Rukun Negara Malaysia: Bilakah Pengisytiharan Rasmi & Prinsip

Sejarah Info Bilakah Pengisytiharan Rasmi Rukun Negara Malaysia & Prinsip

rukun negara malaysia

Jika di sekolah dahulu setiap pelajar wajib melafaz ikrar janji kepada Tuhan, negara, raja dan juga undang-undang negara.

BACA SINI: Cuti hari malaysia 2022: sejarah pembentukan 16 september 1963

Ia berdasarkan 5 prinsip yang telah ditetapkan sejak peristiwa berdarah berlaku di negara kita dahulu.

Mungkin ada yang melafaz sahaja tanpa mengetahui info penting, sejarah, maksud 5 prinsip yang telah pun digariskan termasuk tarikh rukun negara diisytiharkan dan diperkenalkan pada ____ kepada seluruh rakyat Malaysia dahulu. Di bawah ini ada info menarik untuk dikongsikan kepada anda semua.

Bilakah Pengisytiharan Rasmi Rukun Negara

Rukun Negara yang terdiri daripada lima (5) prinsip iaitu kepercayaan pada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan menjadi teras kepada melahirkan keharmonian dan perpaduan negara. 

Tarikh pengisytiharan rukun negara secara rasmi pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV disebabkan oleh peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Tujuan mengisytiharaan adalah untuk memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum dan menjamin ketenteraman negara daripada penjajahan luar.

Apa Maksud & Kepentingan Rukun Negara

Ia yang berteraskan lima (5) prinsip menjadi asas kepada pembangunan negara yang berprinsip, Malaysia. Di bawah ini kami senarai 5 prinsip rukun negara malaysia.

Prinsip yang pertama adalah kepercayaan kepada Tuhan. Apa maksud kepercayaan kepada tuhan

  • Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu, namun kepelbagaian kaum telah mewujudkan pelbagai agama dan kepercayaan yang berbeza.
  • Negara kita tetap ditubuhkan atas kepercayaan kepada Tuhan bahawa Tuhan berkuasa keatas alam semesta ini walaupun setiap orang mempunyai kepercayaan yang berbeza.
  • Dengan mempunyai rasa kepercayaan yang tinggi dan betul terhadap Tuhan, keharmonian dan kemajuan negara dapat dicapai dengan baik. 

Seterusnya, prinsip yang kedua adalah kesetiaan kepada Raja dan Negara, dimana negara kita, Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

  • Setiap rakyat mestilah patuh kepada undang-undang yang telah digariskan dan ditetapkan oleh Perlembagaan. Rakyat juga perlu taat pada segala perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 

Kemudian, prinsip yang ketiga adalah keluhuran Perlembagaan. Apa maksud maksud keluhuran perlembagaan

  • Perlembagaan Persekutuan merupakan satu undang-undang bertulis yang tertinggi yang wajar dipatuhi oleh setiap warganegara.
  • Perlembagaan menjadi rujukan dari segala aspek kehidupan melibatkan sistem pemerintahan, hak-hak dan keistimewaan, perundangan dan sosioekonomi rakyat.
  • Apabila timbul apa-apa isu yang melibatkan negara dan hak-hak rakyat, Perlembagaan menjadi rujukan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
  • Antara contoh fasal yang termaktub di dalam Perlembagaan ialah agama Islam menjadi agama rasmi di Malaysia dan Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan negara.

Selain itu, prinsip yang keempat adalah kedaulatan undang-undang. Apa maksud kedaulatan undang-undang

  • Kedaulatan undang-undang hendaklah dipertahankan oleh setiap rakyat.
  • Undang-undang sangat penting bagi melahirkan rakyat yang berdisiplin dan mempunyai wawasan serta hala tuju.
  • Tanpa undang-undang, negara kita mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah sosial yang teruk dan kekacauan daripada ancaman luar.
  • Oleh itu, setiap rakyat wajib mematuhi undang-undang demi menjaga kehidupan yang harmoni.

Akhir sekali, prinsip yang kelima merupakan prinsip terakhir adalah kesopanan dan kesusilaan.

  • Kesopanan dan kesusilaan ini bermaksud setiap orang mestilah mempunyai nilai dan personality yang baik.
  • Tujuannya adalah untuk membentuk individu yang mempunyai ciri-ciri sopan santun dan bersusila apabila menjalinkan hubungan dengan masyarakat.

Ini secara tidak langsung mencerminkan keperibadian sesebuah negara. Oleh itu, prinsip ini perlulah sentiasa dipelihara untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri.

SUMBER: https://www.malaysia.gov.my

Lima Bilah Keris Yang Terdapat Pada Jata Negara Melambangkan

Jata negara seperti pada gambar Rajah 4.0 merupakan satu lambang yang membawa maksud nilai dan ciri sesebuah negara.

Lima bilah keris yang terdapat dalam jata negara melambangkan maksud lambang kepada lima (5) negeri ronde iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Kelima-lima negeri ini dikenali sebagai Negeri negeri Melayu Tidak Bersekutu terdahulu yang berterusan sehingga Perang Dunia Kedua.

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ini diletakkan dibawah pengaruh Siam, dimana kelima-lima negeri ini bersifat longgar dan tidak ditadbir oleh satu unit pentadbiran yang tunggal.

Setiap daripada lima negeri ini dikawal oleh seorang Gabenor Negeri Selat.

Kedudukan kelima-lima buah negeri ini sebagai Negeri Melayu yang mempunyai system pemerintahan beraja yang bersifat autonomi.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia