PPSR 2019 : Tarikh Keluar Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah

PPSR 2019 Tahun 6 : Tarikh Keluar Laporan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah Dari KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia

ppsr

Jikalau dahulu apabila ramai yang bertanyakan apa penilaian untuk murid tahun 6, ramai yang berkata UPSR.

Tetapi selepas Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia berbincang dan melakukan kajian bagi memastikan murid sekolah pada masa akan datang lebih berkualiti untuk pelbagai aspek yang tidak tertumpu kepada akademik semata, akhirnya lahirlah apa yang dinamakan sebagaiPelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah atau dikenali.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah adalah penilaian tahun 6 yang terkini selaras dengan aspirasi kerajaan hari ini.

Ini juga bermakna PPSR ganti UPSR sepenuhnya bagi penilaian tahun 6 selepas ini

Komponen PPSR Tahun 6

Untuk anda yang tidak tahu, keputusan UPSR sama sekali tidak akan dimansuhkan serta merta seperti yang dicanang sebelum ini.

Sebaliknya, keputusan UPSR menjadi salah satu elemen di bawah Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah.

ppsr tahun 6

Ada 4 elemen kesemuanya untuk format baru, senarainya ada seperti di bawah ini :

  1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  3. Pentaksiran Psikometrik (PPSI)
  4. Keputusan UPSR atau Keputusan PASR (Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah)
ujian psikometrik tahun 6

Ini bermakna murid tidak hanya akan mendapat keputusan UPSR sahaja seperti tahun tahun sebelum ini, tetapi hasil ujian psikometrik tahun 6, hasil keputusan pajsk dan juga PBD. Kesemua sekali.

pajsk

Tarikh Keluar Keputusan

Khabar gembira yang sudah tertunggu lama bila tarikh keluar bagi tahun 6 yang anda nanti nantikan selama ini. Ia akan termasuk sekali tarikh keluar keputusan UPSR

  • Tarikh keluar Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah Tahun 6 : November 2019
  • Anda sebagai calon boleh terus ambil laporan ppsr yang merupakan laporan akhir di sekolah masing masing. Ataupun ibu bapa anda juga boleh tolong ambilkan.
BACA SINI:
Simpeni Online : Akses Portal Maklumat Pendidikan Islam KAFA