Peruntukan Jasa 81 Juta Bajet Belanjawan 2021

Melalui pembentangan Budget Belanjawan 2021 kerajaan Malaysia berbesar hati mengumumkan peruntukan untuk fungsi jabatan hal ehwal khas jasa diwujudkan semula selepas dibubarkan sebelum ini, dengan bajet baru sebesar 81 juta

peruntukan jasa malaysia 81 juta

Rakyat Malaysia mahukan loan moratarium bank penangguhan bayaran pinjaman bank ditangguhkan lagi 6 bulan.

Rakyat Malaysia mahukan i sinar akaun 1 kwsp sebanyak RM10,000 sekaligus untuk ‘survival’ hidup mereka selepas ini.

Rakyat tidak perlukan jabatan JASA untuk mereka yang memakan belanja yang cukup besar.

Sedangkan 81 juta jikalau diberikan kepada kelompok frontliner, orang Sabah yang ramai kelaparan, golongan susah sekarang sejak PKP, PKPB, PKPD, ramai yang akan dapat manfaatnya.

Apa Itu Jasa Malaysia

Ramai tercari cari fungsi disebalik special affairs department jasa?

  1. Jika yang masih tertanya maksud dan peranan jabatan ini, dalam bahasa mudah jasa adalah sebagai cybertrooper bagi pihak kerajaan Malaysia.
  2. Agen propaganda kerajaan Malaysia
  3. Sudah ada BERNAMA, RTM, Kementerian Komunikasi & Multimedia untuk tujuan menyampaikan dasar kerajaan dan suara pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia, masih lagi memerlukan jabatan seperti ini?

Jabatan Hal Ehwal Khas Jasa

Jabatan ini, seperti sebelum ini akan diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Siapa Ketua Pengarah Jasa

Datuk Lokman Adam mengatakan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Jasa Jasa Malaysia yang baru, adalah ‘orang kanan’ Datuk Seri Azmin Ali. Iaitu Dr Afif Bahardin jika bajet untuk jabatan ini diluluskan kelak dalan Belanjawan 2021 kelak.

Berdasar rekod gaji Ketua Pengarah Jasa yang dahulu iaitu Dr. Puad Zarkashi adalah sejumlah sebanyak RM20,592 sebulan

Mengapa Peruntukan Jasa 81 Juta

Dahulu semasa zaman Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia, jabatan jasa ini diwujudkan dengan jumlah kakitangan 1400 lebih, hanya memerlukan bajet belanjawan sekitar RM22 juta setahun.

Mengapa dan kenapa peruntukan jasa tahun 2021 jauh lebih tinggi sehingga 81 juta? Lebih-lebih lagi di waktu covid 19 dan ramai orang susah sekarang, tetapi 81 juta ringgit dibelanjakan untuk tujuan yang tiada keperluan mendesak dan sia-sia.

Bajet 81 Juta Untuk Rakyat Malaysia?

Bukankah lebih 81 juta lebih baik diagihkan kepada golongan ibu tunggal yang tidak disebut dalam bajet Belanjawan 2021.

Bukankah lebih baik 81 juta itu diagihkan kepada golongan yang tiada duit belanja lagi dalam tangan, fakir miskin, golongan yang terdesak dengan tanggungan keluarga yang ramai

Dengan 81 juta, jika diberikan bantuan tunai RM500 setiap seorang, seramai 162,000 akan mendapat manfaat sebagai penerima bantuan tunai

Apa pilihan kerajaan Malaysia sekarang?