Bantuan Pesara Kerajaan 2022 Bajet 2023: Kad Pencen KWAP


Bantuan Pesara Kerajaan 2022 Bajet 2023 , termasuk kelebihan kad pencen KWAP

bantuan pesara kerajaan 2022 bajet 2023

Individu yang bekerja pasti akan mengalami fasa persaraan, tidak kira seseorang individu tersebut bersara dari kerja kerajaan atau swasta.

BACA SINI >> Tarikh bayaran jpa pencen

Pesara boleh didefinisikan sebagai seseorang yang tamat perkhidmatannya dalam pekerjaan apabila mencapai umur 55 tahun dan ke atas sekaligus melayakkan pencen kerajaan 2022.

Pesara di Malaysia akan mendapat pencen (kad kwap pencen 2022) jika mereka bersara sebagai penjawat awam yang diruskan kwap pencen dan bagi pesara swasta, mereka akan menerima Skim Persaraan Swasta (SPS).

Bantuan Pesara Kerajaan 2022 Bajet 2023

Dalam bantuan khas pesara juga tidak terkecuali daripada tersenarai dalam menerima bantuan pencen dalam bajet 2023.

BACA SINI >> Semakan bantuan veteran atm tidak berpencen 2022: daftar jhev

Bantuan yang diumumkan oleh Kerajaan untuk golongan pesara di Malaysia ialah bantuan kewangan sebanyak RM350 seperti pada Rajah di bawah

bajet 2023 pesara kerajaan

Manakala, pada tahun 2023, pesara juga akan berpeluang untuk mendapat bantuan kewangan seperti;

  1. Bantuan Khas Kewangan 2023 sebanyak RM350.
  2. Bonus Aidilfitri sebanyak RM600.

Secara umumnya, pesara berpeluang untuk mendapat bantuan dari segi perkhidmatan percuma sebagai contoh kad pesara kerajaan, bantuan mengurus jenazah sebanyak RM3,000 dana bantuan kemudahan perubatan.

Keistimewaan Kad Pesara Kerajaan

Bagi pesara kerajaan, mereka akan menerima satu kad dari kerajaan yang boleh dimanfaatkan secara menyeluruh. Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pencen 1980, kad ini dikeluarkan di bawah Seksyen 23 bagi pencen penjawat awam dan pekerja swasta.

Kad ini boleh diumpamakan sebagai kad pengenalan kepada pesara kerajaan. 

Kad memberikan banyak kelebihan, antaranya termasuklah kad ini boleh digunakan bagi memperolehi kemudahan secara percuma dari segi perubatan di Klinik atau Hospital Kerajaan.

Ianya juga boleh dinikmati oleh penerima pencen, isteri atau suami kepada penerima pencen dan juga anak di bawah jagaan penerima pencen yang berumur 18 tahun dan kebawah.

Namun, bagi anak penerima pencen yang cacat atau kurang upaya, tiada had umur baginya untuk menikmati kelebihan kad pencen. Rajah di bawah menunjukkan contoh kad yang diterima oleh orang pencen.

cara memohon kad pesara pencen kerajaan 2022

Cara Permohonan Kad Pencen Kerajaan

Bagi individu yang bersara daripada perkhidmatan kerajaan, mereka akan menerima kad pencen kerajaan yang dikeluarkan dan dicetak oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA kepada pesara sebagai ganti kepada Surat Jaminan (GL) sebaik sahaja mereka bersara dari berkhidmat.

Namun, bagi pesara yang masih tidak mendapat kad ini, permohonan boleh dibuat di Bahagian Pasca Perkhidmatan di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Caranya adalah dengan mengemukakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan.

SUMBER: mypesara kwap gov my

Cara Memohon Kad Pesara Kerajaan Yang Hilang

Kad yang ada pada individu berkemungkinan hilang disebabkan oleh kejadian yang tidak diingini, kesilapan butiran pada kad ini dan juga kerosakan pada kad tersebut.

Jika berlaku kad pesara hilang, kad kwap pencen ini boleh digantikkan dengan yang baharu.

Kad pencen hilang ini boleh diganti melalui dua (2) cara, iaitu;

  • Pesara perlu memuat turun borang dari laman sesawang www.kwap.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini.
  • Kemudiannya, borang tersebut diisi dengan lengkap dan betul serta seterusnya hantar borang tersebut di emel mypesara@kwap.gov.my.
pesara kwap mypesara
  • Pesara boleh menghadirkan diri ke kaunter perkhidmatan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP MyPesara) yang berhampiran dan mengemukakan isu yang dihadapi.

Apa Proses Jika Pencen Pesara Meninggal Dunia

Jika penerima pencen terbitan meninggal dunia, waris penerima pencen meninggal dunia memainkan peranan yang penting.

Waris hendaklah ke kaunter perkhidmatan bahagian pencen di Jabatan Perkhidmatan Awam memaklumkan bahawa pesara telah meninggal dunia.

Waris juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut kepada pihak JPN untuk membuat permohonan pencen terbitan;

  • Satu salinan borang permohonan pencen terbitan bagi pesara yang meninggal dunia seperti pada Rajah di bawah.
kwap pencen pesara meninggal dunia
  1. Satu salinan sijil kematian gemulah.
  2. Satu salinan sijil nikah.
  3. Satu salinan sijil cerai atau rujuk (jika ada).
  4. Satu salinan kad pengenalan balu atau duda (jika ada).
  5. Satu salinan sijil beranak dan juga kad pengenalan bagi anak-anak si mati yang berumur 18 tahun dan kebawah.
  6. Kad pesara.

Kesemua dokumen-dokumen ini mestilah diserahkan kepada pihak JPN serta disahkan oleh individu yang layak.

Apa Waris Dapat Jika Penerima Pencen Meninggal Dunia

Bagi pesara yang meninggal dunia, waris kepada pesara tersebut akan mendapat ganjaran terbitan yang merupakan suatu faedah kepada anggota tanggungan pesara kerajaan yang meninggal dunia. Ianya dibayar sekali gus kepada pewaris.

Individu yang layak menerima faedah terbitan ini ialah balu atau duda, anak-anak yang masih dibawah tanggungan dan juga ibu atau bapa yang berada di bawah tanggungan pesara yang meninggal dunia.

Faedah atau Pencen Terbitan ini secara tidak langsung dapat meringankan beban kepada tanggungan pesara kerajaan yang meninggal dunia.

Bukan itu sahaja, dengan adanya pencen terbitan ini, waris kepada si mati akan dapat melangsungkan kehidupan di kemudian hari. 

Kiraan pencen terbitan ini tertakluk kepada jenis tanggungan pesara yang meninggal dunia sama ada balu atau duda, anak-anak dan ibu atau bapa di mana ianya berbeza dari segi nilai pembahagian dan penerimaan pencen terbitan tersebut. 

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia