Semakan Rayuan UPU 2023 dan cara tukar kos program pengajian
Bagi memudahkan permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM ke IPTA, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mewujudkan sistem dalam talian yang dinamakan sistem UPUonline.
Walaubagaimanapun, tidak semua permohonan akan memperoleh keputusan yang menggembirakan. Pasti ada dalam kalangan para pemohon yang gagal dalam permohonan upu online.
BACA SINI >> Permohonan upu online: cara daftar akaun baru & merit 2023
Namun, atas dasar akses dan ekuiti yang sama rata terhadap peluang pendidikan, para pemohon yang gagal akan diberi peluang kedua untuk membuat rayuan permohonan melalui sistem e-rayuan. Walaubagaimanapun, sistem e-rayuan adalah untuk pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam di Malaysia.
Cara Buat Rayuan Upu 2023
Semasa anda menyemak keputusan permohonan upu anda, sekiranya gagal, akan disediakan pautan untuk membuat rayuan seperti di gambar rajah di atas.
BACA SINI >> Semakan keputusan politeknik
- Klik pada pautan dan anda akan dibawa ke halaman log masuk seperti awal mula anda membuat permohonan dahulu, https://upu.mohe.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda dan tekan “log masuk”.
- Di halaman papan muka (dashboard), di bahagian menu di sebelah kiri, klik pada pautan “borang”.
- Akan terpapar maklumat peribadi anda, sila kemaskini sekiranya terdapat sebarang perubahan dan jawab semua ruang yang bertanda bintang merah.
- Seterusnya di bahagian maklumat pilihan, sila pilih bidang pengajian yang anda inginkan. Pastikan anda meletakkan program bertemuduga sekiranya ada pada pilhan pertama dan kedua. Adalah dinasihatkan juga supaya anda tidak memilih semula program yang gagal sebelum ini.
- Bagi pemohon yang memilih program bertemuduga, anda perlu memilih zon temuduga.
- Jawab samada ya atau tidak untuk soalan berkaitan tawaran lain dan menyambung pengajian di Universiti berkaitan kerajaan.
- Tekan butang “simpan & sterusya”.
BACA SINI >> Myself JPA: Login Portal Online & Jadual Bayaran Elaun 2023
NOTA PENTING:
- Bagi yang gagal permohonan ke program TVET di Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA, pemohon perlu mengemukakan rayuan terus ke institusi berkenaan.
- Pemohon perlu maklum bahawa, proses permohonan rayuan dibuka pada tempoh masa tertentu sahaja.
- Sebagai contoh pada tahun ini, tempoh rayuan adalah dari 22 hingga 31 Julai.
- Sekiranya melewati tempoh tersebut, pemohon tidak lagi boleh membuat sebarang rayuan.
- Pemohon juga perlu mengetahui bahawa, semasa membuat rayuan, mereka hanya diberi empat pilihan program sahaja di mana dua program adalah untuk program bertemuduga.
Cara Semakan Rayuan Upu 2023
Bagi menyemak keputusan rayuan upu 2023, selain daripada menyemak melalui pautan https://upu.mohe.gov.my/ , anda juga boleh klik pada mana-mana pautan berikut:
UNIVERSITI | LINK PAUTAN |
---|---|
UTM | https://jpt.utm.my |
UUM | http://jpt.uum.edu.my |
UNIMAS | https://jpt.unimas.my |
UMS | http://jpt.ums.edu.my |
UMT | http://jpt.umt.edu.my |
- Seterusnya klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
- Log masuk seperti biasa.
- Pada halaman papan muka, klik pada pautan “Semakan Permohonan Rayuan”.
- Semak keputusan rayuan upu 2023 yang tertera.
- Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi pada tarikh yang ditetapkan.
Selain daripada itu, anda juga boleh menyemak dan buat upu rayuan menggunakan aplikasi mudah alih UPU Pocket.
Cara Rayuan Upu Tukar Kos Program Pengajian

Semasa mendapat keputusan UPU, pasti akan ada dalam kalangan pemohon yang menerima tawaran kursus yang kurang diminati dan mereka membuat keputusan untuk menukar kursus tersebut.
Anda boleh memohon untuk menukar kursus dan juga university dengan syarat anda perlu melapor diri dan mengikuti pengajian tersebut terlebih dahulu.
Jangan sesekali menolak tawaran di UPU dan memilih untuk membuat rayuan kerana rayuan hanya dibuka kepada permohonan yang gagal sahaja.
Setiap Universiti menggariskan panduan yang berbeza untuk proses penukaran kursus dan juga universiti.
Namun kebanyakan Universiti akan membenarkan anda untuk menukar kursus di semester kedua pengajian.
Sebagai contoh di Universiti Malaya, dalam keadaan tertentu, pelajar boleh mengemukakan permohonan pertukaran program pengajian kepada Timbalan Naib Canselor selewat-lewatnya pada minggu kedua kuliah di semester kedua pengajian dengan syarat:
- Anda merupakan pelajar tahun pertama pengajian yang telah melepasi semester pertama pengajian.
- Memenuhi syarat khas program pengajian baru yang ingin dipohon.
- Terdapat kekosongan bagi program yang ingin dipohon.
- Hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.
- Mendapat perakuan dekan bagi kedua-dua fakulti semasa dan fakulti yang dipohon.
Pilihan Kedua Jika Gagal Bila Semak Rayuan Upu
Sekiranya permohonan UPU dan permohonan rayuan anda tetap menemui kegagalan, anda masih mempunyai pilihan lain untuk meneruskan pengajian anda.
Antara pilihan-pilihan yang boleh anda cuba adalah seperti berikut:
1) Tingkatan Enam
Tingkatan enam menawarkan dua aliran pengajian iaitu aliran sains dan sastera.
Apabila memasuki tingkatan enam, anda sebenarnya sedang menyiapkan diri untuk memasuki Universiti kerana tingkatan enam digelar Pra-U.
Dalam tempoh hanya satu tahun setengah anda boleh menamatkan pengajian dan terus melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda.
2) Permohonan IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta
Selain IPTA, Negara kita dibanjiri dengan begitu banyak IPTS. Setelah gagal bagi permohonan IPTA, anda boleh mencuba memohon untuk melanjutkan pengajian di IPTS.
Walaupun dengan yuran yang lebih mahal, anda akan lebih fokus kerana pelajar di IPTS tidak seramai pelajar di IPTA.
3) Permohonan Sijil Kemahiran Malaysia
Permintaan terhadap pelajar lepasan Sijil Kemahiran Malaysia adalah sangat tinggi di dalam dan luar negara.
Ini kerana industri-industri di luar sana sangat memerlukan pekerja dengan kemahiran yang tinggi.
Justeru, anda boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Latihan Kemahiran yang tidak disenaraikan di dalam UPU.
Terdapat pelbagai jenis kursus kemahiran yang ditawarkan seperti kursus kulinari/penyediaan makanan, kimpalan, automotif, pembinaan bangunan, kursus pastri, kursus elektrik, kursus komputer, kursus penyediaan awal kanak-kanak dan banyak lagi.
Tips Hantar Rayuan Secara Online
- Anda hendaklah 4 pilihan yang kalau boleh kami nasihatkan anda pilih kursus dan universiti yang belum anda pilih semasa daftar permohonan upuonline sebelum ini.
- Perlu muat naik beberapa dokumen penting yang diperlukan untuk menguatkan lagi permohonan anda. Langkah untuk untuk lepasan SPM yang mohon diploma dan setaraf.
- Manakala yang mohon Ijazah Sarjana Muda bagi lepasan STPM, Matrikulasi dan setaraf tidak perlu muat naik dokumen.
- Jangan sesekali terlepas tarikh tutup untuk anda hantar rayuan di bawah sistem upu
4 Punca Gagal Rayuan
Jikalau tidak mahu masalah dan permohonan anda ditolak lagi, anda perlu berhati-hati dengan 4 halangan seperti di bawah ini:
- Maknanya ada lagi yang lebih layak berbanding anda. Ditambah dengan kuota yang agak terhad
- Menjadi masalah jikalau anda hantar rayuan upuonline melibatkan kursus dan program yang tidak banyak kekosongan untuk diisikan oleh anda
- Pihak pengurusan universiti yang melakukan pemilihan merasakan anda tidak layak dan sesuai untuk belajar di universiti mereka
- Kegagalan meneliti syarat samada anda layak atau tidak universiti dan program dipilih menyebabkan semakan keputusan rayuan anda ditolak bulat-bulat