PTG Selangor: Ehasil Pejabat Tanah dan Galian Selangor Online

Borang carian rasmi semakan PTG Selangor online dan mohon consent dengan Pejabat Tanah dan Galian Selangor di portal ehasil selangor, ehasil.selangor.gov.my register dan login masuk etanah selangor

carian rasmi semakan ptg selangor online persendirian

Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Selangor merupakan badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam mentadbir urus urusan tanah dan galian negeri Selangor selaras dengan Dasar Kerajaan ke arah membina negara yang lebih maju. 

Pejabat ini dibahagikan kepada Sembilan (9) bahagian iaitu Bahagian Pembangunan dan Kemajuan Tanah, Bahagian Penguatkuasaan, Pengambilan Balik Tanah dan Teknikal, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Hakmilik Strata, Bahagian Pendaftaran Hak Milik, Bahagian Hasil, Bahagian Perundangan dan Bahagian Korporat/ Audit Pengurusan Tanah yang beroperasi untuk memantapkan tadbir urus PTG Negeri Selangor.

Banyak perkhidmatan yang dijalankan di pejabat tanah dan galian selangor semakan antaranya termasuklah perkhidmatan pembayaran tax tanah, carian rasmi ptg selangor, pendaftaran berkaitan urusniaga tanah, cabutan tanah, lesen atau permit tanah, kutipan tax tanah Negeri Selangor, pendaftaran hak milik tanah dan banyak lagi yang berkaitan dengan urusniaga tanah dan galian Negeri Selangor.

Terdapat 29 borang yang boleh didapati menerusi portal rasmi PTG Negeri Selangor bagi memudahkan urusan orang awam untuk membuat urusniaga berkaitan tanah dan galian negeri Selangor.

Semakan PTG Selangor 2023: Borang Permohonan Online

Berikut merupakan senarai dan link pautan borang untuk masyarakat awam mendapatkan borang;

JENIS BORANG
Borang carian rasmi ptg selangor online
Borang 12A (Permohonan Untuk Penyerahan Balik Tanah)
Borang 12B (Permohonan Untuk Penyerahan Balik Tanah)
Borang 12B (Tukar Syarat Seksyen 124A)
Borang 12D (Permohonan Untuk Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula)
Borang 12D (Tukar Syarat Seksyen 204B)
Borang 26A (Pemberitahuan Pertukaran Alamat)
Borang 433B (Permohonan Kebenaran Pindahmilik Warga Asing)
Borang 51 (O)
Borang 7D (Tukar Syarat Seksyen 124A)
Borang A (i) (Wakil Firma Guaman)
Borang A (ii) (Wakil Syarikat)
Borang AA Wakil (‘RUNNERS’)
Borang Jadual 1 (Tukar Syarat Seksyen 197 & 76)
Borang Jadual XVI  (Pinda Syarat Seksyen 124(1)(c))
Borang Jadual XVI  (Pinda Syarat Seksyen 124(1)(c))
Borang Jadual XVI  (Tukar Syarat Seksyen 124(1)(a) dan (c))
Borang Kepuasan Pelanggan
Borang Memohon Untuk Menukar Nama
Borang PB01 (Permohonan Pemberimilikan Tanah Kerajaan Dengan Dikenakan Premium Pada Harga Pasaran Mengikut Kegunaan Swasta Untuk Tujuan Perniagaan, Perdagangan)
Borang Pembetulan Hakmilik Seksyen 380 KTN
Borang Pembetulan Seksyen 380 KTN
Borang Penukaran-Permasalahan Hakmilik
Borang Permohonan Pecah Bahagi Bangunan
Borang Permohonan Pemegang Amanah  (PNPA)
Borang Permohonan Permit Ruang Udara
Borang Permohonan Tanah Ladang
Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Hakmilik Gantian Sambungan A
Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Hakmilik Gantian Sambungan B
Borang Permohonan Untuk Mengubah Jenis Penggunaan Tanah, Syarat-Syarat Nyata Atau Sekatan Kepentingan

Sistem Nombor Giliran Pejabat Tanah dan Galian Selangor

Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor menggunakan sistem nombor giliran yang dikenali sebagai Queue Management System (QMS).

Ianya mula berkuatkuasa pada 15 November 2011. Perkhidmatan nombor giliran ini dinaiktaraf untuk memastikan operasi perkhidmatan di PTG Selangor berjalan dengan lancar pada setiap hari dengan jumlah pelanggan yang ramai.

Penggunaan sistem nombor giliran ini hendaklah dimuat turun menerusi aplikasi di telefon bimbit pelanggan.

Dengan adanya aplikasi QMS ini, semua pelanggan boleh mendapatkan nombor giliran melalui aplikasi QMS tanpa perlu ke kaunter.

Berikut merupakan cara-cara untuk menggunakan sistem nombor giliran QMS di PTG Selangor;

pejabat tanah dan galian negeri selangor
  1. Pelanggan mestilah memuat turun aplikasi QMS di telefon bimbit.
  2. Kemudian, buka aplikasi tersebut.
  3. Pada paparan menu utama, klik pada bahagian “Service Providers” seperti pada Rajah di bawah ini
  4. Pilih “Pejabat Tanah dan Galian Selangor”.
  5. Klik pada bahagian QMS.
  6. Seterusnya, pelanggan hendaklah memilih jenis urusan yang ingin dilakukan di PTG Selangor.
  7. Akhir sekali, nombor giliran pelanggan akan dipaparkan dan pelanggan diminta untuk menunggu nombor giliran yang telah dinyatakan.
nombor giliran selangor

Daftar Akaun Ehasil Selangor di ehasil.selangor.gov.my Register

Portal eHASIL selangor merupakan satu portal yang membolehkan masyarakat Selangor membuat bayaran tax tanah dan tax petak secara atas talian.

Pendaftaran akaun eHASIL selangor mestilah dibuat terlebih dahulu bertujuan untuk memudahkan proses pembayaran dan membuat semakan daripada semasa ke semasa.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar akaun di portal ehasil selangor eHASIL.selangor.gov.my :

  1. Layari laman sesawang ehasil selangor, https://ehasil.selangor.gov.my register
  2. Masukkan butiran maklumat yang dikehendaki denga betul dan lengkap.
  3. Kemudian, klik pada butang “Daftar”.
  4. Akhir sekali, pendaftaran berjaya.

Cara Log Masuk ehasil Selangor ehasil.selangor.gov.my Login

Setelah pendaftaran akaun eHASIL berjaya didaftarkan, pengguna oleh mula log masuk ke akaun tersebut untuk membuat pembayaran dan semakan pada bila-bila masa sahaja.

Hal ini dapat memudahkan pengguna dalam menguruskan tax tanah dan petak tanpa perlu hadir ke kaunter.

Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun eHASIL.selangor.gov.my;

ehasil selangor ehasil.selangor.gov.my register login
  1. Layari laman sesawang https://ehasil.selangor.gov.my login seperti pada Rajah di atas ini
  2. Pengguna hendaklah memasukkan emel dan kata laluan yang sah sepertimana yang telah didaftarkan.
  3. Kemudian, klik pada butang “Log Masuk”.
  4. Akhir sekali, menu utama akan dipaparkan kepada pengguna.

Cara Pembayaran etanah Selangor di ehasil.selangor.gov.my

Pembayaran tax tanah dan petak bagi rakyat Selangor boleh dilakukan secara atas talian.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat bayaran secara atas talian dengan kaedah FPX;

etanah pejabat tanah dan galian selangor
  1. Pelanggan mestilah melayari laman sesawang https://ehasil.selangor.gov.my seperti pada Rajah di atas ini.
  2. Klik pada butang “Buat Pembayaran Sekarang”.
  3. Terma dan syarat pembayaran akan dipaparkan sebagai rujukan pelanggan dan klik pada butang “Setuju dan Teruskan”.
  4. Kemudian, masukkan nombor akaun, captcha sepertimana yang dipaparkan dan nyatakan jenis perincian hakmilik
  5. Klik pada butang “Cari”.
  6. Paparan nilai cukai yang perlu dibayar oleh pelanggan akan dipaparkan.
  7. Akhir sekali, klik pada butang “Pembayaran” untuk membuat pembayaran terhadap nilai cukai yang dikenakan.

Cara Permohonan Consent Selangor Secara Online

Permohonan kebenaran untuk pindah milik, gadaian dan pajakan tanah juga merupakan antara salah satu perkhidmatan yang disediakan di Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian menerusi portal rasmi e-Consent.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat permohonan consent Selangor secara atas talian;

semakan permohonan e consent selangor
  1. Layari laman sesawang http://consent2u.selangor.gov.my seperti pada Rajah di atas ini
  2. Klik pada butang “Mohon Disini”.
  3. Pilih jenis permohonan dan saluran permohonan, kemudian klik pada butang “Seterusnya”.
  4. Masukkan butiran maklumat hak milik geran dan klik pada butang “Semak”.
  5. Selepas itu, masukkan maklumat peguam atau wakil dan klik pada butang “Seterusnya”.
  6. Masukkan maklumat pemilik dan penerima hakmilik tanah dan klik pada butang “Seterusnya”.
  7. Kemudian, semakan maklumat yang telah diisi mestilah dibuat dan klik pada butang “Seterusnya”.
  8. Sekiranya tiada masalah, slip pengesahan permohonan kebenaran pindah milik akan dipaparkan.
  9. Pengguna mestilah mencetak slip tersebut dengan klik pada ikon “Cetak”.
  10. Akhir sekali, permohonan kebenaran pindah milik berjaya dipohon.

Semakan Permohonan e Consent Selangor

Setelah permohonan kebenaran pindah milik berjaya dihantar dan dipohon, semakan juga boleh dibuat secara atas talian.

Jawapan terhadap permohonan tersebut akan dipaparkan sama ada lulus atau gagal.

Semakan boleh dibuat di laman sesawang http://consent2u.selangor.gov.my pada bahagian “Semakan Permohonan”.

Senarai Perkhidmatan Termasuk Carian Rasmi Ptg Selangor

Terdapat dua (2) jenis perkhidmatan yang disediakan di PTG Selangor, iaitu perkhidmatan teras dan perkhidmatan atas talian. Berikut merupakan senarai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan;

PERKHIDMATANJENIS
TERAS– Pembangunan dan Kemajuan Tanah
– Pendaftaran Tanah
– Strata
– Hasil
– Penguatkuasaan, Pengambilan Tanah dan Teknikal
ATAS TALIAN* e-HASIL Selangor
* e-CONSENT Selangor
* Smart Docket Selangor
* Blanket Consent Selangor
* Smartbox Selangor

Carian Rasmi Pejabat Tanah

Adakah ada cara buat carian rasmi geran tanah online baik baik di sabah sarawak pulau pinang penang negeri sembilan melaka perak selangor kuala lumpur kl johor pahang terengganu kelantan perlis
kedah? Jawapannya tiada carian rasmi tanah online.

Untuk carian persendirian selangor, anda perlu terus ke pejabat rasmi ptg untuk urusan tanah di selangor. Di situ barulah anda boleh dapatkan sijil carian rasmi pejabat tanah selangor.

Waktu Operasi PTG Selangor

Pembayaran tax juga boleh dibuat di kaunter Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

Waktu operasi untuk membuat pembayaran di kaunter adalah seperti berikut;

 

  • Isnin – Khamis: 8.30 pagi – 3.30 petang
  • Jumaat: 8.30pg – 11.45tgh dan 2.45ptg – 3.30ptg
  • Sabtu & Ahad: Tutup
xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia