≡ BACK

12 Tadika terbaik di Malaysia : Mana Satu Prasekolah Pilihan Ibu Bapa

Ranking Tadika terbaik di Malaysia. Review Tadika Pilihan ibu bapa

Budak budak sekarang tak macam dulu. Ada yang baru masuk 6 tahun, mak ayah baru hantar nak masing-masing ke tadika. Sekarang?

tadika terbaik

Tidak boleh. Masing-masing ibu bapa tidak mahu ketinggalan untuk hantar pendidikan awal parasekolah yang terbaik untuk anak anak mereka yang berumur 5 dan 6 tahun selepas hantar sebelum ini ke taska sehingga umur anak 4 tahun. Duit kata mereka bukan persoalan utama.

Di tambah pula sekarang ini begitu banyak tadika terbaik di Malaysia yang boleh anda pilih berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing dan juga lokasi yang berdekatan dengan tempat tinggal atau tempat kerja anda setiap hari.

Macam-macam jenama tadika terbaik di Malaysia yang menawarkan pendidikan prasekolah. Pilih sahaja.

Berdasarkan kajian Mypt3, kami telah membuat pemilihan dan tapisan di seluruh negeri meliputi negeri Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Johor, melaka, negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah atau Perak untuk senarai ranking tadika terbaik di Malaysia.

Tadika terbaik mana yang menjadi pilihan mypt3.com. Boleh sambung baca dan semak senarai di bawah ini :

12 Ranking Tadika Terbaik di Malaysia

RankingNama TadikaButiran Yuran
1Tadika KemasKLIK SIN
2Little CaliphAkan dikemaskini
3Smart Readers KidsKLIK SINI
4Q-DeesAkan dikemaskini
5Tadika REAL KIDSAkan dikemaskini
6Genius AuladKLIK SINI
7Brainy BunchAkan dikemaskini
8Kinder KaizenAkan dikemaskini
9Krista KindergartenAkan dikemaskini
10Tadika CICAkan dikemaskini
11Tadika PASTIAkan dikemaskini
12Tadika PerpaduanAkan dikemaskini

 

Ya. Jangan terkejut walaupun dihimpit dengan banyak tadika terbaik di malaysia, Tabika Kemas tetap berjaya menggunguli ranking yang teratas ranking prasekolah terbaik di Malaysia.

Jangan tidak tahu, Tadika Kemas pernah merangkul Anugerah Asia Most Trusted Brand sebagai jenama prasekolah terbaik di Malaysia. Kelassss ya!!!

tadika terbaik di malaysia

Masakan tidak peruntukkan daripada kerajaan pun beratus juta dan juga sejarah yang panjang sepanjang penubuhannya,

Tetapi disebabkan syarat kemasukan Tadika Kemas sangat ketat mengutamakan kalangan keluarga yang berpendapatan rendah, jadi tadika terbaik lain yang jadi keutamaan ibu bapa selain faktor keselesaaan di ambil kira

Terkini, Little Caliph berjaya merangkul anugerah Asia Most Trusted Brand tahun 2018. Tahniah!!!

5 Punca Utama Yuran Tadika Swasta Makin Mahal

tadika pilihan ibu bapa

1) Peningkatan gaji minimum di Malaysia

2) Sosio kekeluargaan yang telah banyak berubah. Majoriti ibu bapa hari ini bekerjaya. Menyebabkan permintaan taska, tadika prasekolah di Malaysia semakin meningkat. Adakalanya permintaan melebihi penawaran penyebabkan yuran tadika yang dikenakan melonjak tinggi

3) Tahap keperihatian ibu bapa hari ini terhadap pendidikan awal kanak kanak semakin meningkat. Mereka mahu yang terbaik

4) Kos sewa kedai dan sewa rumah semakin meningkat tinggi

5) Kalangan guru yang mengajar adalah yang berkualiti dan berpendidikan

Tips Pilih Tadika Terbaik Untuk Diri Anda

Paling penting jangan ikut ikut orang. Setiap orang berbeza-beza daripada jumlah anak, kewangan, lokaliti. Semua itu perlu diambil kira.

review tadika

  1. Cari yang berhampiran dengan tempat kerja anda. Senang jikalau ada emergency atau kecemasan anda boleh segera bergegas ke sana. Senang juga hantar dan balik.
  2. Tahap kebersihan dan keselamatan tempat praskeolah tersebut perlu diambil berat. Sebab anak anda akan ke sana setiap hari bekerja sepanjang tahun.
  3. Kaedah dan modul pembelajaran adalah sesuai dengan “keperluan semasa” anak anda?
  4. Anda mampu atau tidak untuk bayar degan kadar yang dikenakan? Ukur baju dibadan sendiri. Jikalau mampu apa salahnya.

P/S : Kalangan pembaca bertanya kepada kami, bagaimana pula dengan mana satu tadika terbaik Setiawangsa, Pasir gudang, Kuantan, Kota bharu, Shah alam, Alor setar, Kota baharu, Shah alam, Johor bahru kami akan kami kemaskinikan senarai tersebut pada laporan yang akan datang.

PP/S : Bantu ahli keluarga dan kenalan anda yang mana sedang tercari cari review tadika terbaik untuk anda mereka dengan SHARE artikel di Whatapps dan Facebook mereka.

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Penyakit HFMD : Berhati Hati Dengan Tanda Tanda Virus Pada Anak Penyakit HFMD : Tanda Tanda HFMD Pada Anak. Apa Punca sehingga kena Penyakit tangan, kaki dan mulut Berhati hati ibu bapa di Malaysia kepada virus Co…
Prasekolah : Langkah Untuk Pendaftaran Anak Masuk Tahun 2019 Langkah Pendaftaran Prasekolah Untuk Anak Masuk Tahun 2019. Semakan Prasekolah secara prasekolah online Setiap tahun beratus ribu kalangan ibu bapa a…