fbpx

Cara Refinance Rumah : Buat Duit Dengan Housing Loan


Adakah banyak hutang yang tidak tertanggung hutang pinjaman kad kredit, pinjaman peribadi (personal loan), hutang kereta (car loan) sepanjang PKP, PKPB PKPP di era covid 19? Apa kata kami sarankan ikut cara buat refinance rumah / housing loan, nak dapat buat duit mudah dan cepat dengan rumah anda!

cara buat refinance rumah

Kini, seakan trend berbelanja lebih dari kemampuan masing-masing. Gaji sebulan hanya RM2,000 sahaja tetapi berbelanja sehingga RM4,000 sebulan. Bagaimana boleh jadi begini?

Pastinya ramai antara kita yang menggunakan Personal Loan ataupun Kad Kredit dahulu, personal loan pula sentiasa bertindih (overlap) dan kad kredit digunakan hingga maksimum semasa itu barulah kita akan gelisah atau resah untuk mencari duit membayar balik duit itu. Lebih teruk lagi, gaji pula tidak cukup untuk membayar semua itu. Pening kepala bukan?

Secara peribadinya, amat tidak digalakkan untuk memaksimakan kedudukan kewangan, anda boleh menggunakan cara nak refinance rumah ini andai kata anda memerlukan jalan keluar untuk mengurangkan pembayaran balik bulanan pinjaman peribadi dan pinjaman kad kredit anda

Hakikatnya, ramai yang mendapatkan tunai dengan memilih Refinance Rumah. Tapi bagaimanakah cara buat refinance housing loan dengan rumah yang ada sekarang?

Cara Buat Refinance Rumah

Ikuti langkah demi langkah cara refinance rumah dan berapa lama proses refinance rumah, semuanya dikongsikan seperti di bawah ini:

1. Perlu Memiliki Rumah

Tajuk pun sudah dinyatakan Refinance Rumah, jadi jika tiada rumah, bagaimana pula anda mahu melakukannnya.

Seeloknya rumah itu diletakkan atas nama anda atau pasangan ataupun nama ibu ayah anda, masih boleh lagi untuk lakukan joint loan.

2. Semak Market Value / Harga Pasaran Rumah

Bagaimana untuk mendapatkan harga pasaran rumah anda? Senang sahaja. Cuba anda google di laman web Brickz.

Pilih lokasi dan klik jenis rumah yang dimiliki anda. Atau cara yang paling mudah adalah jika anda terlihat banner agen hartanah di sekitar rumah anda atau di mana-mana sahaja, anda boleh tanyakan berapa harga pasaran rumah di kawasan anda. Pastinya agen itu mengetahui harganya.

Mengapa perlu periksa harga pasaran? Value rumah wajib anda periksa untuk pastikan harga value lebih tinggi daripada jumlah hutang bank. Jikalau sebaliknya, tiada guna untuk anda lakukan refinance rumah.

3. Cetak CCRIS Report

Sila pastikan CCRIS Report sudah dicetak sebelum mahu buat mana-mana pinjaman pun. Semua hutang-piutang dengan semua bank akan ditunjukkan di dalam CCRIS Report. Bank akan uruskan jika anda susah untuk lakukannya.

Bank baru akan menganalisis latar belakang kewangan anda apabila anda buat pinjaman dengan bank baru untuk refinance rumah. Di dalam sistem semak CCRIS online percuma, mereka akan melihat gaji dan komitmen anda. Mereka akan memastikan anda betul-betul layak untuk membuat pinjaman.

Lagi satu mereka akan lihat jika bayaran bulanan anda cantik ataupun tidak? Adakah terdapat bayaran yang sangkut? Selalunya agak susah sedikit untuk mendapatkan kelulusan jika ada yang sangkut bayar lebih daripada 2 bulan.

Oleh itu dinasihatkan supaya anda buat dahulu refinance rumah jika anda rasa seperti susah ‘bernafas’ pada bulan-bulan akan datang. Jangan tunggu sudah sangkut baru mahu memohon Refinance Rumah, memang susah untuk mendapat kelulusan.

4. Semak Kelayakan Pinjaman Perumahan

Memang ramai yang kurang mahir untuk mengira sendiri bahagian ini. Seelok-eloknya serahkan kepada banker. Anda sudah boleh mengetahui berapakah jumlah yang boleh dipinjam dan juga cash tunai yang boleh diperoleh setelah dikira. Selepas itu, boleh anda kira untuk bayar hutang yang sedia ada.

5. Permohonan Pinjaman Perumahan

Anda sudah boleh memohon pinjaman untuk nak refinance rumah dengan bank apabila sudah lakukan langkah 1 hingga 4, cara cukup mudah. Selalunya keputusan boleh diketahui dalam masa 1-2 minggu, namun akan mengambil masa yang lebih lama lagi jika bank memerlukan dokumen yang lebih untuk sokongan permohonan anda.

BACA SINI: Cara Kira Loan Rumah

6. Insurans MRTA vs MLTA

MLTA dan MRTA adalah insurans yang memberikan perlindungan terhadap peminjam. Diingatkan bahawa ini bukan perlindungan ke atas rumah. Selalunya MLTA dan MRTA ini adalah pilihan sahaja. Tetapi terdapat juga bank yang mewajibkan MRTA ini.

Kadang-kala interest rate boleh murah sedikit jika beli MRTA ini. MLTA pula perlindungan insurans yang dibeli di luar, jadi harganya lebih mahal daripada MRTA tetapi liputan (coverage) MLTA ini lebih bagus daripada insurans MRTA.

7. Banding Produk Pinjaman Perumahan

Memang banyak produk pinjaman perumahan yang terdapat di pasaran sekarang. Pada awalnya, pastikan sama ada Islamic atau Coventional Loan yang anda perlukan. Pendapat kami secara peribadi adalah digalakkan untuk buat Islamic Loan sama ada untuk muslim mahupun non-muslim.

8. Semak Lock-in Period

Selalunya lock-in period akan ditawarkan setiap bank loan. Yang paling biasa, dalam masa 3 tahun bank akan lock. Tapi ada juga kes yang bank akan lock sehingga 5 tahun. Lebih seronok lagi jika No Lock-in. Kebiasaannya tiada lock period untuk Islamic Loan.

Lock-in period akan menjadi leceh dan rumit untuk refinance balik ataupun semasa mahu menjual rumah. Kelak terpaksa bayar penalti sebanyak 3% daripada loan amount jika anda dilakukan semasa lock-in period. Lebih membebankan lagi, kemungkinan jumlahnya agak besar dan tidak berbaloi.

9. Tandatangan Bank Offer Letter

Anda boleh turunkan tandatangan anda secepat mungkin sekiranya semua sudah difahami dan boleh menerima segala syarat-syarat bank. Ini kerana masa yang diambil agak panjang untuk menyiapkan proses refinance ini. Mungkin dalam 3-4 bulan juga prosesnya. Lebih lambat anda menandatangani, lebih lambat duit akan diperolehi.

10. Tandatangani Bersama Peguam

Apabila offer letter sudah ditandatangani, banker akan minta peguam bank untuk mulakan loan dokumen. Peguam bank akan minta anda datang untuk turunkan tandatangan apabila sudah siap.

Dokumen semuanya memang tebal belaka, namun kebanyakannya hanya standard sahaja. Bank tidak akan menukar sekiranya terdapat yang anda tidak puas hati. Jikalau hendak meminjam, anda hanya perlu menurut syarat yang sudah ditetapkan.

Selepas itu, peguam akan selesaikan proses refinance. Tetapi, setiap bulan perlu lakukan susulan (follow up) dengan peguam bank itu. Jangan diam dan tunggu sahaja.

11. Bank Valuer Buat Site Visit

berapa lama proses refinance rumah

Jangan terkejut jika anda mendapat panggilan telefon daripada penilai bank (bank valuer) untuk melihat rumah anda. Mereka ini adalah jurunilai yang diminta bank untuk datang menilai rumah anda.

Jurunilai ini akan datang lihat rumah, ambil gambar rumah bersama berserta kawasan sekeliling. Selalunya hanya 10-15 minit sahaja. Selepas itu, laporan (report) akan dihantar ke bank untuk memastikan harga value rumah.

Jangan terkejut jikalau value jatuh. Kadang-kadang boleh jadi begini kerana informasi salah diberikan. Contohnya, jikalau pelanggan memberitahu banker rumah terdapat pengubahsuaian rumah. Tetapi semasa jurunilai melawat, tiada pun pengubahsuaian. Jikalau situasi seperti ini mesti value akan jatuh.

Apabila value sudah jatuh, loan anda perlu dibuat semula. Ini kerana jumlah pinjaman (loan amount) akan turut jatuh. Oleh itu, sangat dinasihatkan supaya berlaku jujur dengan banker agar tidak susah kelak nanti.

12. Berapa Lama Proses Refinance Rumah

Bank lama akan terlebih dahulu diselesaikan oleh bank baru apabila buat refinance rumah. Jika terdapat hutang yang belum dilangsaikan lagi. Tetapi akan lebih cepat proses jika tiada hutang. Untuk yang bertanyakan berapa lama proses refinance rumah? Ini jawapannya…. Dalam tempoh 1-1.5 bulan anda akan memperolehi baki tunai apabila sudah selesai semuanya. Jadi, kena lihat berapa cepat dokumen lama dikeluarkan bank lama.

Duit Refinance Rumah

Oleh yang demikian, janganlah sakan berbelanja apabila duit refinance rumah sudah diterima. Ingatkan diri anda tujuan sebenar anda adalah refinance. Kalau sebab utama anda mahu selesaikan hutang-piutang, maka selesaikan dahulu hutang anda.

Diharapkan dengan tips cara buat refinance rumah / housing loan yang ditulis ini dapat membantu sedikit sebanyak bagi mereka yang mahu refinance rumah.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!


3 artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2021 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia