Resepi Rendang Ayam Sedap dan Simple

Resepi ayam masak rendang sedap dan Simple

resepi masakan rendang ayam sedap

Semua orang suka makan rendang ayam. Makan pula dengan nasi putih panas-panas. Terbaik

CUBA JUGA: Resepi kari ayam sedap yang bau harum satu rumah

Itu sebablah ramai yang mencari resipi terbaik untuk ayam masak rendang yang mudah tetapi masih sedap

Nah, di sini kami kongsikan resepi turun temurun orang lama kepada anda. Cubalah!

Cara Masak Rendang Ayam Yang Sedap

Boleh ikut panduan dan langkah siap bergambar, copy sahaja. Confirm jadi dan sedap

LANGKAH 1

resepi menu rendang ayam cukup sedap
  • Mula mula sekali blend sekali bahan bahan seperti bawang putih, cili padi, halia, lengkuas, kunit dan juga serai
  • Tidak lupa juga, cuci ayam siap-siap sehingga bersih
  • Kemudian, panaskan minyak.
  • Dah siap blend, boleh terus masuk bahan-bahan yang telah dikisar tadi itu di dalam kuali
  • Tumis bahan bahan tersebut selama beberapa minit.

Langkah 2

  • Masukkan pula cili boh (sukatan agak agak sahaja). Kalau terlampau banyak takut pedas sangat pula.
  • Ini kerana dalam kuali tersebut sudah ada cili padi dikisar dan sedang ditumis.

LANGKAH 3

  • Anda kacau sehingga sebati. Ia akan kelihatan seperti pada gambar di atas

LANGKAH 4

  • Barulah anda masukkan pula ayam yang sudah pun dicuci awal tadi.

LANGKAH 5

  • Ayam digaul rata bersama-sama suami bahan dalam kuali

LANGKAH 6

  • Masukkan garam secukup rasa

LANGKAH 7

  • Selepas itu, masukkan pula santan kotak segera ataupun santan kelapa. Mana-mana pun boleh.

LANGKAH 8

  • Gunakan 1 kotak kecik kara lepastu tambah air dalam kotak itu penuh dan setengah. 1 per setengah kotak air masak.

LANGKAH 9

  • Akhirnya ia akan jadi begini rupa

LANGKAH 10

  • Untuk mengelakkan rendang ayam anda menjadi hangus, anda hendaklah dikacau-kacau

LANGKAH 11

  • Apabila rendam ayam dah nak nampak kering, anda boleh masukkan pula gula melaka pula
  • Kalau tiada gula melaka boleh gantikan dengan gula putih sahaja.

LANGKAH 12

  • Masukkan pula 1 hingga 2 sudu kerisik

LANGKAH 13

  • Nampaknya kerisik dan gula melaka sudah kelihatan sebati

LANGKAH 14

Sumber: Nurul Jannah
  • Daun kunyit yang telah dihiris halus dan daun limau purut boleh dimasukkan bersama

LANGKAH 15

  • Daun kunyit dan Daun limau dimasakan sehingga ia kelihatan layu
  • Kemudian, boleh tutup api selepas itu

LANGKAH 16

resepi menu rendang ayam yang sedap

Tadaa…Akhirnya sudah siap untuk dijamah. Nampak sedap bukan?

Makan dengan nasi putih panas-panas, sedap betul.

Jangan tidak tahu, ramai yang sudah cuba resepi rendang ayam simple tapi sedap. Hasilnya, ini salah seorang yang sudah mencubanya.

Senarai Bahan Resepi Ayam Masak Rendang

  • Seekor ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang
  • Daun limau purut
  • 1 atau 2 sudu Kerisik
  • Gula Melaka
  • 1 kota santan 200ml
  • Santan kelapa
  • Cili boh (ikut tahap pedas yang dimahukan)
  • 4 hingga 5 batang serai
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 setengah inci lengkuas
  • 1 inci halia

Soalan Lazim Resepi Rendang Ayam

1. Tak perlu letak apa-apa asam ye? Contohnya asam keping?

Tak pakai asam keping. Tapi ada setengah orang pakai asam keping. Anda boleh cuba, tiada masalah

Boleh SHARE dan KONGSIKAN resepi ayam rendang sedap ini di FACEBOOK & WHATAPPS isteri anda atau family terdekat anda. Selamat mencuba ya!