RPGT 2023: Cukai Keuntungan Harta Tanah CKHT Bajet

Cara Dapat Pelepasan dan pengecualian Cukai RPGT 2023 secara percuma atau cukai keuntungan harta tanah di Malaysia melalui Borang CKHT 1A lhdn bila jual rumah pertama anda, boleh claim sekali seumur hidup dan butiran bajet belanjawan 2023

cukai keuntungan harta tanah ckht rpgt 2023

Dahulu kita boleh lihat sendiri trend pembelian rumah di Malaysia menggila, terutamanya dikalangan spekulator. Mana tidaknya, apabila jual rumah sahaja mereka akan dapat keuntungan 100 peratus.

Kadang-kadang mereka beli tiada deposit rumah, modal permulaan amat kecil, tetapi apabila jual dapat keutnungan berlipat kali ganda. Kerajaan tidak dapat apa-apa, pasaran hartanah semakin melonjak tinggi.

Kesannya dirasai oleh golongan marhaen yang terus tercari-cari harga rumah murah di Malaysia. Kemudian kerajaan melihatkan ‘loophole’ ini. Sebelum menjadi semakin barah, kerajaan akhirnya memperkenalkan real property gain tax malaysia atau cukai keuntungan harta tanah (CKHT). (Jangan lupa buat semakan cukai tanah dan bayar secara online

Cukai rpgt ini membawa maksud jikalau jumlah keuntungan yang dinikmati oleh pemilik rumah antara harga semasa beli dan harga semasa jual semula, sebahagian peratusan yang telah ditetapkan oleh dibayar kepada kerajaan.

Cara Kira Rpgt 2023 LHDN Malaysia

Untuk contoh pengiraan cukai rpgt untuk keuntungan jual rumah, anda boleh semak contoh di bawah ini. Lebih lengkap contoh pengiraannya

BACA SINI: Mohon skim rumah mampu milik kerajaan 2023

  • Harga beli rumah (S&P) : RM180,000
  • Harga jual rumah (S&P) pada tahun ke 4 : RM400,000
  • Jumlah keuntungan harga tanah 2023 : RM220,000
  • Kadar cukai yang dikenakan pada tahun ke 5 : 15 peratus

Daripada jumlah keuntungan tadi, tolakkan lagi dnegan perbelanjaan anda semasa memiliki rumah tersebut. Pastikan semua jumlah di bawah ini ada bukti resit pembayaran. Contohnya:

  • kos renovate rumah : RM30,000
  • kos menggunakan yuran guaman, duti setem rumah, perunding hartanah termasuk 3 peratus caj bayaran agen masukkan sekali : RM5,000

RM220,000 – RM35,000 : RM185,000. Daripada jumlah ini, jikalau rumah itu atas nama individu anda dapat tolak lagi pelepasan individu sebanyak 10 peratus @ RM10 ribu (mana yang lebih tinggi).

  • RM185,000 – (10% x RM185,000) = RM166,500

Daripada jumlah RM166,500 inilah anda darab dengan kadar cukai rpgt yang dikenakan terhadap keuntungan penjualan rumah yang anda perolehi iaitu sebanyak 15 peratus. Jadi RM24,975 perlu dibayar kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Manakala bakinya RM141,525 menjadi milik anda. Jelas contoh pengiraan keuntungan jual rumah yang kami kongsikan di atas ini

Kadar Cukai Jual Rumah RPGT Dalam Bajet 2023

cukai jual rumah

Semak kadar jual rumah atau tanah anda oleh lhdn untuk individu, perkongsian, harta pusaka (warganegara malaysia) berdasar berita terkini pengumuman bajet belanjawan 2023,

TAHUN PERATUS CUKAI
Tahun 1 30 peratus
Tahun 2 30 peratus
Tahun 3 30 peratus
Tahun 4 20 peratus
Tahun 5 15 peratus
Tahun 6 & Seterusnya TIADA CUKAI DIKENAKAN

BACA SINI: Pembahagian Harta Faraid jika suami atau isteri anda meninggal dunia

Tips Pengecualian Pelepasan Cukai CKHT

Mudah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk dapatkan perintah pengecualian cukai keuntungan harta tanah ckht sekali seumur hidup :

  1. Kepada peguam yang anda lantik, maklumkan kepadanya yang anda mahu menggunakan satu keistimewaan ini yang dinamakan pelepasan cukai rpgt Malaysia.
  2. Pengecualian dan Pelepasan cukai ckht jual rumah pertama ini hanya sah untuk digunakan sekali sahaja seumur hidup
  3. Jikalau anda telah menggunakan pelepasan ini pada penjualan rumah pertama, penjualan rumah kedua dan seterusnya tidak layak untuk mendapat pelepasan cukai rpgt malaysia lagi
  4. Pelepasan ini bermaksud, tiada sebagai caj dan cukai yang akan diambil daripada jumlah keunungan penjualan rumah yang anda perolehi untuk dibayar kepada kerajaan. Tidak perlu.

NOTA: Selain itu, Pengecualian ckht (cukai jualan tanah / rumah / hartanah) jika untuk pemberian tanpa balasan (kasih sayang), pindah kepada waris, pindah antara suami isteri, hadiah kepada kerajaan

Di bawah ini adalah video pengumuman rpgt exemption 2023 lhdn melalui Bajet Belanjawan

Semua garis panduan ini adalah tertaluk di bawah akta cukai keuntungan harta tanah 2023 di Malaysia yang boleh anda perolehi dalam bentuk PDF

Kepada anda yang nak baca tentang intipati pua 218 lhdn berkaitan, boleh RUJUK SINI

Download & Isi Borang CKHT 1A LHDN 2023

PERKARALINK PAUTAN
Download Form ckht1a & Isi Borang CKHT 1Ahttp://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfborang/CKHT_1A_1.pdf
Form & Borang CKHT 3https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfborang/CKHT_3_1.pdf
Borang ckht 502 formhttps://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfborang/CKHT502_Pin1_2021.pdf
Borang ckht 2Ahttps://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfborang/CKHT_2A_Pin1_2021.pdf

Cara isi borang ckht 1a boleh rujuk panduan mengisi mengikut format PDF di sini, https://phl.hasil.gov.my

Share keistimewaan pengecualian cukai jual rumah pertama rpgt kali ini dengan kawan-kawan dan ahli keluarga anda.

Tidak ramai yang tahu keistimewaan pengecualian cukai keuntungan harta tanah sekali seumur hidup yang dikongsikan di atas

Sumber: http://hasil.gov.my

Untuk tahu lebih lanjut mengenai cukai keuntungan harta tanah ckht / rpgt 2023 dengan lebih lanjut dan terperinci boleh tonton video penerangan dan penjelasan oleh pegawai lhdn seperti di bawah ini

FAQ Cukai Keuntungan Harta Tanah

1) Benarkah saya layak untuk dapat pengecualian cukai jual rumah?

Boleh. Butirannya di atas ini

2) Apakah itu akta 833 akta kewangan 2023

Ia merupakan pindaan Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan 2018 melalui RUU bagi melaksanakan Bajet 2023

3) Adakah ada pindaan rpgt budget 2023

Ya ADA

4) Benarkah jual rumah kena cukai

Ya. Jika melepasi syarat ketetapkan oleh kerajaan

Semoga dengan perkongsian memudahkan anda untuk pengurusan cukai rpgt 2023 sepertimana diumum dalam Bajet 2023 ckht.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia