Pra Diploma Uitm 2023: Semakan Permohonan Course & Yuran

Semakan Permohonan Pra Diploma Uitm 2023 Senarai Course & bayar Yuran Kursus Pengajian

yuran pra diploma uitm 2023

Terdapat lebih 80 universiti yang ada di Malaysia yang merangkumi universiti awam, universiti swasta dan universiti antarabangsa. Boleh dikatakan semua universiti yang ada di Malaysia menawarkan program pengajian diploma. 

Program pengajian diploma merupakan satu program pengajian peringkat pertama setelah pelajar berjaya melepasi ujian Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat sekolah menengah.

Program ini diuruskan oleh pihak universiti dengan menawarkan pelbagai bidang pelajaran, antaranya termasuklah diploma sains sukan, diploma pengajian pentadbiran korporat, diploma akaun, diploma sains tulen, diploma pengajian undang-undang dan banyak lagi.

Program pada peringkat diploma kebiasaannya mengambil masa selama 2 tahun setengah sehingga 3 tahun bergantung kepada bidang pelajaran yang dipilih oleh pelajar. Untuk pelajar uitm boleh semak portal terbaru anda di istudent uitm

Semakan Permohonan Diploma Uitm

Begitu juga pengajian diploma ada ditawarkan oleh pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Seperti pada Rajah di bawah ini, pemohon perlu semak syarat kelayakan bagi Program Diploma di laman sesawang rasmi UiTM.

  • Kemudian, pemohon yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak UiTM bagi Program Diploma, pemohon perlu membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.00 sahaja.
  • Pemohon akan dibekalkan dengan nombor pin oleh pegawai yang bertugas untuk tujuan permohonan tersebut.
  • Seterusnya, pemohon perlu melayari laman sesawang https://online.uitm.edu.my untuk mengisi borang permohonan.
  • Borang tersebut mestilah diisi dengan maklumat yang betul dan tepat. Pemohon juga hendaklah membuat semakan dengan teliti terhadap permohonan yang telah dibuat.
  • Setelah selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan, pemohon mestilah menekan butang “Sah & Hantar” untuk menghantar borang permohonan diploma.
  • Pemohon juga digalakkan untuk mencetak borang permohonan yang lengkap sebagai bukti permohonan yang telah dihantar di dalam sistem sebagai rujukan pada masa akan datang.

BACA SINI >> Semak result uitm 2023 secara online

permohonan diploma uitm 2023

Semakan Keputusan Diploma Uitm

Pemohon boleh menyemak permohonan mereka di laman sesawang https://online.uitm.edu.my seperti pada Rajah di bawah.

Semakan boleh dibuat untuk mengetahui status keputusan pemohonan Diploma UiTM sama ada berjaya atau gagal.

Bagi permohonan yang berjaya, mereka akan diberikan surat tawaran, manakala bagi yang gagal, pemohon bolehlah membuat rayuan di laman rasmi UiTM.

semakan keputusan diploma uitm

Senarai Uitm Course Yang Popular

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan antara universiti yang paling ulung di Malaysia yang menyediakan dan menawarkan pelbagai kursus dan bidang pelajaran.

Antara program diploma yang paling menjadi tumpuan dalam kalangan pelajar adalah seperti berikut;

  • Diploma Seni Bina
  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
  • Diploma Sains Komputer
  • Diploma Sains Matematik
  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Pentadbiran Awam
  • Diploma Pengajian Perniagaan

Uitm Diploma vs UM Diploma

Diploma yang ditawarkan di mana-mana universiti di Malaysia termasuklah UiTM dan UM, kedua-duanya mempunyai kekurangan dan kelebihan yang tersendiri.

Silibus bagi program diploma bagi kedua-duanya adalah lebih kurang sama.

1. Kelebihan Belajar Uitm Diploma

Antara kelebihan bagi pelajar yang memohon diploma di UiTM adalah

  • kadar bayar yuran uitm diploma 2023 yang ditawarkan sangat murah dan berpatutan.
  • Kadar bayar yuran uitm yang rendah dapat menggalakkan lebih ramai lagi anak muda untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Ini merupakan hasrat kerajaan terhadap bumiputera  bagi meningkatkan jumlah graduan dan melahirkan lebih ramai individu berpendidikan di Malaysia.

2. Kelebihan Belajar UM Diploma

Manakala, kelebihan program diploma di Universiti Malaya (UM) ialah :

  • program yang ditawarkan mendapat pengiktirafan daripada badan-badan akreditasi antarabangsa.
  • Oleh kerana reputasinya yang baik, program diploma di UM ini dapat mengembangkan lagi potensi-potensi pelajar, secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai lagi graduan diploma yang berjaya.

3. Kekurangan

Walaubagaimanapun, terdapat juga kekurangan program diploma yang dianjurkan oleh kedua-dua universiti ini.

  1. Pertama, kekurangan menyertai program diploma di UiTM adalah apabila melibatkan persaingan dengan pelajar bukan bumiputera seperti Cina dan India serta pelajar dari luar negara. Persaingan program diploma ini hanya melibatkan pelajar bumiputera. Sedikit sebanyak ini akan memberi kesan kepada kredibiliti seseorang pelajar.
  2. Seterusnya, kekurangan apabila menyertai program diploma di UM ialah pelajar wajib mempelajari tujuh (7) subjek wajib seperti Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Hubungan Etnik, Kemahiran Maklumat, Bahasa Inggeris, Jalinan Masyarakat, Kokurikulum dan Asas Pembudayaan Keusahawanan.
  3. Subjek ini wajib diambil untuk lulus di dalam program diploma. Bagi pelajar yang tidak lulus subjek wajib ini, ianya dapat menjejaskan keputusan diploma dan dapat melambatkan pelajar untuk ke peringkat seterusnya. 

Hatta apa sahaja kelebihan dan kekurangan bagi diploma kedua-dua universiti ini, program ini tetap menjadi batu lonjatan buat pelajar untuk terus berjaya ke peringkat seterusnya.

Apa Itu Pra Diploma Uitm

Di Malaysia, hanya beberapa sahaja universiti yang menawarkan program pra diploma, antaranya pra diploma uthm Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan pra diploma Politeknik KPM. 

UiTM merupakan antara salah satu universiti yang menawarkan program pra diploma yang menjadi pilihan pelajar. 

Program Pra-Diploma yang dianjurkan oleh UiTM merupakan antara salah satu inisiatif pihak universiti bertujuan untuk menggalakkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak memenuhi syarat asas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma.

Setelah tamat pengajian pra-diploma, para pelajar akan diterapkan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.

Peluang ini dibuka untuk menggalakkan lebih ramai anak muda untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan memupuk sifat suka belajar dalam kalangan masyarakat.

Secara tidak langsung, ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan seseorang.

Cara Permohonan Pra Diploma Uitm

Bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-diploma, pemohonan boleh dilakukan dengan menghantar emel permohonan kepada Pra Pendidikan Tinggi (PPT) Kampus mengikut alamat semasa negeri pemohon seperti pada Rajah di bawah untuk mendapatkan nombor pin.

  1. Setelah mendapatkan nombor pin dari pihak kampus, pelajar boleh layari laman sesawang https://online.uitm.edu.my/ppt/ seperti pada Rajah dibawah.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pin untuk mengisi borang permohonan secara atas talian.
  3. Pelajar perlu melengkapkan borang permohonan tersebut dengan betul dan tepat untuk tujuan pendaftaran.
  4. Akhir sekali, pelajar perlu membuat penyerahan dokumen lampiran melalui emel seperti
  • salinan kad pengenalan pemohon
  • salinan Sijil SPM/ SPM ulangan
  • salinan Sijil Kelahiran pemohon
  • salinan kad pengenalan ibu dan bapa, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa
  • salinan slip pendapatan ibu dan bapa (jika ada)
  • salinan sijil Kematian/ Penceraian ibu bapa (jika ada)
  • salinan Slip Bantuan Sara Hidup Rakyat (jika ada) kepada PPT Kampus.
bayar yuran pengajian uitm diploma

Semua dokumen yang dihantar oleh pemohon akan ditapis dan diperiksa oleh pihak UiTM agar menepati syarat syarat program Pra Diploma UiTM.

Bagi permohonan yang berjaya, pihak UiTM akan menghantar surat tawaran pengajian kepada pemohon melalui emel.

Senarai Kelebihan Belajar Kursus Pengajian Ini

Pra-Diploma ini adalah merupakan program yang diadakan untuk memperbaiki balik keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang baik yang menyebabkan mereka gagal untuk menyambung pelajar ke peringkat diploma. 

Antara kelebihan apabila menyertai program pra diploma ini, pertamanya adalah

  • pelajar yang lulus permohonan untuk menyertai program ini akan diberi peluang untuk memilih bidang yang mereka minati.
  • Kebebasan ini diberikan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar terhadap program diploma yang bakal mereka ceburi apabila berjaya melepasi peringkat pra-diploma.
  • Antara program pra-diploma yang ditawarkan antaranya adalah Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Sains, Program Perbankan dan banyak lagi. 
  • Selain itu, program pra-diploma ini menawarkan kadar yuran pengajian uitm yang sangat rendah iaitu RM700 sahaja. Akan tetapi, bagi pelajar golongan B40, mereka layak mendapat keistimewaan dibiayai secara penuh.
  • Pelajar akan diberikan elaun sara diri, yuran pengajian dan asrama secara percuma.
  • Semua keistimewaan ini diberikan kepada pelajar sehingga mereka berjaya lulus ke peringkat Diploma, di mana pra diploma ini memakan masa 6 bulan (1 semesta) sehingga 1 tahun (2 semesta). 
  • Tambahan pula, UiTM menawarkan dua (2) jenis aliran program pra diploma iaitu program pra diploma aliran sains dan program pra diploma perdagangan.
  • Pelajar yang lulus program pra diploma yang mereka pilih akan diserap ke pengajian diploma aliran yang sama jika menepati syarat kelayakan dan keputusan akhir semesta pelajar.

Ini akan memudahkan para pelajar untuk melanjutkan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Kelebihan Belajar Diploma Sains

Program diploma sains di UiTM merupakan program di bawah fakulti sains gunaan.

  • Diploma sains ini menfokuskan kepada sains tulen iaitu biologi, fizik dan kimia.
  • Diploma ini penting untuk melatih pelajar mengkonduksi projek mereka sendiri.
  • Selain itu, pelajar juga didedahkan kepada biologi kemanusiaan, ekologi dan biodiversiti.
  • Pelbagai eksperimen akan dibuat oleh pelajar untuk mengkaji reaksi terhadap sebatian terlibat. 
  • Diploma sains ini penting untuk pasaran kerja kerana skop kerja yang melibatkan kerjaya dalam industri kedoktoran, industri kejuruteraan, industri tekstil dan berkaitan dengannya.

Antara bidang yang terlibat adalah pegawai penyelidikan, pegawai sains, pegawai kawalan mutu dan pengurus makmal.

Bidang ini merangkumi tiga (3) ilmu yang berkaitan iaitu biologi, kimia dan fizik. 

Oleh itu, pasaran kerja terbuka luas bagi graduan diploma sains terutamanya menjadi tumpuan dalam bidang tekstil. Bidang pekerjaan bagi graduan diploma sains kebanyakkannya melibatkan pegawai kawalan mutu.

Kelebihan Ambil Diploma Sains Komputer

Diploma Sains Komputer merupakan program diploma yang diperkenalkan di bawah Fakulti Sains Komputer Dan Matematik.

Diploma ini menfokuskan bidang yang melibatkan hardware computer dan fizikal-fizikal komputer. Ianya juga melibatkan ilmu programming termasuklah coding, bahasa coding dan ilmu yang berkaitan dengannya.

Program diploma sains komputer ini memberi kelebihan untuk pasaran kerja kerana kemajuan teknologi yang kian pesat di negara kita.

“Programming dan coding” menjadi bidang pekerjaan yang paling menjadi permintaan pasaran kerana banyak aplikasi dan laman sosial yang memerlukan graduan bidang sains komputer ini.

Kelebihan Kursus Diploma Teknologi Maklumat

Program Diploma Teknologi Maklumat atau juga dikenali sebagai Teknologi Digital merupakan program pembelajaran di bawah Fakulti Sains.

Satu bidang yang melibatkan pembelajaran berkenaan dengan komputer merangkumi programmer, system analyst, database designer, network engineering, server dan sistem, perkembangan teknologi dan konfigurasi.

Pekerjaan dalam bidang ini membolehkan pelajar menjadi Pengurus Teknologi yang bertanggungjawab dalm mencari solusi terhadap masalah yang berkaitan dengan komputer.

Pasaran kerja yang melibatkan teknologi ini menjadi permintaan majikan syarikat swasta kerana ianya terbukti relevan dan sangat penting di era digital pada masa kita.

Secara ringkasnya, kelebihan diploma teknologi maklumat terhadap pasaran kerja pada hari menjadi tumpuan utama kerana memberi kesan dan impak yang ketara setaraf dengan perkembangan teknologi pada masa kini.

Kelebihan Ambil Course Diploma Perniagaan

Program Diploma Perniagaan ini diperkenalkan di bawah Fakulti Perniagaan. Program ini mengetengahkan ilmu perniagaan kontemporari.

Pelajar yang menceburi bidang ini akan terdedah kepada cabaran dalam bidang perniagaan.

Seperti semua maklum, perniagaan menjadi teras utama kepada bidang pekerjaan dalam pasaran kerja kerana melalui perniagaan, ekonomi negara boleh dipertingkatkan.

Pelajar yang menyertai program diploma perniagaan ini secara tidak langsung akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pentadbiran, pengurusan sumber manusia, pemasaran dan kewangan.

Pelajar yang minat dalam bidang ini akan memasuki pasaran kerja yang melibatkan perniagaan selaras dengan perkembangan perniagaan semasa.

Graduan bidang diploma perniagaan mempunyai peluang pekerjaan seperti penolong pembantu tadbir, penolong pengurus, eksekutif pemasaran dan jualan, eksekutif sumber manusia, usahawan e-dagang, pegawai pembangunan perniagaan, penyelidik perniagaan, pegawai operasi dan pegawai atau agen insuran. 

Kelebihan Ada Sijil Diploma Dalam Pasaran Kerja

Sijil Diploma merupakan sijil yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia untuk mencari kerja.

Pelajar graduan Diploma akan terdedah kepada peluang menjalani latihan praktikal dan kemahiran personel.

Dengan adanya pengalaman latihan praktikal, peluang pekerjaan akan terbuka luas kepada pelajar.

Oleh kerana pelajar telah terdedah kepada pengalaman pekerjaan ketika sesi pembelajaran, pelajar akan mudah untuk mempraktikkan apa yang mereka pelajari ketika bekerja.

Pengalaman yang mereka perolehi akan membantu mereka lebih produktif dan proaktif semasa berada di alam pekerjaan.

Soalan Lazim & FAQ

1. Apa itu UITM

UiTM merupakan antara universiti kebangsaan yang hanya terdiri daripada bumiputera yang menawarkan pelbagai program pengajian diploma yang merangkumi semua aspek tuntutan pekerjaan pada masa kini.

Ini akan memudahkan para pelajar untuk merancang masa depan kerjaya mereka mengikut minat dan bidang kepakaran mereka dengan lebih baik jika ingin mengikuti program pengajian diploma yang dianjurkan oleh pihak universiti. 

2. Berapa yuran pra diploma uitm 2023?

Jumlah yuran pengajian uitm untuk pendaftaran bagi program pengajian diploma ini bergantung kepada pihak universiti dan bidang yang dipilih oleh pelajar.

Walaubagaimanapun, pihak universiti pasti menyediakan beberapa inisiatif bagi pelajar yang kurang berkemampuan tetapi layak untuk menyertai program ini.

Antara inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban pelajar adalah pinjaman PTPTN yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

3. Selepas tamat diploma, boleh sambung degree di universiti yang sama uitm?

Bagi pelajar yang berjaya lulus program diploma ini dengan baik mengikut tempoh yang telah ditetapkan, pihak universiti biasanya akan menawarkan program pengajian peringkat ijazah di university yang sama.

Walaubagaimanapun, semua ini tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia