Check Saman Polis Melalui No IC: Semakan Trafik Online

Check Saman Polis online Melalui No IC, semak ikut Plat atau cek Secara SMS atau menggunakan no plat

cek check saman polis online melalui no ic

Saman merupakan suatu bentuk notis yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada pengguna jalanraya yang melakukan kesalahan undang-undang trafik.

Saman ini dibahagikan kepada dua (2) jenis saman iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun. Antara-antara kesalahan trafik yang boleh dikenakan saman oleh pihak polis adalah seperti pemandu tidak memakai tali pinggang keledar, memandu sambil menggunakan telefon bimbit, memandu melebihi had laju, memotong garisan berkembar, memandu tanpa mempunyai lesen memandu dan banyak lagi kesalahan-kesalahan jalanraya yang lain. 

Oleh yang demikian, pengguna jalan raya yang menerima surat notis saman ini mestilah membuat bayaran terhadap jumlah saman yang telah dikenakan. Sebagai contoh, pemandu yang memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan boleh dikenakan saman sehingga RM300. Pembayaran saman ini boleh dilakukan menerusi mana-mana kaunter JPJ atau di mahkamah atau secara atas talian menerusi aplikasi seperti MyBayarrr.

Tuntasnya, semakan saman polis ini dikenakan bertujuan untuk memastikan pengguna jalanraya memandu kenderaan mereka dengan lebih berhemah dan selamat bagi mengelakkan dan mengurangkan berlakunya kemalangan jalanraya di Malaysia terutamanya pada musim-musim perayaan.

Cara Semak Saman Polis Melalui IC

Bagaimana nak check saman online malaysia? Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan, kedua-duanya menjalankan skop tugas yang hampir sama.

Kedua-duanya merupakan badan beruniform yang bertanggungjawab dalam menjaga keamanan negara termasuklah keamanan lalu lintas.

Pengguna jalanraya yang melakukan kesalahan jalanraya boleh disaman oleh dua (2) pihak iaitu pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kedua-duanya bertanggungjawab dalam memastikan setiap pengguna jalanraya mematuhi SOP yang betul sepanjang mengendalikan kenderaan mereka di atas jalanraya.

Bagi kesalahan jalanraya yang disaman oleh polis, pengguna jalanraya perlu membuat bayaran mereka menerusi aplikasi MyBayarrr yang boleh dilakukan secara atas talian.

Ianya lebih mudah berbanding saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ kerana pengguna perlu hadir ke mahkamah untuk membayar saman ini.

Berikut merupakan cara semak saman polis secara online dengan hanya melalui nombor kad pengenalan / no ic pemandu;

cek saman pdrm

    1. Pengguna perlu melayari laman sesawang https://mybayar.rmp.gov.my
    2. Pendaftaran akaun MyBayarrr mestilah dilakukan terlebih dahulu dengan klik pada butang “Daftar”.
    3. Setelah pendaftaran Berjaya dilakukan, pengguna perlu log masuk ke akaun mereka untuk membuat semakan saman mereka.
    4. Pengguna perlu memasukkan nombor kad pengenalan mereka dan kata laluan yang sah serta klik pada butang “Log Masuk”.
    5. Pada paparan menu utama, klik pada butang “Semakan”.
    6. Akhir sekali, butiran cek saman polis pengguna akan dipaparkan untuk rujukan.

Mudah bukan untuk buat check polis saman yang anda telah terima dari masa ke semasa.

Cek Saman Polis Secara SMS

Check Saman polis juga boleh disemak menerusi SMS. Ianya juga mudah dan cepat.

Hal ini kerana pastinya setiap pengguna jalanraya mempunyai telefon bimbit untuk berbuat demikian.

Berikut merupakan cara untuk semakan saman polis secara sms;

    1. Pengguna perlu taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan, sebagai contoh, POLIS SAMAN 920201115394.
    2. Kemudian, klik pada Hantar ke 15888 atau 32728.
    3. Akhir sekali, paparan butiran saman akan dipaparkan.

Check Saman Polis Melalui No Plat Secara Online

Setiap saman yang dikenakan ke atas pengguna jalanraya adalah berdasarkan kenderaan yang dipandu atau ditunggang oleh pengguna jalanraya.

Ini bermaksud semak saman juga boleh dilakukan dengan memasukkan butiran nombor plat kenderaan yang dipandu oleh pengguna jalanraya.

Berikut merupakan cara untuk periksa dan check saman online dengan polis pdrm melalui nombor plat kenderaan pemandu;

    1. Pengguna perlu taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Plat Kenderaan, sebagai contoh, POLIS SAMAN CDK1.
    2. Kemudian, klik pada Hantar ke 15888 atau 32728.
    3. Akhir sekali, paparan butiran saman akan dipaparkan.

Selain itu, periksa dan check saman polis melalui nombor plat kenderaan pengguna jalanraya juga boleh dilakukan secara online. Berikut merupakan cara semakan saman polis;

    1. Pengguna perlu melayari laman sesawang https://sso.rmp.gov.my
    2. Pengguna baharu perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu dengan klik pada butang “Pendaftaran Baharu”.
    3. Setelah selesai mendaftar, pengguna boleh mula log masuk ke akaun mereka.
    4. Kemudian, klik pada butang “Semakan”.
    5. Masukkan nombor plat kenderaan pengguna.
    6. Akhir sekali, paparan butiran saman trafik melibatkan pengguna akan dipaparkan.

Senarai Kesalahan Trafik

Berikut merupakan jenis jenis kesalahan saman trafik yang boleh dikenakan saman dan kadar bayaran saman yang perlu dibayar oleh pengguna jika dikenakan saman ini;

JENIS KESALAHAN KADAR SAMAN 
1 -15 HARI 16 – 30 HARI 31 – 60 HARI
Cek Saman Online Untuk Langgar Lampu Isyarat RM150 RM200 RM300
Cek Saman Online Untuk Langgar Had Laju RM150 RM200 RM300
Cek Saman Buat Pusingan U Di Kawasan Yang Salah RM150 RM200 RM300
Saman Lampu Tidak Menyala RM100 RM150 RM250
Harga Saman Tidak Tampal Lesen P RM70 RM120 RM150
Harga Saman Tidak Tampal Lesen L RM70 RM120 RM150
Saman Tidak Memakai Tali Pinggang Keledar RM150 RM200 RM300
Saman Guna Lorong Kecemasan RM100 RM150 RM250
Saman untuk kesalahan Ekzos RM70 RM120 RM150
Saman Tiada Cermin Sisi Bagi Motor RM100 RM150 RM250
Saman Guna Telefon RM150 RM200 RM300
Saman Tiada Insuran Motor RM70 RM120 RM150
Saman Memotong Kenderaan Di Garisan Berkembar (Double Line) RM70 RM120 RM150
Saman Kepada Penjaja Makanan Dan Minuman Di Lampu Isyarat RM2,000

Denda Penalti Jika Lambat / Tak Bayar

Pengguna jalanraya yang dikenakan saman disebabkan oleh kesalahan jalanraya wajib membayar saman tersebut.

Pengguna boleh membuat bayaran saman ini di pejabat polis, secara atas talian, dan banyak lagi.

Saman ini perlu dijelaskan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tempoh anda periksa tarikh saman ini dikeluarkan kepada pengguna jalanraya.

Kegagalan untuk membuat pembayaran saman ini boleh menyebabkan pengguna jalanraya dikenakan tindakan undang-undang atau disenaraihitamkan nama mereka.

Pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan juga tidak boleh dilakukan oleh pemilik kenderaan disebabkan oleh masih ada saman yang belum dilangsaikan.

Oleh itu, pengguna jalanraya yang telah disaman wajib periksa dan bayar saman mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

How to Check Saman Tanpa Register

Semakan saman PDRM ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuk check online saman. Bagi individu yang ingin check saman pdrm tanpa register mana-mana akaun, boleh semak saman secara sms.

how to check saman online pdrm traffic summons

Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor plat kenderaan untuk semak saman check polis PDRM mereka.

Senarai check saman traffic PDRM malaysia yang dikenakan ke atas pemilik kenderaan (kereta dan motor) akan dipaparkan. Semoga perkongsian check summon pdrm without register.

Semak Saman Untuk Kesalahan Tidak Boleh Dikompaun

Terdapat tujuh (7) saman trafik pdrm daripada kesalahan jalan raya yang tidak boleh dikompaun.

Ianya adalah bertujuan untuk memastikan setiap individu mematuhi undang-undang lalu lintas dengan baik dan mengurangkan risiko kemalangan.

Berikut merupakan senarai cek saman pdrm kesalahan yang tidak boleh dikompaun;

check summon online terlepas tarikh saman mahkamah

    1. Penggunaan telefon bimbit ketika memandu
    2. Gagal mematuhi lampu isyarat dan melanggar lampu isyarat merah
    3. Memandu di Lorong kecemasan
    4. Memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan
    5. Memandu dan memotong di garisan berkembar
    6. Memotong barisan
    7. Pengguna jalan raya tidak memakai tali pinggang keledar

Check Cara Bayar Saman di Mahkamah

Terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi oleh individu bagi mengelakkan sehingga saman kena pergi mahkamah untuk menghadiri perbicaraan,

Prosedur ini perlu dipatuhi untuk memudahkan urusan pembayaran saman yang telah dibawa ke mahkamah.

Berikut adalah cara bayar saman di mahkamah

cara bayar saman di mahkamah

    1. Pengguna jalan raya perlu hadir ke mahkamah yang telah ditetapkan pada masa dan waktu yang dinyatakan.
    2. Pesalah perlu membawa dokumen penting seperti resit cek saman dengan pdrm /jabatan pengangkutan jalan, kad pengenalan dan kad debit bagi tujuan pembayaran.
    3. Lakukan pendaftaran di kaunter pendaftaran mahkamah.
    4. Kemudian, setelah pendaftaran dilakukan, terus ke bilik menunggu.
    5. Pesalah harus menunggu nama mereka dipanggil oleh jurubahasa mahkamah.
    6. Kemudian, pesalah perlu mengakui kesalahan mereka dan jika tidak bersalah, rayuan pdrm traffic summons malaysia boleh dibuat pada ketika itu.
    7. Seterusnya, majistret akan memaklumkan kadar bayaran semak.saman yang dikenakan kepada pesalah.
    8. Bayaran pdrm traffic summons tersebut mestilah dibuat pada hari yang sama.
    9. Setelah bayaran pdrm summon dibuat, bawa resit pembayaran ke kaunter pendaftaran untuk mendapatkan kad pengenalan pesalah.
    10. Akhir sekali, simpan resit e saman check online tersebut.

Terlepas Tarikh Saman Mahkamah Untuk Traffic Summon Check

saman yang kesalahan tidak boleh dikompaun

 
Bagi kesalahan lalu lintas yang menyebabkan seseorang individu tersebut perlu hadir ke mahkamah, individu tersebut wajib hadir pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
 
Walaubagaimanapun, individu yang terlepas tarikh atau gagal untuk hadir police summon check, mereka perlu hadir ke mana-mana pejabat jabatan pengangkutan jalan yang berdekatan untuk mendapatkan tarikh perbicaraan saman di mahkamah baharu.
 
Jikalau boleh lepas ini, jangan lagi terlepas tarikh saman mahkamah.
 

how to check saman trafik

Undang-undang jalan raya dan lalu lintas ini wajib dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Kegagalan untuk mematuhi mana-mana undang-undang jalan raya, pengguna jalan raya layak dikenakan saman. Saman lalu lintas ini boleh dikenakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia atau pihak Jabatan Pengangkutan Jalan. 

Secara amnya, individu yang melakukan kesalahan lalu lintas bakal dikenakan malaysia traffic summon check melibatkan police, di mana saman trafik yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan malaysia lebih berisiko tinggi. Bayaran yang dikenakan juga adalah tinggi.

Saman jabatan pengangkutan jalan ini merangkumi semua jenis kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna jalan raya, manakala semak saman kereta online pula termasuk motor adalah saman disebabkan oleh kesalahan trafik.

Semoga perkongsian bagaimana untuk buat semak saman pdrm secara online portal ataupun menerusi apps polis pdrm termasuk semak saman kereta orang lain melalui ic.

FAQ Cek Saman Dengan PDRM

1. Apa itu saman tidak boleh dikompaun

Saman yang dikenakan kepada pengguna jalanraya aterbahagi kepada dua (2) iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.

Terdapat tujuh (7) jenis kesalahan yang dikenakan saman yang tidak boleh dikompaun iaitu kesalahan menggunakan alat komunikasi ketika memandu, gagal mematuhi isyarat lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan, memotong garisan berkembar, memotong barisan dan pemandu tidak memakai tali pinggang keledar.

2. Cara bayar saman tidak boleh dikompaun

Cara bayar saman tidak boleh dikompaun mestilah dibayar ketika hadir pada hari perbicaraan kes sepertimana yang tertakluk di dalam notis saman yang diterima oleh pemandu atau pemilik kenderaan.

3. Cara bayar saman di mahkamah

Ada dikongsikan semak saman seperti di atas ini

4. Ada penyelesaian jika gagal hadir ke mahkamah saman trafik

Ada kami kongsikan penyelesaian semak.saman seperti di atas ini

5) Yang terlepas saman trafik mahkamah adakah terus kena tangkap

Tidak. Penjelesannya check summon malaysia ada kami kongsikan di atas ini

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia