Rumah PPA1M : 8 Perkara Penting Projek Untuk Penjawat Awam

8 Perkara Penting Tentang Rumah PPA1M

ppa1m

Jikalau rumah mesra rakyat untuk golongan berpendapatan yang ada tanah sendiri.

Manakala rumah prima untuk golongan pertengahan yang ingin memiliki rumah mampu milik.

Rumah Selangorku untuk rakyat Selangor yang nak ada rumah sendiri pada harga yang berpatutan.

Nah, untuk penjawat awam dan kakitangan kerajaan pula ada tawaran rumah mampu milik untuk anda iaitu projek Perumahan Penjawat Awam atau dikenali dengan rumah ppa1m.

Ini kerana walupun kakitangan kerajaan dan penjawat awam boleh dikatakan mendapatkan gaji dan pendapatan yang stabil, kerja terjamin, pinjaman perumahan yang lebih mudah berbanding kumpulan lain, tetapi masih ramai penjawat awam yang belum memiliki rumah mereka sendiri.

Nah, itu sebablah lahirnya projek rumah ppa1m ini. Manakala ini pula pautan untuk permohonan rumah mesra rakyat di Malaysia.

Apa Perlu Anda Tahu Tentang Projek Rumah PPA1M ini :

1. Tawaran harga, Sesuai atau tidak dengan kemampuan anda? Berdasarkan semakan kami, tawaran harga yang ada adalah di antara RM90,000 sehingga RM300 ribu

2. Luas atau tidak rumah tersebut? Ia akan berkeluasan antara 850 kaki persegi sehinggalah ke 1500 persegi

3. Jikalau anda merupakan penjawat awam dan kakitangan kerajaan, bagaimana cara untuk hantar mohon :

ppa1m

4. Jikalau anda pertama kali cuba untuk mohon, pastikan anda telah daftar dan register terlebih dahulu untuk akses atau login selepas itu.

5. Keutamaan diberikan yang tiada rumah lagi dan ini permohonan rumah pertama. Yang lain-lain jangan cuba-cuba untuk mohon, berikan peluang kepada yang lebih layak.

6. Jikalau sudah berjaya lulus dan semakan permohonan rumah ppa1m, janganlah sesekali jual rumah ini dalam tempoh 10 tahun. Ini adalah salah satu syarat yang perlu anda patuhi. Kecuali anda mahu jual kepada pasangan atau anak

7. Dalam pada masa yang sama, anda boleh cuba untuk mohon bantuan deposit rumah pertama mana tahu dapat. Ia bantuan khas dari kerajaan

8. Kepada yang gaji pendapatan tinggi aka pegawai tinggi kerajaan (gaji lebih RM10 ribu) tidak usahlah mohon.

P/S : Semoga dengan projek perumahan penjawat awam 1malaysia membantu kakitangan kerajaan tidak kira berpendapatan rendah atau berpendapatan tinggi untuk tinggal di rumah mampu milik sendiri