Semakan Penyata Pinjaman KPT Malaysia & Biasiswa

Semakan Penyata Pinjaman KPT Malaysia Bayaran Balik dan permohonan biasiswa kpt 2023

permohonan pinjaman kpt malaysia 2023

Pinjaman Kementerian Pengajian Tinggi merupakan biasiswa pengajian dan pembelajaran yang diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada ke peringkat Sijil, Kolej Komuniti, Diploma, Sarjana Muda, Ijazah Sarjana Muda dan Doktor Falsafah.

Pinjaman ini dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan. Ianya ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957. Pinjaman ini mestilah dibayar semula oleh pelajar setelah mereka menamatkan pengajian selepas tempoh 6 bulan. 

Pinjaman KPT ini bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa untuk membolehkan anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pinjaman ini disediakan bagi membantu pelajar-pelajar yang layak untuk menerima bantuan pelajaran.

Antara pinjaman yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN dan Bantuan Pinjaman Pendidikan Tinggi MARA. 

Cara Buat Permohonan Pinjaman KPT Malaysia 2023

Permohonan pinjaman KPT boleh dibuat secara atas talian dengan melayari mana-mana portal rasmi pinjaman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) seperti;

  1. Portal rasmi MOHE
  2. Portal rasmi https://online.sspn.my

BACA SINI >> Diskaun ptptn 2023: potongan sehingga 15 Peratus discount

Syarat Kelayakan

Pinjaman ini hanya disediakan kepada pelajar yang layak untuk menerima bantuan kewangan sahaja.

Ianya berbentuk pinjaman, di mana pelajar yang membuat pinjaman mestilah membuat bayaran balik terhadap pinjaman tersebut 6 bulan selepas tempoh pengajian berakhir. 

Walaubagaimanapun, beberapa syarat kelayakan dikenakan bagi setiap pelajar yang ingin membuat pinjaman ini, antaranya termasuklah;

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Kursus pengajian mestilah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  3. Mendapat tawaran ke institusi yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  4. Pendapatan bulanan keluarga adalah RM4000 dan kebawah.

Semakan KPT Lulus atau Tidak

Pelajar yang layak membuat permohonan pinjaman KPT boleh membuat semakan pinjaman sama ada mereka lulus atau gagal menerima pinjaman tersebut.

Semakan kelulusan permohonan pinjaman boleh dibuat di portal rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia. 

Selain itu, pelajar juga akan menerima SMS atau emel jawapan kelulusan atau tidak terhadap permohonan pinjaman yang dibuat.

Pelajar yang berjaya akan menerima pinjaman tersebut mengikut apa yang telah dinyatakan di dalam surat tawaran.

Manakala, pelajar yang gagal boleh cuba membuat rayuan permohonan pinjaman.

Semakan Penyata KPT Untuk Bayaran Balik Loan

Setelah pelajar tamat tempoh 6 bulan pengajian mereka, bayaran balik pinjaman pengajian KPT mestilah dilakukan.

Pelajar boleh membuat semakan penyata pinjaman kpt untuk mengetahui jumlah yang perlu dibayar secara bulanan.

Semakan boleh dibuat di laman sesawang https://biasiswa.mohe.gov.my seperti di bawah ini

semakan penyata kpt

Pelajar hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan mereka dan klik pada butang “login”.

Penyata pinjaman ini akan dipaparkan beserta jumlah pinjaman yang perlu dibayar oleh pelajar pada setiap bulan seperti pada Rajah di bawah ini

kpt statement

Cara Buat Bayaran Pinjaman KPT Secara Online

Setelah semakan penyata pinjaman KPT telah dibuat, pembayaran pinjaman ini boleh dibuat secara atas talian.

Ini dapat memudahkan pelajar tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan untuk membuat pembayaran pinjaman.

Pembayaran secara atas talian boleh dibuat ke atas nama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi perbankan internet seperti berikut;

  1. CIMB Click
  2. POS Online
  3. Bank Islam
  4. FPX

Biasiswa KPT Malaysia

Terdapat dua (2) jenis biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang disediakan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu Program Pendidikan Khas (PPK) dan Bantuan Kewangan OKU.

Biasiswa kpt malaysia ini penting untuk memastikan hak pelajar OKU terpelihara sepertimana pelajar-pelajar lain. 

Mana-mana sahaja pelajar yang memegang kad OKU layak untuk memohon biasiswa ini.

  • Ianya mestilah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang sepertimana yang terdapat pada Rajah di bawah ini di laman sesawang https://cdn.me-qr.com/pdf/11878782.pdf.
  • Borang tersebut hendaklah diisi dengan betul dan lengkap.
  • Borang tersebut perlulah dihantar bersama dokumen sokongan yang telah dinyatakan.

Akhir sekali, pelajar hendaklah menghantar dokumen-dokumen tersebut di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kaunter Bahagian Biasiswa (Aras 2) atau menerusi e-mel di bkoku@mohe.gov.my.

semakan biasiswa kpt

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia