadual pelajar akan disusun mengikut masa dan hari agar ianya tidak bertindih antara satu sama lain.
  5. Akhir sekali, pelajar boleh klik pada butang “Generate timetable to photo” untuk dijadikan sebagai rujukan.

Check Uitm Student Portal Bill

Setelah pendaftaran kursus berjaya dilakukan, pihak UiTM akan mengeluarkan senarai bil pelajaran bagi semesta tersebut yang perlu dibayar oleh pelajar.

Semakan bil ini boleh dibuat oleh setiap pelajar di portal pelajar iStudent portal uitm secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah;

  1. Layari laman sesawang https://simsweb.uitm.edu.my
  2. Masukkan ID pelajar dan kata laluan yang sah serta klik pada butang “Log Masuk”.
  3. Paparan menu utama laman portal pelajar dipaparkan.
  4. Klik pada bahagian “Student Financial Services”.
  5. Kemudian, klik pada bahagian “Bil Pelajar” seperti pada Rajah di bawah ini
  6. Akhir sekali, senarai bil yang perlu dibayar oleh pelajar UiTM akan dipaparkan.
uitm student portal bill

Cara Buat Bayaran Yuran Uitm

Bayaran bil yuran UiTM boleh dibuat melalui dua (2) cara iaitu melalui mesin ATM Bank Islam dan juga menerusi perbankan internet secara atas talian.

Pelajar hanya perlu memasukkan nombor ID pelajar untuk membuat pembayaran yuran tersebut.

Surat Pengesahan Tamat Belajar Uitm

Surat pengesahan tamat belajar bagi pelajar UiTM boleh dipohon secara atas talian sahaja.

Pelajar tidak perlu untuk ke pejabat UiTM untuk mendapatkan surat ini.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan surat pengesahan tamat belajar;

  1. Layari laman sesawang https://simsweb.uitm.edu.my
  2. Masukkan ID pelajar dan kata laluan yang sah serta klik pada butang “Log Masuk”.
  3. Paparan menu utama laman portal pelajar dipaparkan.
  4. Klik pada bahagian “e-Academic System”.
  5. Kemudian, klik pada bahagian “Student Letter”.
  6. Senarai surat pelajar akan dipaparkan dan klik pada surat pengesahan tamat belajar bagi pelajar UiTM seperti pada Rajah di bawah ini
  7. Seterusnya, klik butang “View Letter”.
  8. Akhir sekali, cetak surat pengesahan tamat belajar tersebut.
surat pengesahan tamat belajar uitm

Cara Dapatkan Kad pelajar UITM

Kad pelajar merupakan kad pengenalan yang menunjukkan seseorang individu itu seorang pelajar bagi universiti tersebut.

Jelaslah, kad pelajar ini sangat penting dan wajib dimiliki oleh setiap pelajar.

  • Bagi pelajar UiTM, kad pelajar ini boleh dibuat di Kaunter Kad UiTM atau kaunter Bendahari UiTM pada waktu pejabat di kampus masing-masing. 
  • Pelajar hanya perlu membawa surat tawaran belajar dan kad pengenalan MyKad bagi tujuan untuk membuat kad pelajar UiTM ini.
  • Bagi pelajar baru, pihak UiTM akan memaklumkan tarikh-tarikh tertentu untuk membuat uitm student card tersebut.

P/S : Diharapkan tutorial ini akan membantu anda daripada masa ke semasa dapat memudahkan anda menggunakan sistem online dan login istudent portal.

PP/S : Kami dimaklumkan yang mana sekarang ini universiti teknologi mara sedang dalam proses mengemaskinikan server mereka supaya portal rasmi mereka boleh diakses dengan mudah dan cepat oleh ratusan ribu pelajar pada satu-satu masa.

PPP/S : Jikalau ada sebarang masalah boleh mesej kami. Sebenarnya banyak penambaikan student portal yang telah dilakukan oleh pihak universiti berbanding semasa portal rasmi Universiti Teknologi Mara mula-mula dilancarkan

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia