Cara login masuk Portal Digital Learning KPM untuk mengakses perkhidmatan pembelajaran digital sekolah rendah dan sekolah menengah secara online
Panduan ini khas untuk para guru. Berikut kami kongsikan kepada anda langkah masuk portal Digital Learning KPM kementerian pendidikan malaysia untuk menggunakan perkhidmatan pembelajaran digital yang disediakan.
ID yang dibekalkan hendaklah digunakan. Contohnya : g – 876543321@moe-dl.edu.my. Boleh dapatkan daripada Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah anda jika tiada ID.
Kad pengenalan adalah kata laluan anda. Pada log masuk pertama, sila tukar kata laluan. Kata laluan itu hendaklah disimpan atau diingatkan, jikalau tidak akan panjang ceritanya nanti.
Untuk mengakses platform ini, terdapat dua cara. Pertama menerusi Web Browser seperti Edge, Chrome atau Safari. Cara kedua pula melalui aplikasi (app), namun cara ini masih belum diaktifkan untuk para guru.
Panduan Guna Portal Digital Learning KPM
Cara mengakses platform pembelajaran atas talian menggunakan Safari akan kami tunjukkan di bawah. Jika ada Web Browser kegemaran anda, boleh sahaja digunakan.




Pelbagai menu diberikan apabila masuk Menu Guru. Antaranya untuk mengakses LMS seperti Microsoft Teams dan Google Classroom kpm login, muat turun buku teks digital, aplikasi-aplikasi pembelajaran, pusat sumber PNM, perkongsian para guru dan sebagainya.
Anda perlu memilih menu [2.Aktiviti], sekiranya mahu mengakses aplikasi pengurusan pembelajaran (LMS) Google Classroom. Pelbagai LMS lain turut ditawarkan seperti Microsoft Teams.
G-Suite daripada Google adalah asas sistem ini. Oleh itu, peti emel Gmail, Google Drive, Google Calendar dan pelbagai aplikasi daripada Google boleh diakses. Selamat mencuba dan berkeksplorasi.