Rumawip 2023: Senarai projek Rumah Mampu Milik KL

Jika anda tinggal di sekitar kota metropolitan Kuala Lumpur & Putrajaya, boleh cuba hantar permohonan rumah mampu milik rumawip KL Putrajaya Labuan 2023 atau juga dikenali dengan Rumah Residensi Wilayah Prihatin

senarai projek rumawip 2023 dbkl

Kerajaan sedar isu rumah mampu milik semakin kritikal. Sesuatu perlu dilakukan dengan segera. Masakan tidak dengan lonjakan dan kebanjiran yang terus berduyun-duyun berhijrah ke ibu negara Kuala Lumpur hari ini. Oleh itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL melancarkan skim Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur, rumah wip Putrajaya dan juga Labuan. Anda juga boleh cuba untuk mohon program bilik sewa kl yang ditawarkan pada kadar yang rendah!

BACA SINI: Semakan bantuan bkc 2023, Status Tarikh Bayaran September Online

Ia bagi membantu kalangan rakyat Malaysia terutamanya di kawasan bandar Kuala Lumpur dan Putrajaya beli rumah pertama pada harga mampu milik. (Ini pula cara memohon skim rumah pertamaku)

Walaupun dengan keluasan tanah yang terhad di kawasan bandar, hasil kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL dengan pihak pemaju swasta beberapa projek pembangunan kondominium dan apartmen serta rumah teres telah dibangunkan untuk ditawarkan kepada anda semua yang berminat.

Permohonan Rumawip KL 2023

Jikalau anda berminat rumah untuk dijual kuala lumpur yang murah dan mampu milik boleh melihat butiran dan pautan yang dikongsikan pada jadual di bawah ini :

  • BACA SINI >> Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Kos Buat rumah Ikut Bajet & Pelan Pembinaan
PERKARABUTIRANNYA
Daftar Permohonan Rumawip KLhttps://residensiwilayah.kwp.gov.my

permohonan projek residensi wilayah prihatin

Nota : Untuk makluman anda, di bawah kerajaan Malaysia sekarang nama program rumawip dbkl ini telah ditukar kepada Residensi Wilayah

Anda boleh juga tengok pilihan menarik contoh rumah mesra rakyat yang ditawarkan untuk program rumah spnb termasuk di KL Kuala Lumpur (Syarikat Perumahan Negara Berhad). Dapatkan borang spnb sekarang.

Senarai Projek Rumawip 2023

Ada banyak senarai projek rumah mampu milik KL rumah untuk dijual kuala lumpur di bawah skim rumawip yang dilancarkan pada ketika ini.

Contohnya ada di Wangsa Maju, Bukit Bintang, Cheras, Bukit Jatil Seputeh, Setiawangsa, Batu, Bandar Tun Razak, KLCC, rumawip Kepong, Lembah Pantai, Segambut, Mont Kiara dan banyak lagi yang boleh anda semak dan check senarai lengkap seperti di bawah ini

Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur

  1. Berumur 21 tahun ke atas
  2. Warganegara Malaysia
  3. Pendapatan isi rumah untuk bujang tidak lebih 10 ribu sebulan manakala yang sudah bekeluarga (suami dan isteri) tidak memiliki pendapatan isi rumah RM15 ribu sebulan
  4. Tiada rumah pertama lagi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Putrajaya dan Labuan
  5. Tidak boleh jual unit rumahwip ini dalam tempoh 10 tahun pertama. Walaubagaimanapun dibenarkan jual kepada isteri atau suami atau kepada anak-anak sahaja
  6. Unit yang dimiliki kelak tidak dibenarkan untuk anda sewa kepada yang lain
  7. Satu ketua keluarga hanya berhak terima satu unit sahaja
  8. Tidak pernah muflis dan bankrap

Dokumen Penting Mohon Rumah Mampu Milik KL

Jika anda benar-benar berminat untuk hantar permohonan, sila pastikan sediakan dokumen yang diperlukan secukupnya. Jangan ada yang tertinggal. Senarainya ada dikongsikan di gambar bawah ini

Pastikan juga maklumat dan info yang diberikan adalah yang tepat dan terkini

rumah mampu milik kuala lumpur kl putrajaya 2023

Rumah Residensi Prihatin

Baru sahaja dilancarkan. Kepada yang sedang cari rumah mampu milik putrajaya, boleh mohon projek perumahan rumah residensi prihatin putrajaya ini. Sekitar RM200,000 sahaja. Berbaloi-baloi!

PERKARABUTIRANNYA
Permohonan Rumah Residensi Prihatin secara onlinehttps://residensiprihatin.kwp.gov.my/
Residensi Prihatin Putrajaya Presint 19https://residensiprihatin.kwp.gov.my/projek
SUMBER portal rasmi residensiprihatin kwp gov my

Soalan Lazim & FAQ

1. Bolehkah saya tinggal di negeri Selangor atau Negeri Sembilan mohon projek ini?

Maaf. Tidak boleh

2. Apakah jenis rumah yang ditawar di bawah program rumawip KL Putrajaya Labuan ini?

Apartment yang ada 3 bilik tidur, 2 bilik air, ada dapur, ada juga ruang tamu yang luas serta ruang makan. Dan tidak lupa juga ada ruang yard untuk anda sidai baju.

3. Saya masih bujang, adalah saya layak mohon rumah dbkl?

Boleh. Dipersilakan

4. Saya baru sahaja pencen dan bergelar pesara kerajaan, bolehkah saya mohon rumah mampu milik wilayah persekutuan?

Boleh

5. Sekarang saya bekerja dan tinggal di KL, tetapi sudahpun ada rumah sendiri di negeri Melaka, bolehkah saya mohon?

Boleh. Ini kerana syarat utama kepada pemohon speerti anda, BELUM LAGI MEMILIKI mana-mana unit projek rumahwip

6. Saya sudah lulus unit rumah mampu milik KL ini, boleh syorkan saya pinjaman perumahan yang berbaloi utnuk saya mohon?

ADA. ada 3 pilihan untuk anda, boleh semak pautan artikel ini
(i) Tawaran Skim Rumah Pertamaku untuk anda yang mahu beli rumah pertama anda
(ii) Mohon Pinjaman Tanpa Slip Gaji
(iii) Skim Myhome BSN ditawarkan kepada anda yang mahu mohon pinjaman untuk beli rumah pertama

7. Bagaimana cara untuk melakukan semakan keputusan rumawip kl?

Boleh terus buat semakan di portal Residensi Wilayah

P/S: Jika ada rakan-rakan rapat dan ahli keluarga anda yang terdekat ada tinggal di sekitar bandar Kuala Lumpur dan juga Putrajaya yang ada keinginan dan sedang mencari-cari rumah mampu milik Kuala Lumpur dan Putrajaya, boleh SHARE pengumuman residensi wilayah prihatin & rumawip KL ini di Facebook dan Whatapps mereka. Dipersilakan….

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia