Prudential Payment Online: Corporate Payment Portal

Cara buat bayaran www.prudential.com.my online payment prudential Payment Online Corporate Payment Portal

prudential payment online

Ia menawarkan perkhidmatan kewangan dan insurans kepada masyarakat termasuklah memberi pampasan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi Kapal Titanic. 

Kini, Prudential telah bertapak di Malaysia yang dikenali sebagai Prudential Assurance. Prudential Assurance menawarkan liputan yang menyeluruh serta keyakinan terhadap masa hadapan yang lebih cerah kepada pelanggan.

Bukan itu sahaja, liputan insurans yang disediakan kepada pelanggan meningkat seiring dengan peningkatan usia pelanggan. Tujuannya adalah untuk memastikan setiap pelanggan dilindungi sehingga akhir hayat.

Antara produk yang ditawarkan oleh syarikat Prudential ini ialah insurans kesihatan, insurans hayat, insurans kekayaan, perkhidmatan kad perubatan, tuntutan dan banyak lagi. Segala informasi dan langganan boleh didapati menerusi laman portal rasmi Prudential di laman sesawang https://www.prudential.com.my seperti pada Rajah di bawah ini

Prudential Payment Online di Corporate Payment Portal

Pembayaran polisi insurans Prudential kini boleh dibuat secara atas talian di laman portal pembayaran korporat.

Pembayaran melalui platform portal insurans Prudential dapat memudahkan semua individu yang melanggan produk Prudential untuk membuat pembayaran polisi secara bulanan tanpa perlu hadir ke kaunter.

www.prudential.com.my online payment corporate payment portal

Hal ini dapat meminimumkan masalah tunggakan atau lewat bayar pelanggan.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat bayaran prudential malaysia online payment melalui portal pembayaran korporat Prudential Assurance;

portal prudential malaysia online payment
  • Masukkan butiran yang dikehendaki dengan betul dan lengkap seperti nombor polisi insurans pelanggan, nombor kad pengenalan, kekerapan pembayaran, tujuan pembayaran serta kod keselamatan yang diberikan.
  • Kemudian, klik pada butang “e payment validate”.
  • Seterusnya, pilih kaedah pembayaran dan bayaran mestilah dibuat dengan klik pada butang “Pay”.
  • Akhir skali, setelah selesai membuat prudential malaysia online payment, resit pembayaran berjaya akan dipaparkan untuk rujukan pelanggan. SMS atau emel juga akan dihantar kepada pelanggan jika pembayaran berjaya dibuat.

Prudential Jompay Biller Code

Sejajar dengan perkembangan teknologi digital pada masa kini, penggunaan perbankkan internet bagi pembayaran secara atas talian amat digalakkan.

Ianya bertujuan untuk memudahkan urusan pelanggan apabila ingin melanggan setiap polisi yang ditawarkan oleh syarikat insurans Prudential. 

Pelanggan boleh membayar premium mereka secara bulanan melalui perbankan internet menerusi bank seperti Malayan Banking Berhad (Maybank), CIMB Bank, Public Bank Berhad, RHB Bank Berhad, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad dan HSBC Bank Malaysia Berhad. Kaedah ini dikenali dengan kaedah prudential JomPAY biller code.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat pembayaran secara perbankan internet;

  1. Pelanggan perlu layari portal rasmi bank peribadi pelanggan.
  2. Kemudian, log masuk ke akaun bank yang dipilih.
  3. Seterusnya, pilih bahagian “Bill Payment” atau “Pay Bill”.
  4. Selepas itu, klik pada bahagian penama “Prudential Assurance”.
  5. Masukkan nombor polisi insurans dan juga nama pemegang polisi insurans.
  6. Klik pada butang “Submit”.
  7. Masukkan amaun bayaran yang ingin dibuat bagi insurans Prudential Assurance pelanggan.
  8. Akhir sekali, sahkan data dan klik pada butang “Confirm” untuk membuat pembayaran. 

Cara Buat Prudential Payment di Cawangan Terdekat

Setiap negeri di Malaysia mempunyai cawangan Prudential dan pelanggan boleh melayari laman sesawang www.prudential.com.my online payment seperti pada Rajah di bawah ini.

Ibu pejabat Prudential Assurance terletak di Ground Floor, Menara Prudential, Persiaran TRX Barat, 55188 Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. 

Dengan adanya 32 cawangan Prudential yang terdapat di Malaysia, senarai cawangan tersebut akan dipaparkan untuk memudahkan pelanggan mengetahui cawangan yang terdekat dengannya.

Pelanggan hanya perlu memilih negeri keberadaan pelanggan untuk mengetahui cawangan Prudential yang terdekat.

prudential biller code

Insurans Prudential juga boleh membayar produk insurans Prudential di mana-mana cawangan Prudential yang berdekatan dengan pengguna.

Pengguna hanya perlu membawa kad pengenalan pemegang produk insurans. Pelanggan perlu mengambil nombor giliran dan pelanggan akan dipanggil oleh pegawai bertugas.

Pembayaran adalah secara tunai, kad debit atau kad kredit. Setelah pembayaran selesai, resit akan diberikan sebagai bukti pembayaran.

Kini, segala urusan yang melibatkan insurans bersama Prudential sangat mudah dan cepat.

Permohonan tuntutan juga boleh dibuat menerusi kaunter Prudential. Segalanya dapat diselesaikan dengan mudah. 

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia