Apply Pinjaman Ptptn Loan: Myptptn Online & Cawangan Near Me
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah agensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ia menawarkan pinjaman kewangan kepada pelajar-pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Ia merangkumi lanjutan pelajaran ke institusi awam atau swasta.
Bukan itu sahaja, PTPTN online ini diwujudkan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Dengan adanya kemudahan untuk apply pinjaman PTPTN ini, pelajar dapat menggunakan dana sumbangan itu untuk menyelesaikan kos pengajian seperti yuran pengajian, pembelian buku, belanja harian dan banyak lagi.
Apply Pinjaman Ptptn Loan Secara Online
Pelajar yang telah menerima surat tawaran Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta boleh mula membuat apply PTPTN loan. Pelajar wajib mempunyai salah satu nombor akaun SSPN sebelum membuat permohonan PTPTN.
- BACA SINI >> diskaun ptptn 2023
- BACA SINI >> penangguhan bayaran balik ptptn
- BACA SINI >> sspn dividend dan interest rate 2023
Bukan itu sahaja, pelajar juga hendaklah membuka akaun bank panel bagi IPT yang dipilih untuk memudahkan urusan pengkreditan bantuan PTPTN ke akaun bank pelajar.
Individu pelajar yang telah memenuhi syarat kelayakan permohonan PTPTN boleh mula untuk membuat permohonan PTPTN secara atas online.
Berikut merupakan proses untuk membuat permohonan PTPTN di laman sesawang PTPTN;
- Layari laman sesawang https://www.ptptn.gov.my
- Klik pada bahagian “e-Perkhidmatan Pinjaman Pendidikan”.
- Klik pada bahagian “Permohonan Kali Pertama”.
- Kemudian, masukkan maklumat diri peminjam dengan lengkap dan betul seperti pada Rajah di bawah ini dan klik pada butang “Hantar”.
- Seterusnya, pembelian no. pin hendaklah dibuat untuk melengkapkan pendaftaran PTPTN.
- Akhir sekali, permohonan peminjam akan menerima notifikasi pendaftaran PTPTN berjaya didaftarkan dan pengesahan berjaya atau tidak menerima pinjaman PTPTN akan dimaklumkan kepada pemohon menerusi mesej atau emel.

Daftar Myptptn App Untuk Urusan Pinjaman Ptptn Loan
MyPTPTN merupakan suatu aplikasi yang menawarkan perkhidmatan PTPTN yang berkaitan dengan pinjaman peminjam.
Ianya termasuklah semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, permohonan pemotongan gaji untuk pembayaran pinjaman, semakan penyata pinjaman dan banyak lagi.
Individu yang membuat apply pinjaman PTPTN mestilah mendaftar aplikasi MyPTPTN untuk memudahkan urusan melibatkan pinjaman mereka.
Berikut merupakan cara-cara untuk daftar MyPTPTN;

- Layari laman sesawang https://myptptn.ptptn.gov.my seperti pada Rajah di atas ini
- Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan peminjam dan klik pada butang “Seterusnya”.
- Kemudian, padankan imej atau gambar mengikut arahan yang telah dinyatakan untuk tujuan frasa pengesahan.
- Selepas itu, isi maklumat dan butiran peribadi diri peminjam dengan lengkap dan klik pada butang “Seterusnya”.
- Pilih frasa dan ikon keselamatan serta tanda pada bahagian pengesahan maklumat.
- Klik pada butang “Selesai”.
- Setelah itu, klik pada butang “Mohon TAC” untuk mendapatkan nombor TAC menerusi telefon bimbit peminjam.
- Masukkan nombor TAC yang telah diberikan.
- Akhir sekali, peminjam akan menerima notifikasi pendaftaran aplikasi MyPTPTN berjaya didaftarkan dan pengesahan akaun mestilah dibuat menerusi emel peminjam
Login Ptptpn Online Melalui Myptptn App
Setelah pengesahan akaun MyPTPTN telah dibuat oleh peminjam yang berjaya mendaftar, peminjam boleh mula log masuk ke akaun MyPTPTN.

Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun MyPTPTN bagi tujuan buat pinjaman dan ptptn loan;
- Layari laman sesawang https://myptptn.ptptn.gov.my seperti pada Rajah di atas ini.
- Masukkan nombor kad pengenalan peminjam yang sah.
- Klik pada butang “anak panah”.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Akhir sekali, klik pada butang “Log Masuk”.
Lokasi Pejabat Ptptn Near Me
Berikut merupakan senarai lokasi office dan pejabat utama PTPTN near me di seluruh negeri di Malaysia;
OFFICE PTPTN | ALAMAT | NO TELEFON |
---|---|---|
Ibu Pejabat PTPTN KL (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) | Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur. | 03 – 2193 1180 |
Vista Alam (PTPTN Selangor) | F-G-42 Vista Alam, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor. | 03 – 5523 2170 |
PTPTN Negeri Sembilan (Seremban) | No. 1-L2, Seremban Gateway, Off Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban, Negeri Sembilan. | 06 – 760 6884 |
PTPTN Melaka (Ayer Keroh) | No.37 & 39, Jalan KF 1, Kota Fesyen MITC, Ayer Keroh, 75450 Melaka. | 06 – 233 6212 |
PTPTN Johor (Bandar Baru Uda) | No. 17, Jalan Padi Emas 1/5, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru Johor. | 07 – 237 1094 |
PTPTN Perak (Green Town) | No. 11 & 13, Tingkat Bawah, Persiaran Green Town 4, 31300 Green Town, Ipoh, Perak. | 05 – 249 8411 |
PTPTN Pulau Pinang | B2-G-20, B2-G-21, B2-G-22, Lorong Pauh Jaya 1/3, Taman Pauh Jaya, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang. | 04 – 383 1410 |
PTPTN Kedah (Alor Setar) | No. 1302, Jalan Tunku Ibrahim, 05000 Alor Setar, Kedah. | 04 – 720 8403 |
PTPTN Perlis | No. 3, Aras 1, Blok B, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Perlis Sena, 01000 Kangar, Perlis. | 04 – 970 8181 |
PTPTN Pahang (Kuantan) | No.48, Malay Town, Jalan Putra Square 1, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang. | 09 – 517 3442 |
PTPTN Kelantan (Bandar Baru Tunjong) | Lot 396, Jalan Kuala Krai, Bandar Baru Tunjong, 15100 Kota Bharu, Kelantan. | 09 – 741 6537 |
PTPTN Terengganu (UTC Terengganu) | L3-UTC-01, UTC Terengganu Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin 20100, Kuala Terengganu, Terengganu. | 09 – 623 3353 |
PTPTN Sarawak (Kuching) | Lot 519, No. 15-I, Section 6, Al-Idrus Commercial Centre, Jalan Kulas 93400 Kuching, Sarawak. | 082 – 234 608 |
PTPTN Sabah | Lot M4-1 & Lot M4-3, Tingkat 4, Menara UTC Sabah, Jalan Belia, Off Jalan Tunku Abdul Rahman, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. | 088 – 487 245/ 467 |