Pest Control Malaysia: Masalah Anai-anai & Cara Menghapuskan

Punca dan Sebab kena ambil Perkhidmatan kos harga Pest Control Malaysia 2023: Masalah Anai-anai & Cara Menghapuskan anai-anai masuk rumah

harga servis perkhidmatan pest control malaysia

Pest Control atau Kawalan Pembasmian Serangga merupakan suatu bidang perkhidmatan yang bertanggungjawab mengendalikan serangga pemukiman. Bidang perkhidmatan ini diwujudkan untuk menjamin kelestarian alam dan keselamatan masyarakat daripada serangga atau hama yang mengganggu kediaman masyarakat.

Serangga seperti nyamuk, lalat, semut, tikus, lipas lipan dan labah-labah bersifat mengganggu dan merosakkan mestilah dihapuskan. Oleh itu, bidang kuasa ini diwujudkan untuk membersihkan ruang atau kawasan yang dipenuhi dengan serangga-serangga ini.

Pest Control ini dibahagikan kepada pelbagai jenis pest control yang berbeza termasuklah pest control organik, pest control kimia, pest control biologi dan pest control elektronik.

Kesemua perkhidmatan ini menggunakan kaedah pembasmian yang berbeza mengikut jenis serangga perosak yang ingin dihapuskan. Tuntasnya, pelbagai kaedah pest control yang dilakukan untuk memastikan kebersihan dan keselamatan alam sekitar daripada kacau ganggu.

Cara Menghapuskan Anai-anai Dengan Perkhidmatan Pest Control

Perkhidmatan pest control ini dilakukan oleh individu yang pakar dalam mengawal pembasmian serangga.

Banyak syarikat dan company yang daftar dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM menawarkan perkhidmatan pest control ini.

Pest control yang dilakukan mestilah mengikut prosedur yang betul agar serangga-serangga perosak ini dapat dibasmi dengan baik. 

Berikut merupakan cara meracun anai-anai dan proses melakukan pest control di kediaman baharu bagi menjamin kebersihan sebelum memasuki rumah baharu;

  1. Pemeriksaan kawasan kediaman secara terperinci oleh individu yang ingin melakukan pest control terlebih dahulu.
  2. Kawasan-kawasan penting yang berkemungkinan tinggi akan menjadi tempat pembiakan serangga perosak akan dititikberatkan dan difokuskan.
  3. Pemeriksaan kawasan kejiranan juga akan diperiksa.
  4. Setelah kenalpasti kawasan-kawasan perumahan, rawatan semburan akan mula dilakukan di kawasan-kawasan tertumpu terlebih dahulu seperti ruang tidur, ruang dapur, kawasan belakang rumah, dinding dan banyak lagi.  
  5. Akhir sekali, rawatan ini akan dilakukan ke seluruh kediaman oleh individu yang pakar dalam bidang pest control ini. Langkah pencegahan mestilah dipraktikkan oleh penghuni rumah bagi mengelakkan pembiakan serangga perosak ini.

SUMBER: https://www.virtual-college.co.uk

Kenapa Ambil Servis Pest Control Untuk Mematikan Anai-anai di Rumah

Cara menghapuskan anai-anai di rumah bukan mudah. Mesti dilakukan oleh pakar.

Pest control ini sangat penting untuk dilakukan di kawasan kediaman, kawasan rumah kedai dan kawasan tempat makan.

Ianya mestilah dilakukan secara berkala bagi memastikan serangga perosak ini tidak mengganggu kehidupan seharian masyarakat.

punca ada anai-anai

Tanpa melakukan pest control ini, haiwan perosak ini boleh berkeliaran dan membiak secara tidak terkawal dan mengganggu kacau kediaman atau tempat masyarakat.

Secara tidak langsung, kebersihan di kawasan adanya haiwan perosak ini akan terjejas. Banyak kesan buruk yang akan berlaku kepada masyarakat termasuklah dapat menjejaskan kesihatan masyarakat.

Gangguan serangga atau haiwan perosak ini bukan sahaja dapat menjejaskan kesihatan masyarakat, bahkan ianya juga dapat menjejaskan ekonomi negara dan kebersihan alam sekitar.

Serangga dan haiwan perosak yang wujud di sesuatu kawasan menunjukkan bahawa kawasan tersebut adalah kotor dan tidak diuruskan dengan baik.

Kesannya pada ekonomi, ianya akan memberikan imej buruk kepada pendatang asing atau tempatan untuk berkunjung ke sesuatu tempat terutamanya kawasan tarikan pelancong disebabkan tiadanya inisiatif pest control ini.

Bukan itu sahaja, kawasan yang dipenuhi dengan haiwan perosak juga akan menjejaskan alam sekitar. Jelaslah, pest control ini sangat penting peranannya dalam menjamin kelestarian alam.

Kebaikan Mencegah & Mematikan Anai-anai Dengan Pest Control

Perkhidmatan pest control ini tidak lagi dipandang asing oleh masyarakat hari ini. Ini kerana masyarakat hari ini semakin sedar akan penting kebersihan tempat kediaman.

Haiwan atau serangga perosak seperti semut, lipas, anai-anai, tikus, labah-labah, nyamuk dan seumpama dengannya boleh membawa penyakit yang berbahaya kepada masyarakat seperti penyakit denggi, malaria, asma, keracunan makanan dan banyak lagi. Ianya bahkan boleh membawa maut. 

Kaedah pembasmian haiwan perosak ini seperti spraying, thermal fogging, misting, baiting, dan dusting menggunakan bahan kimia yang boleh menghapuskan haiwan perosak secara serta merta.

Hal ini dapat membasmi haiwan perosak dari kawasan kediaman sekali gus menjamin kebersihan kawasan dan kesihatan penduduk. Oleh itu, pest control ini dapat mengurangkan risiko berlakunya jangkitan penyakit berbahaya dalam kalangan masyarakat.

Perkhidmatan pest control ini menjadi penting kerana ianya perkhidmatan jangka masa panjang. Ia dapat menghapuskan haiwan perosak secara segera dan kemungkinan untuk adanya kembali haiwan perosak ini sangat tipis. Kawasan yang menjalankan proses pest control ini akan sentiasa bersih daripada haiwan perosak ini.

Haiwan-haiwan ini juga tidak akan membiak di kawasan yang bersih. Tuntasnya, setiap individu mestilah mempraktikkan langkah-langkah pencegahan dengan menjaga kebersihan di kawasan kediaman mereka bagi memastikan haiwan-haiwan perosak ini tidak mengganggu kacau kawasan kediaman. 

Caj Harga Pest Control Malaysia

Perkhidmatan pest control ini adalah merupakan servis yang berbayar.

Kos harga bagi setiap kali melakukan pest control adalah bergantung kepada jenis haiwan perosak yang ingin dihapuskan, keluasan dan lokasi kawasan dan kekerapan lawatan bagi tujuan pest control.

  • Kos harga pest control 2023 di malaysia ini adalah dalam lingkungan RM150 sehingga RM5000.

Semakin luas kawasan dan semakin berbahaya haiwan perosak tersebut, semakin mahal kos pest control yang perlu dibayar. Ini kerana ianya melibatkan kos bahan kimia yang digunakan untuk menghapuskan haiwan perosak tersebut.

Cara Elak & Halang Anai-anai Masuk Rumah

Punca pembiakan anai-anai ini seringkali berlaku pada kawasan kediaman dan masuk rumah baru anda yang menggunakan bahan binaan daripada kayu.

cara menghapuskan anai-anai

Anai-anai akan merosakkan kawasan kediaman dengan memakan kayu-kayu sehingga boleh menyebabkan kayu tersebut reput. Pest control boleh dilakukan bagi mengurangkan pembiakan anai-anai ini. 

Kaedah pest control yang digunakan ialah kaedah mengumpan anai-anai. Secara umumnya, sarang utamanya yang menjadikan mereka membiak akan diletakkan umpan racun. Umpan ini dimakan oleh anai-anai dan mereka akan terkena jangkitan tersebut.

Jangkitan tersebut boleh mematikan koloni anai-anai sekaligus menghapuskan sarang utamanya dalam masa 2 hingga 3 bulan. 

Penduduk di kediaman atau tempat yang menggunakan bahan binaan berasaskan kayu mestilah mengambil langkah pencegahan daripada pembiakan serangga perosak anai-anai. Ini adalah salah satu punca anai anai masuk rumah yang utama supaya ia tidak dipandang ringan.

Caranya adalah dengan kenalpasti kawasan pembiakan anai-anai, gunakan racun perosak anai-anai pada kawasan yang terdapatnya pembiakan anai-anai, sentiasa bersihkan bahan-bahan kayu, dedahkan perabot kayu pada cahaya matahari dan bila wujudnya jalur kawasan anai-anai, letakkan minyak tanah bagi menghapuskannya dan mengelakkan daripada menjadikan tempat pembiakan anai-anai yang lebih besar.

Ini kerana banyak impak negatif kepada penghuni rumah yang adanya pembiakan anai-anai. 

Periksa Rumah Anda!

Jadi masih belum terlambat lagi untuk periksa sekeliling rumah anda. Kami cadangkan untuk ambil servis dan perkhidmatan pest control Malaysia baik di Putrajaya Selangor Kuala Lumpur Kl Melaka Johor Negeri Sembilan Pahang Kelantan Terengganu Sabah Sarawak Perak Perlis Pulau Pinang Penang Perak sebelum amasuk ke rumah baru anda.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia