Mohon dan Tuntut Untuk Pekerja Dalam Program Subsidi Upah Perkeso Rm1200, RM800 dan RM600 sebulan sebulan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin PKS Tambahan (Baca Di Bawah)
Program program subsidi upah psu diwujudkan untuk membantu majikan yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50 peratus dengan memberikan bantuan kewangan segera kepada setiap pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah dapat dikekalkan.
Ia adalah perluasan kepada Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program – ERP).
Kerajaan mengumumkan baru-baru ini melalui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin mengenai Pelaksanaan Program Subsidi Upah 2.0 Perkeso disebalik wabak COVID 19 yang menyerang Malaysia dengan pemberian setiap bulan selama 3 bulan antara RM600 sehingga RM1200 sebulan kepada pekerja dan majikan yang perlu membuat tuntutan bagi pihak pekerja.i.
Dengan berbesar hatinya, berikut kami kongsikan mengenai syarat kelayakan permohonan psu, cara mohon program subsidi upah perkeso dan kaedah pembayaran akan dilakukan bagi membantu syarikat yang terjejas.
Senarai Kandungan Penting:
Permohonan Program Subsidi Perkeso 2.0
1. Cara Memohon Program Subsidi Upah 2.0 Perkeso
Melalui laman web PERKESO, majikan perlu kemukakan permohonan psu bagi pihak pekerja untuk bantuan kewangan bermula 1 Oktober 2020.
- Bantuan program subsidi upah 2.0 perkeso ini akan diterima oleh pekerja.
- Sila layari laman web rasmi mereka atau e mel ke perkeso@perkeso.gov.my untuk maklumat lanjut anda boleh layari, https://prihatin.perkeso.gov.my/
- Jika anda anda sebarang persoalan, boleh membuat semakan terlebih dahulu senarai soalan lazim yang sering ditanya oleh orang ramai berserta jawapannya (BACA SINI FAQ PERKESO)
PERKARA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Jika syarikat majikan anda mempunyai pekerja tidak lebih 75 orang | Jika syarikat majikan anda mempunyai pekerja tidak lebih 75 orang untuk menikmati subsidi upah rm1200 perkeso setiap sebulan selama tiga bulan berturut |
Jika syarikat majikan anda mempunyai pekerja antara 76 orang pekerja hingga 200 pekerja | menerima subsidi upah 2.0 RM800 sebulan dari perkeso |
Jika syarikat majikan anda mempunyai pekerja lebih 200 orang yang juga pekerja yang telah berdaftar dengan Perkeso | Jika syarikat majikan anda mempunyai pekerja lebih 200 orang untuk mendapat subsidi upah rm600 perkeso setiap sebulan. Tetapi maksimum setiap syarikat hanya diberikan untuk 200 orang |
NOTA : Dalam pada masa yang sama, pekerja yang ada caruman KWSP boleh buat pengeluaran akaun 2 melalui program bayaran kwsp i lestari
Sekarang ini, portal rasmi sedang sesak akibat menerima permohonan program subsidi upah yang amat tinggi pada ketika ini.
2. Syarat Kelayakan Senarai Majikan Yang Lulus
Bagi membuat permohonan Program Subsidi Upah psu dari perkeso, ini adalah syarat kelayakan majikan dan pekerja :
- Penurunan pendapatan sebanyak 50 peratus yang dialami oleh majikan.
- Pekerja yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah dan telah berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
- Selepas pelaksanaan program ini, majikan mesti memastikan pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh 3 bulan tidak dibuang kerja.
- Gaji pekerja sedia ada tidak dibenarkan dipotong oleh majikan.
3. Senarai Dokumen Penting
Untuk mohon skim program program subsidi upah dari perkeso ini, anda sendiri boleh ingatkan kepada majikan anda untuk menyediakan beberapa dokumen penting seperti di bawah ini. Bukan untuk siapa, untuk faedah kepada kepada anda juga. Antaranya ialah :
- Perlu bagi senarai nama pekerja di syarikat (maksimum yang dibenarkan adalah hanya 200 orang pekerja sahaja untuk setiap syarikat)
- Sediakan muka hadapan akaun bank majikan anda
- Satu COPY untuk pendaftaran panel bank majikan ataupun nama lain 11
mycoid (Apa itu Mycoid) - Akuan Pengisyitharan PSU50 form
- Salinan pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) atau salinan ROS atau salinan ROB (registeration of Business)
- Segala jualan dan pendapatan termasuk penyata kewangan telah pun mendapat pengesahan
4. Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran bantuan adalah seperti berikut :
- Bayaran program subsidi upah perlu dikreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO
- Bagi pekerja yang lulus program di bawah insentif subsidi upah 2020 dari agensi perkeso malaysia ini, pelaksanaan bayaran adalah melalui majikan.
5. Semakan Senarai Majikan Yang Lulus Program
Sila membuat semakan senarai majikan yang lulus program subsidi upah 2.0 dari perkeso melalui pautan di jadual ini
PERKARA | PAUTANNYA |
---|---|
Semakan Online Permohonan PSU | https://prihatin.perkeso.gov.my/psu/ |
6. Senarai Tak Layak Mohon Wage Subsidy Program
Jika anda tersenarai daripada 10 kumpulan yang tersenarai di bawah ini, anda sama sekali tidak layak permohonan psu di bawah program subsidi upah 2.0 perkeso ini. Antaranya ialah:
- Baik majikan anda mahupun diri anda sendiri tidak pernah sama sekali daftar program eis perkeso
- Gaji anda sebagai pekerja sudah pun melebihi RM4,000 sebulan
- Anda telah pun kena berhenti kerja
- Anda tidak bekerja dengan mana-mana majikan, anda bekerja sendiri atau freelancer
- Anda merupakan pekerja asing di Malaysia
Kerajaan Beri Amaran
Nampaknya ada senarai majikan yang sudah mula menyalahgunakan duit program bantuan program subsidi upah dari perkeso ini. Duit bantuan majikan dapat TAPI:
- Gaji kakitangannya kena potong juga
- Kena cuti tanpa gaji kemudiannya kena buang juga
Jika anda nampak, dalam keadaan bisnes sedang merudum sekarang ini secara tiba-tiba majikan anda menukar kereta mewah baru contohnya, berjaga-jaga. Ketahui hak anda. Jangan biarkan majikan anda mengambil hak anda.
Jika ada bukti sahih majikan anda sebagai pekerja boleh mengambil tindakan di bawahl hak anda di bawah bantuan program subsidi upah dari perkeso ini, cepat-cepat lapor kepada pejabat PERKESO Malaysia.
P/S: Pakat-pakat kongsikan maklumat penting ini di FACEBOOK dan WHATAPPS ahli keluarga dan kawan-kawan sepejabat anda supaya sama-sama dapat ingatkan majikan masing-masing tentang hak anda untuk program subsidi upah perkeso disebalik musibah COVID 19 yang melanda Malaysia kali ini.