≡ BACK

Berita : 100 Ribu Rumah Mampu Milik Johor Untuk Anda

Berita : 100 Ribu Rumah Mampu Milik Johor Untuk Anda

Selepas menang, pasti ramai yang tertanya-tanya apa status projek rumah mampu milik Johor sepertimana yang diusahakan oleh kerajaan Barisan nasional. Adakah masih diteruskan atau tidak?

rumah mampu milik johor

Bagi kami projek yang dijalankan sebelum ini agak baik. Tidak patut dihentikan atas nama pendirian politik yang berbeza.

Walaubagaimanapun, berdasarkan berita terkini pengumuman kerajaan baru Johor ini program rumah mampu milik Johor RMMJ ini akan tetap diteruskan kerana idea dan pelaksanaan baik yang mana rakyat Johor mendapat manfaat daripadanya. Anda boleh mohon menggunakan sistem online, erumah johor

Berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan sejumlah 100 ribu unit rumah RMMJ akan disiapkan oleh kerajaan dalam tempoh 5 tahun daripada sekarang.

Ini bermakna 100 ribu ini akan disiapkan dalam menjelang Pilihanraya Umum yang akan datang kelak seperti mana yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan negeri Johor sebelum ini.

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor

1) Kepada yang berminat boleh hantarkan permohonan anda melalui pautan yang telah kami kongsikan seperti di atas

2) Pastikan anda melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Jangan mengambil hak orang lain. Bagilah kepada yang lebih memerlukannya.

P/S : Jikalau sebelum ini, hanya ada 19 ribu unit rumah mampu milik Johor tetapi selepas ini penambahan 100 ribu lagi unit bermakna lebih ramai rakyat negeri Johor yang akan dapat mendiami unit rumah yang disediakan kerajaan negeri Johor. Tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri Johor

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

eRumah Johor : Sistem Perumahan Mampu Milik Johor dan Sewa Rakyat Sistem online eRumah Johor Permohonan Perumahan Mampu Milik di Johor RMMJ dan skim Sewa rakyat Sekarang ini semuanya dihujung cari anda. Dipermudahka…
Rumah Mampu Milik di Malaysia : Senarai Tawaran Projek Perumahan Senarai Projek Perumahan Rumah Mampu Milik di Malaysia Di kalangan rakyat Malaysia, isu pemilikan memang merupakan satu isu yang sensitif.Walaupu…
Permohonan Rumah Mesra Rakyat : Semakan Borang Untuk Rumah SPNB Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB Untuk makluman anda program Rumah Mesra Rakyat ini ditawarkan di seluruh negeri di Malaysia. Termasuk di Jo…