Resepi Kari Ayam Sedap dan Simple

Resepi Kari Ayam Sedap dan ayam masak kari Simple

resepi kari ayam

Rasa ayam kari yang sedap mestilah pekat, tidak muak untuk dimakan dan yang paling pentingnya rasa sedap.

Tapi tidak mengapa anda boleh tiru sahaja resipi kari ayam yang sudah terbukti sedap. Anda follow sahaja langkah demi langkah seperti yang dikongsikan.

CUBA JUGA: Resepi rendang ayam sedap ala Chef. PADU!!

Anda boleh ikut sahaja panduan mudah yang dikongsikan di bawah. Confirm, bau harum dengan bau kari ayam satu rumah anda dengan resepi ini.

Cara Masak Kari Ayam Yang Sedap

Yang bagusnya resepi untuk satu ekor ayam boleh anda makan kari ayam bersama dengan roti jala, pulut kuning ataupun ketupat, sedap sangat.

LANGKAH 1

resepi untuk menu kari ayam yang sedap
  • Sudah pastinya mula-mula sekali tuang minyak di kuali.
  • Panaskan minyak
  • Masukkan 4 sekawan. Bagi yang tidak tahu apa itu 4 sekawan, ia adalah campuran cengkih dan buah pelaga
  • Masukkan juga bawang merah, bawang putih dan halia yang telah pun dipotong dan dihiris

LANGKAH 2

resepi untuk kari ayam yang sangat simple
  • Kemudian tumis semua bahan yang dimasukkan tadi sehingga baunya naik.
  • Selepas itu, masukkan pula daun kari

LANGKAH 3

resepi ayam masak kari ayam power
Sumber: Nurul Jannah
  • Letakkan pula rempah kari, tidak kisah rempah kari daging atau ayam dan juga serbuk cili
  • Saya menggunakan rempah kari ayam jenama ADABI
  • Manakala jenama BABAS untuk serbuk cili
  • Cili dimasukkan sedikit sahaja. Tidak perlu banyak
  • Tambah sedikit air dan gaulkan sehingga rata
  • Serbuk kari saya gunakan sebanyak 1 paket kecil
  • Manakala serbuk cili, saya letakkan agak agak sahaja. Secukup rasa (saya cadangan cuba 2 sudu dahulu)

LANGKAH 4

resepi juadah kari ayam
  • Masukkan garam kasar
  • Ini ajaran orang tua saya dari turun temurun lagi. gunakan garam kasar adalah lebih bagus. Ini kerana garam halus ada guna bahan pemutih, manakala garam kasar asli sebab itu warna agak perang.

LANGKAH 5

  • Ayam yang sudah dicuci bersih dimasukkan
  • Untuk hidangan kali ini, saya masak kari ayam untuk satu ekor ayam

LANGKAH 6

  • Anda gaulkan segala bahan-bahan sehingga rata

LANGKAH 7

  • Saya gunakan kotal kecil sahaja untuk jenama KARA
  • Saya tuangkan habis kota santan
  • Anda boleh sahaja gunakan jenama lain ataupun santan FRESH
  • Jikalau mahu gunakan santan KARA, sila masukkan air 2 kali dalam kotak santan

LANGKAH 8

  • Ubi kentang dimasukkan

LANGKAH 9

  • Anda masukkan pula pes asam jawa
  • Saya memilih jenama ADABI EXTRA untuk pes asam jawa

LANGKAH 10

  • Masukkan guna untuk tujuan menjadikan ayam kari ini menjadi lebih lemak rasa

LANGKAH 11

  • Untuk menjadi resepi ayam masak kari menjadi lebih menarik dan meriah, boleh letakkan belahan cili merah di atas sebagai hiasan

LANGKAH 12

  • Nampak menyelera bukan? Nah, sekarang giliran anda untuk mencubanya resepi bagi makasan kari ayam yang sedap

Soalan Lazim Resipi Kari Ayam

1. Cara saya sebelum ini, santan dimasukkan sekali pada ketika ubi dan ayam dah masak

Masing-masing punya cara sis untuk resepi masak kari ayam. Cara saya, saya akan masukkan santan sekali ayam yang telah digaul rata.

Kongsikan juga di FACEBOOK & WHATAPPS family terdekat dan juga isteri tersayang, semoga resepi untuk kari ayam ini menjadi hidangan anda selepas ini